Bagi Nombor Kad Kredit! Aku nak Tipu Kau..
Pasti ramai antara kita yang memakai kad kredit, kad kredit ini berfungsi untuk membayar sesuatu barang yang dibeli tanpa menggunakan duit ‘cash’ Kad kredit ini apabila digunakan dengan cara yang betul, ianya dapat membantu seseorang menjalani kehidupan yang cemerlang setiap hari, Di dalam penggunaan kad kredit konsep ‘fikir dahulu sebelum beli’ amat sesuai digunakan, ini kerana sekiranya menggunakan konsep beli dulu fikir kemudian, kemungkinan besar anda akan mencapai had maksimum dengan cepat.
Menggunakan kad kredit untuk membeli sesuatu barangan bukanlah bermakna anda tidak perlu membayar semula, terdapat dua cara pembayaran yang dikenakan oleh kad kredit ini, secara ringkasnya pertama bayar balik secara langsam atau kedua bayar secara hutang.. jadilah ia hutang kad kredit. Untuk Makluman setiap nombor yang terdapat pada kad kredit dan juga tarikh luput pada kad kredit tersebut semuanya rahsia, Jadi tersangat pentinglah untuk anda menjaga nombor kad kredit tersebut.
Penipuan dalam kad kredit atau tak tertipu tapi di ambil kesempatan terhadap ketidakfahaman menggunakan kad kredit telah menyebabkan ramai orang terkena tempiasnya. Dan diantara cara yang paling praktikal digunakan oleh orang yang suka mengambil kesempatan menggunakan kad kredit ini ialah ejen-ejen insuran ataupun kad – kad privillage yang menawarkan perkhidmatan diskaun, voucher hotel , perkhidmatan insuran dan pelbagai alasan lagi. Cara yang digunakan pula sangat mudah, hanya menggunakan telefon dan berhubung dengan tuan punya kad kredit tersebut.
Apa yang di mushkilkan ialah bagaimana ejen – ejen ini boleh mendapatkan setiap butir – butir peribadi pemilik kad kredit tersebut. Butir – butir tadi digunakan oleh ejen – ejen ini dengan baik, Permulaanya dengan mencuba menawarkan perkhidmatan dengan percuma, keahlian sepanjang hayat, dan akhir sekali perlu membayar sejumlah wang dan adakalanya urusan tersebut sehingga mencapai rm600.00, apa yang diperlukan ialah pengesahan daripada pemilik kad kredit, dengan bertanya nama, nombor kad kredit, tarikh luput kad kredit dan 3 nombor terakhir yang terdapat dibelakang kad kredit untuk menjalankan urusan didalam talian.
Trik yang digunakan mereka amat mudah, apabila kesemua tadi telah diberikan ejen tadi mengatakan setiap perbualan adalah dirakam, dan cara mereka meminta pengesahan pula amat mudah, dengan bertanya betul ke maklumat itu, maklumat ini, confirmation detail lah apa lah, dan apa yang ditanyakan itu tadi telah kita berikan dan pastilah kita akan kata ‘ok’ , ‘betul’ dan dengan kata – kata itu kita telah terperangkap dalam tipu muslihat mereka, dan transaksi kewangan itupun berlaku dan kemudian kita akan ternganga kehairanan..
Jadi bila anda dapat saja panggilan yang tidak anda ketahui, ataupun mereka akan memperkenalkan diri sebagai ejen, kalau anda memang taknak, anda letak saja telefon atau anda akan masuk kedalam perangkap mereka, cara mereka bercakap akan menjerat anda..
Lindungi kad kredit anda dengan baik..
Free Email Newsletter
And then confirm your email subcription














9 Comments to “Bagi Nombor Kad Kredit! Aku nak Tipu Kau..”
hohohoh0….kalau aku dpt call cmnih biasenye aku layan dulu…biar je dia cite smpai habis..pastu aku suh dia ulang blk sebab aku tak paham…pastu aku tanya dia mcm2 soalan dulu…pastu last skali lepas dia xplain panjang lebar baru aku ckp ‘xplah sy xnk..terima ksh call ye..’ haha
Minggu lepas aku dapat panggilan dari sebuah institusi kewangan, menawarkan skim insurans besar. Aku setuju nak amik insurans itu since benda tue memberi pulangan yang besar jika berlaku apa pada aku. So, aku pun setuju amik. Semua dilakukan dengan menggunakan perbualan telefon. Selepas aku baca artikal ni, aku jd risau. cepat2 aku check ngn bank itu. lepas tu,,,Fuhh~~~~….lega sangat2.Memang pihak bank itu mengesahkan ada call aku masa nak buat insurans itu. Mereka mengesahkan aku ada mengambil skim insurans tersebut dengan membuat pembayaran secara kredit kad. Alhamdulillah…btul la tuh. So, kepada korang yang ada menerima panggilan seperti ini, jangan sesekali percaya dulu. check dulu dengan pihak bank dulu. Bahaya bg maklumat kad kredit serperti no kad kredit, tarikh luput dan nama ibu kat orang x dikenali. Sekian sebagai ceritera…
P/s: jum la ke blog aku…hehe
betul tu.. periksa dulu sebelum kena..
sebab itu lebih baik pakai debit card.. hehehehe
.-= Si Panda´s last blog ..Apa yang korang nak buat lepas ambil result SPM? kerja atau belajar? =-.
ade jugak.. saya dah potong kad kredit… hehehehe..
Haku pernah dapat call dari company2 mcm tue..walaupun haku tolak cara baik, diorg bersungguh – sungguh join benda2 tue..siap paksa2 lagi..ada yg pernah kena maki ada yg pernah kena main ngan haku..haha..
tu lah pasal.. kadang baik je diaorang suruh.. silap dengar boleh terkena ooo..
wahhh..sangat licik erk..!!
kena hati2 ni tau..
thanks for the info..
betul tu… gaya diaorang bercakap boleh menjerat