Alamak!!! Ter SMS pulak..
Kadang – kadang, sebagai seorang lelaki yang budiman di waktu zaman kegemilangan aku, dulu pernah terjadi beberapa insiden yang tak disengajakan.. al – maklumlah dulu aku ada ramai kawan perempuan.. kadang – kadang aku bersms dengan beberapa kawan perempuan ni sekaligus dan adakalanya sehingga 3 atau 4 orang sekali.. Dan semua nama perempuan dalam phonebook mesti disertakan dengan nama tempat sekali, contohnya fatin (subang jaya) untuk mengelakan aku terkeliru..
Oleh kerana aku ni suka bersms , bukan sebab nak save atau bajet kurang, tapi sebab boleh sms dengan ramai orang sekaligus.. oleh yang demikian ada kalanya juga aku pernah tersilap hantar sms pada orang yang bukan sepatutnya.. maklumlah dah sms dengan ramai orang..
Mesti ada yang marah bila berlakunya kejadian ni.. jadi keluarlah perkataan seperti berikut “hah! awak sms dengan siapa lagi ni?” atau ” oooo.. awak ada yang lain ye! baik cakap betul – betul” tak pun kadang – kadang tersilap nama.. nama dia selalu kita panggil anje dah jadi ayang pulak.. tak ke haru macam tu? jadi macam mana nak kaber balik? emmm.. mengikut ilmu aku bila berlakunya keadaan macam ni.. tawakal je lah.. sebab alasan yang ada pun longgar sangat.. dan apa yang selalu aku buat ialah.. aku antar sms macam ni.. dan aku mengaku kesalahan aku seratus peratus..
“memang.. memang saya hantar sms pada (ayang @ nama seseorang) tapi sebenarnya saya hantar untuk awak.. dan bukanya saya silap, sms tu sememangnya untuk awak.. semuanya saya lakukan sekadar untuk menguji kesetiaan cinta awak pada saya.. saya sayangkan awak.. dan saya nak uji samaada awak sayang pada saya atau tak!” dan satu lagi sms sambungan yang tadi dihantar selepas yang pertama.. ” awak sayangkan saya ke tak? maafkan saya sekiranya cara saya menguji cinta awak membuat awak tersinggung!” tanya balik pada dia samada dia sayang pada kita atau tak.. kalau dia tak percaya terserah je lah… hehehe
Dan terbukti cara ni berkesan pada aku… kalau korang tak percaya korang test le….
p/s: tips ni untuk yang ada ramai awek je.. kalau awek ada sorang je jangan gatai2 nak test… kang melepas… naya je…
Filed Under: Personal













hahahhaha..
kantoi erk..
mcm nie upe nyer laki kaver…hahhahah…
huh…penipuan betul
.-= ‘aqilah´s last blog ..pakcik Peter Callesen =-.
bohong sunat… hehehe