Aku, Pejabat Tanah Dan LHDN.
Hari ni hari yang paling mencabar bagi aku… aku ke pejabat tanah dengan harapan dan tanggapan yang amat mudah… nak pegi buat proses tukar nama bagi tapak rumah yang aku beli… korang tau je lah.. aku ni seorang peniaga.. jadi aku amat mementingkan ketepatan masa.. dengan slogan 1 Malaysia aku pun pergilah ke pejabat tanah…
Aku pergi bersama dengan Pak Saudara Aku yang Menjual tanah beliau kepada aku.. setibanya aku di lokasi iaitu pejabat tanah, aku pun masuk ke bilik yang berurusan perihal tukar hak milik tanah tersebut.. oleh kerana ini adalah pengalaman pertama aku dalam bidang hartanah ini bolehlah dikategorikan aku ni sebagai tidak tahu apa – apa tengtang urusan tukar hak milik ni.. Dan tentulah aku mengimpikan layanan yang mesra daripada pegawai.. bukan pegawai.. tuan? bukan jugak.. tapi kerani jaga counter tu..
Lantas aku pun berhenti seketika.. tengok2 kalau – kalau ada menggunakan sistem nombor.. maklumlah zaman dah canggih.. rupa-rupanya tak ada.. jadi aku yang tercegat berdiri macam tunggul tu pun tak disapa… padahal masa tu cuma ada seorang je… lepas tu ada seorang perempuan masuk.. bawak banyak fail.. aku intai rupanya geran tanah.. sebab warna geran tu biru.. jadi dia ni biasa datanglah ke pejabat tanah.. hati aku berbisik.. “EJEN le ni.” . layanan yang diterima oleh ejen perempuan ni agak mesra.. dengan hilai tawa dan senyuman.. wahhhhhh!!! aku terdetik didalam hati lagi… baiknya orang pejabat tanah ni.. mesra.. bagus….
Tibalah giliran aku pulak.. itupun aku terpaksa redah je.. maklumlah takda prosedur untuk bertanya ke apa.. akupun menghulurkan borang kebenaran daripada menteri besar tu untuk bertanya macamana nak buat tukar hak milik ni… “bang!”.. dengan hormat aku menegur kerani yang besar kepala tu.. “macamana nak buat proses tukar nama ni ye.. saya TAK TAU LAH!” aku berkata dengan nada yang lembut.. lalu dia mengambil surat Kebenaran tadi.. dibelek2nya.. “cari apa?” terlintas di fikiran aku.. “emmm mana borang lagi satu!” dia cakap dgn aku.. “Borang apa bang?” aku pulak tanya dia.. ” borang tukar namalah” dengan maklumat dari pak saudara aku.. pak sedara aku kata dah buat.. “borang tukar nama yang mana bang?pak cik saya kata dah buat” dibalasnya balik.. ” mana ada pun?” dengan kasar dia cakapnya dengan aku… kan ke aku dah cakap awal2 lagi yang aku TAK TAU…. NI FIRST TIME AKU… kelam kabut aku bukak fail.. cari dalam fail tersebut… jumpa lah borang yang dibayar dengan harga RM70.00 iaitu borang meminta kebenaran menteri besar.. aku pun dengan pantasnya menunjukan borang tersebut.. “ni ke bang?” “bukan.. ini bukan. ini borang duluuu..”.. ye ke? aku mana tau… aku tanya pak sedara aku lagi ada ke tak de borang tu.. dia kata ada.. dulu dia dah isi.. kena RM50.00 upah isi borang kat luar banggunan.. pada tukang taip..
