ASB agih Diveden Pada Blogger!!
Ade sesetengah orang kata buat pinjaman untuk ASB ni rugi, sebab kita kena bayar lebih pada bank yang bagi kita pinjam duit tu.. aku nak kira pun tak pandai.. aku main masuk je dulu.. itupun sebab bos tempat kerje lama aku dulu paksa aku masuk. Kalau tak haram aku tak masuk, mana nak cekau duit bayar masa tu.. bos kata buat potongan gaji.. aku pun buat le… potong tiga ratus lebih sebulan.. sabar punya pasal sekarang dah 3 tahun aku malabur dalam asb ni.. sedar tak sedar diveden yang aku kumpul dah cecah rm 11’000 lebih sikit.. hehehe…bila tengok buku ASB boleh senyum je…
Tahun ni aku berenti kerja.. dah tak seronok kerje.. aku meniaga sekarang.. ada kedai runcit.. hehehe jadi usahawan le pulak.. Raya puasa tahun ni aku dengan ahli lembaga syarikat yang terdiri dari mak dan abang aku.. hehehe (termasuk aku le tu) kami buat Kuih Bangkit kuih tradisional.. Alhamdullilah berkat usaha dan kesabaran melalui pelbagai rintangan dapat le untung kasar dalam 70k dan ditipu dek orang dalam 16k.. pengalaman tu.. takpe… jadi aku pun tambah pelaburan ASB aku dengan duit yang dapat tadi dalam 15K.. jadi dalam Buku sekarang dah ada 26k.. bestnya.. aku tak pasti samada diveden dia orang kira atau tak untuk tahun yang mendatang.. yang aku tahu 15k duit aku sendiri + dengan 50k pinjaman tadi.. target aku tahun depan nak dapatkan 50k duit sendiri.. sebab aku dah masuk 12k secara berperingkat dalam SSP (SIJIL SIMPANAN PREMIUM) untung – untung boleh dapat BMW (kalau ada rezeki) dapat jual amik duit masuk dalam asb.. kete dah ada.. wat pe banyak2.. hehehe..
kalau target aku dapat tahun 2011 pelaburan aku ada 100k (termasuk pinjaman loan ASB) jadi kalau setahun dapat keuntungan 7% adalah rm7000.. siapa nak bagi tu… best… pinjaman loan ASB ni yang bestnya kalau aku mati waris aku dapat 50k yang aku pinjam tadi tanpa bayaran.. jadi bila umur aku dah masuk 40 lebih aku dah dapat berapa? emmm tak terkira.. (sebab tak reti nak kira formula dia) hehehe.. yang penting melabur adalah untuk masa depan.. tak sabar tunggu bulan 1.. boleh update buku… syukur….
Nak tau banyak cerita pasal pelaburan tekan sini
Free Email Newsletter
And then confirm your email subcription














One Comment to “ASB agih Diveden Pada Blogger!!”
[...] baik semalam pergi check buku asb, asb agih diveden pada blogger Dapat le dalam rm4500.00 jadilah siapa nak bagi kan, lagipun kalau dibiar dalam tu tak usik – usik [...]