• (Gambar) Finaz Yunus Bertunang Dengan Bekas Kekasih LO?

    2

    finaz2 (Gambar) Finaz Yunus Bertunang Dengan Bekas Kekasih LO?

    Siapa yang kenal Finaz Yunus? Kalan nak diikutkan memang terlalu asing bagi peminat artis tempatan, tapi bagi yang menggemari menonton TV9 mungkin boleh kenal kot.

    Di TV9 Finaz membaca berita TV9 dan Hijrah TV, mungkin lebih meyakinkan anda untuk mengenali siapa dirinya. Finaz  telah bertunang dengan bekas kekasih kepada Deejay terkenal LO, Siapa LO paham – paham sendiri je lah ye.

    Finaz bertunang dengan Saleh Nor. Gosip diantara LO dan Saleh Nor pada masa dahulu juga tidak kurang hebatnya, banyak gambar mesra diantara mereka, So apa kata kita layan gambar pertunangan Finaz dan Saleh Nor.. Peace!.. Jom layan lagi gambar! Read more

  • Hipokritkah Aku?

    19

    no smoking Hipokritkah Aku?

    Persoalan yang sering bermain di hati aku, hipokritkah aku?!, mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke empat hipokrit bermaksud (orang yg) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yg) memperlihatkan keadaan diri yg berlainan drpd yg sebenarnya.

    Begitulah hipokrit yang berasal dari bahasa inggeris kemudian di Melayukan dan rujuknya muka atau bermuka – muka. Kenapa aku bercerita mengenai hipokrit secara tiba – tiba? Ini adalah mengenai aku, diri aku, siapa aku yang sebenarnya.. hanya seorang anak Tan Sri.. :) (tipu je).

    Dulu aku seorang perokok yang tegar, aku selalu merokok.. waktu kerja lagi best hisap rokok.. istilahnya adalah ‘putus berhubung’.. habis sebatang hisap sebatang, walaupun pihak syarikat mengenakan tindakan tatatertip yang kuat pada perokok, tapi tak pernah peduli.. janji dapat hisap rokok.. otai le katakan.. karang bos cakap lebih.. kerja tak jalan.. customer beratur panjang masuk, surat khabar, report pada menteri tak ikut piagam.. lambat.. sudahnya dengan bos – bos hisap rokok.. senang..

    Kemudian aku ingin berkahwin, selepas bertemu dengan gadis pilihan aku ingin melamarnya menjadi permaisuri hati. Sebelum itu bakal isteri aku bertanya.. “awak ni hisap rokok ke?” dengan selamba aku jawap “of course le”.. “tapi sekarang dah kurang.. dah nak berenti pun”.. pembohongan pertama yang aku lakukan.. walaubagaimanapun sebenarnya niat dihati memang nak berenti.. sekali pun aku tak pernah hisap rokok depan bakal isteri aku..

    Sekarang dah 4 tahun aku kahwin, aku masih lagi merokok, tak de dunhill , suria pun jadi.. tapi tak pernah aku hisap rokok depan isteri dan anak – anak, bukan aku menipu dan bukan aku takut, tapi aku hormatkan isteri dan sayang pada anak -anak. Bayangkan bila memandu jauh,.. tak dapat hisap rokok.. pergh… Read more

  • Lirik Lagu Pulanglah – Aishah

    6

    Lirik Lagu Pulanglah – Aishah

    Sayang
    Di hari yang mulia ini
    Ku pohon keampunan
    Hanya satu yang ku pinta
    Pulanglah

    Termenung ku sendiri
    Memendam rindu tidak menentu
    Kasih suci murni yang kita bina
    Hapus hancur oleh kata fitnah

    Di pagi hari raya
    Hati sayu mengenang dirimu
    Mudahnya kau menggantikan diriku
    Seolah cintaku tak berharga

    Chorus
    Apakah suratan
    Aidilfitri suatu titik akhir
    Sekian lama bercinta
    Kau tiada di hari mulia

    Keampunan ku pohon
    Sekiranya aku yang berdosa
    Pulanglah ku merinduimu sayang
    Ku menanti dengan hati rela Read more

  • Norman Hakim Dan Memey Bertunang – Hari Raya Ke empat!

    4

    normanmemeya Norman Hakim Dan Memey Bertunang   Hari Raya Ke empat!

    Norman Hakim Dan Memey

    Mohd Nor Hakim Zaidon (Norman Hakim), dan pelakon Suhaiza Suhaimi (Memey), mengambil keputusan mengakhiri spekulasi hubungan mereka sebelum ini banyak berteka-teki dengan ikatan pertunangan. keluarga kedua-dua pihak setuju mengadakan majlis pertunangan itu pada hari raya keempat di rumah keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

    “Minggu lalu saya dan Norman balik ke kampung saya dan keluarga mula berbincang mengadakan majlis pertunangan itu. Ikutkan hati saya tak mahu bertunang kerana kami saling memahami dan mengenali hati budi tapi abang (Norman) mahu saya merasai proses dari mula iaitu merisik, bertunang dan baru diijabkabulkan.

    “Dia mahu saya melalui semua pengalaman itu. Pada majlis pertunangan itu nanti, baru keluarga kami akan berbincang jumlah hantaran dan tarikh kami akan disatukan. Insya-Allah majlis kenduri dan persandingan akan dilangsungkan awal tahun depan kerana tidak mahu bertunang lama-lama. Sekiranya semua okey, lebih baik disegerakan. Read more

Page 4 of 111« First...«23456»102030...Last »
blog tentang dunia hiburan dan informasi terkini yang boleh diapplikasikan setiap hari

Top Blogs Personal blogs Dr.5z5 Open Feed Directory Blogged.my Entertainment Blogs - BlogCatalog Blog Directory Personal