Borang tu dah bagi kat pegawai dulu masa minta kebenaran menteri besar.. pak sedara aku kata surat tu tak dibagi balik apabila diminta.. dia cakap pada pegawai tu.. mahal pakcik isi borang tu.. tapi pegawai tu tetap tak bagi.. dia kata nanti dah dapat surat kebenaran datang jumpa dia…
jadi.. yang aku bengang tu.. dah le nama borang tu aku tak tau.. kerani tu suruh aku masuk opis jumpa pegawai dalam bilik… dia saja nak main2kan aku apa.. tak ada orang dalam bilik tu.. pegawai tu pegi minum kopi ke ape pukul 11pg.. takde intergriti langsung.. dah lah kerani tu cakap kasar.. takkan dia tak tau ,bilik sebelah je boleh nampak.. kerani tu tak bagi tau langsung pada aku apa nama borang tukar nama tu.. aku berdiri jadi macam orang BODOH dalam opis diorang.. nasib baik ada kerani yang baik hati.. bagitau aku borang tu nama dia BORANG 14A ambik di pintu sekian – sekian… aku dah naik darah tadi.. tapi di pejabat tanah tak boleh naik darah.. marah – marah.. bukan apa.. aku dengar cerita kalau kita marah2 nanti diaorang buang permohonan kita dalam tong sampah.. last2 nanti kita tanya permohonan kita hilang ghaib begitu sahaja.. jadi akupun bersabar dengan kerenah birokrasi ni.. maklumlah aku ni insan biasa.. bukan ejen.. jadi layanan tu macam tu je lah… Takpe.. aku malas nak komplen.. korang paham lah.. kalau kita komplen sama je.. yang salah nanti pelanggan juga.. yang kena pun kita juga.. Bos dgn anak buah dia akan tanya2 kabar macam tu je.. tak pun berlakon depan pelanggan.. buat2…
BORANG 14 A
borang 14 A Pindah milik Tanah, Bahagian Atau Pajakan. Borang ni yang jadi punca masalah aku hari ni.. aku pegi ambik.. kerani kaunter kat sini pulak awek cun.. sejuk hati aku.. diapun bagi aku borang.. lepas tu dia cakap isi dengan dakwat hitam basah atau taip… itu je yang dia cakap dengan aku.. takpelah tu satu hal… aku pun baca.. mudah kalau paham.. tapi jadi masalah pulak.. aku tak paham.. (disini masukan nama orang yang menyempurnakan) apa ke maksud ayat ni.. jadi untuk memudahkan aku pun pegi keluar.. cari tukang taip.. oleh kerana pak sedara aku tu dah terkena jadi aku cari yang lain… rupanya2nya harga untuk menaip borang 14A ni memang telah diseragamkan oleh tukang2 taip penghisap darah… aku pun mengambil keputusan untuk menulis sendiri je.. bukan aku tak reti cuma tak paham je… aku kembali semula ke pejabat tanah.. aku isi mana yang aku tau dan yang tak tau aku tanya pada kerani yang baik hati tadi.. alhamdullilah.. dengan dia ni layanannya baik….
Permasalahan aku yang menimbulkan tandatanya
- Kenapa Ejen Dapat layanan yang Mesra?
- Kenapa Pegawai dia orang keluar tak bagi tau.. ? aku andaikan begitu sebab kerani dia suruh masuk opis jumpa pegawai tersebut.
- Kenapa tak diajar customer menulis borang 14A?
- Kenapa Pegawai tersebut tidak memulangkan borang 14A yang telah di isi oleh pak saudara aku pada masa beliau memohon surat kebenaran menteri besar.
- Kenapa tukang Taip di luar mengenakan harga yang tinggi untuk menaip borang 14A SEBANYAK RM50.00.? yang sepatutnya di isi sendiri oleh pelanggan ataupun dibantu kerani pejabat tanah …
jadi untuk Borang 14A ni aku boleh katakan carta aliran untuk proses borang ni..
carta aliran no. 1 untuk orang yang paham macamana nak isi.
- ambil borang di kaunter.
- isi
- submit dan buat bayaran
- jumpa pegawai untuk tandatangan
- LHDN mati stem.
- pulang dengan senyuman
carta aliran no.2 untuk orang yang bebal, tak reti baca , buta huruf dan bodoh.
- Ambil borang di kaunter,
- pegi keluar jumpa tukang taip penghisap darah????!
- Submit dan buat bayaran..
- jumpa pegawai untuk tandantangan
- LHDN mati stem.
- pelanggan balik rumah dengan tandatanya kenapa bayaran tukang taip sebanyak rm 50.00 sedangkan yang ditulis tak sampai 10 patah perkataan cuma perlu tulis nama sahaja. dan juga ini akan menimbulkan syak wasangka dan kredebiliti diantara si tukang taip dan sipegawai di pejabat tanah…
jadi diantara ejen , tukang taip dan pegawai tanah menimbulkan syak bagi aku.. sebabnya persepsi orang terhadap pejabat tanah ni memang – memang tak elok… tanya pada sesiapa pun.. kalau cakap kerje kat pejabat tanah.. mesti orang pergh punya..
p/s: artikel ini ditulis dengan bahasa yang agak tunggang – langgang.. harap maklum..
Free Email Newsletter
And then confirm your email subcription














9 Comments to “Aku, Pejabat Tanah Dan LHDN.”
salam…
hehehe..bila bace ko punye pengalaman ni,teringat masa lalu..sememngnya aku amat setuju bila org kate kebanyakan kerani pejabt tnh ni kurg mesra rakyat..pegawai biasnye ok..tapi nsb la kalo kene kerani yang ok..tak tau ar sbb ape..dah tentulh kita tak tau prosedurnya tmbh lagi borang yang kene isi,memang patut ar diaorg terangkan..
as salam
dari pengalaman saudara berapa lama proses sehingga diluluskan tukar hak milik tu (tanpa ada masalah).Saya baru bercadang nak beli tanah
kalau ikutkan pengalaman yang tak seberapa ni.. masa – mula beli tu.. agak lama sikit, sebab nak tunggu kelulusan dari Menteri besar.. bagi yang tanah rezab melayu ni.. bila dah dapat kelulusan.. pergi pejabat tanah, proses tukar nama.. kemudian pergi LHDN untuk mati stem, lepas tu tunggu surat dari LHDN untuk proses bayar cukai.. kalau bawah 100K 1%, untuk tukar nama atas dasar kasih sayang.. tak pernah cuba lagi..
lepas dah setel semua di LHDN, bawa surat tersebut ke pejabat tanah, dengan semua dokumen yang telah lengkap di isi, masa mula2 buat tu kena tunggu 1 bulan baru keluar geran.. tapi masa kali kedua buat proses tu.. bila dah siap semua dekat LHDN. saya bawa semua dokumen tadi pergi pejabat tanah.. diaorang keluarkan masa tu juga, jadi tak ada tunggu satu bulan untuk mendapatkan geran.. apa2pun cuba tanya pejabat tanah berhampiran.. sebab semua prosedur yang saya buat dulu dah setahun setengah berlalu.. takut ada maklumat tambahan yang saya sendiri pun tak tahu.. terima kasih..
Kenapa Ejen Dapat layanan yang Mesra?
-sepatutnya setiap orang mendapat layanan mesra.kerani tersebut sepatutnya tidak boleh bekerja di situ kerana polisi sekarang adalah mesra rakyat.jika berlaku boleh terus mengadu ke email ataupun borang aduan.
Kenapa Pegawai dia orang keluar tak bagi tau.. ? aku andaikan begitu sebab kerani dia suruh masuk opis jumpa pegawai tersebut.
-Selalunya Pegawai mempunyai tugasan lain yang perlu keluar dari bilik.Bagi kes ini, sepatutnya kerani tersebut tidak meninggalkan pelanggan sebegitu sahaja.
Kenapa tak diajar customer menulis borang 14A?
-borang 14A ialah borang untuk pindahmilik tanah daripada A ke B. Borang Tukar Nama ialah borang yang berbeza dengan Borang 14A. Ia hanyalah borang untuk menukar nama dari segi formaliti (cth tersilap no IC, eja nama dsb) pada Geran, bukan menukar Hakmilik. Jadi mungkin berlaku sedikit kekeliruan.
Kenapa Pegawai tersebut tidak memulangkan borang 14A yang telah di isi oleh pak saudara aku pada masa beliau memohon surat kebenaran menteri besar.
-Mengikut Piagam pada kebayakan Pejabat Tanah, sepatutnya tidak akan mengambil masa yang lama untuk mendaftar Borang 14A setelah mendapat surat kebenaran. Kemungkinan berlaku salah faham atau pun ada masalah lain. Tuan boleh terus menghantar email ke pejabat berkenaan atau membuat panggilan telefon dan sertakan apa2 maklumat mengenai tanah Tuan.
Kenapa tukang Taip di luar mengenakan harga yang tinggi untuk menaip borang 14A SEBANYAK RM50.00.? yang sepatutnya di isi sendiri oleh pelanggan ataupun dibantu kerani pejabat tanah …
- Ini adalah diluar bidang kuasa Pejabat Tanah.
Sekian,terima kasih
terima kasih,, maklumat yang berguna bagi saya dan mungkin orang lain…
boleh la jadi panduan…saya pun nak selesai perkara yang sama jugak…boleh la get ready. thank.
betul tu.. yang penting kita kena sabar.. kalau melenting kat sana takut form kita tu diaorang baling je…
org pejabat tanah mmg sengal..
my parent pon ade pengalaman..
cam hampeh..
Biasalah tu