(Lirik Lagu) Ku Bukan Aku – Tilu | QIMIE BLOG

You are here: » (Lirik Lagu) Ku Bukan Aku – Tilu

(Lirik Lagu) Ku Bukan Aku – Tilu

httpv://www.youtube.com/watch?v=nJhC36TZjho

Semalam masa ‘on the way’ nak pergi tempat keroje.. pasang radio.. tiba – tiba terdengar lagu ni.. best juga.. jom nyanyi sama – sama.. Lagu ku bukan aku dari Tilu.

Siapa Tilu?

TILU bermula dengan tiga anak muda yang hanya suka bermain muzik bersama dan menghabiskan masa dengan memperbaiki teknik permainan muzik masing-masing melalui pendedahan genre muzik yang berbeza seperti Jazz, R&B dan funk.

Sehingga suatu masa, tiga anggota asal TILU iaitu Bajai sebagai pemain keyboard, Johar sebagai pemain drum dan Puja sebagai pemain bass memilih untuk memperkembangkan lagi muzik dan karya mereka dengan menambah ahli kumpulan ini. Dengan penambahan Mira sebagai vokalis utama, Kibas sebagai gitaris, Firdaus sebagai trumpet, Farid flugal horn dan Jeffny sebagai pemain sexsaphone, TILU menjadi sebuah kumpulan jazz muda tempatan yang berjaya mengorak langkah ke dalam industri muzik tanahair.

“Ku Bukan Aku” single pertama TILU yang sangat mendapat sambutan baik sehinggakan setiap jam diputarkan di corong radio tempatan. TILU mendapat sambutan hangat dengan berjaya manarik hati beberapa pihak media tempatan untuk mengadakan persembahan di acara majlis yang di anjurkan. Lagu ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim ini berjaya menempatkan diri dalam carta radio-radio tempatan di mana masing-masing berada di kedudukan top 10 dan top 40.

Permulaan yang sangat baik membuatkan pihak pengurusan iaitu KRU Studios berasa yakin untuk menghasilkan sebuah album penuh dengan mengandungi 8 buah lagu yang kebanyakkannya adalah ciptaan TILU sendiri. Antara lagu yang terdapat dalam album ini adalah seperti “Diam Diam”, “Tolong”, “Yang Ku Ingin”, “I.L.U”, “Kau Selalu Ada”, “Malam Minggu” dan “Jangan Jangan Cuba”. Proses pembikinan album mengambil masa selama 4 bulan dan akan berada dipasaran tidak lama lagi.

TILU juga turut menghasilkan sebuah klip video arahan Yusry Abdul Halim bagi memperkenalkan single pertama mereka iaitu “Ku Bukan Aku”. Penggambaran diadakan di studio TED Network di Batu Caves selama sehari dimana ianya juga akan dimuatkan dengan elemen CGI. Kos keseluruhan klip video ini mencecah RM20ribu.

Jadi Fan Tilu Di Facebook

Lirik Lagu Ku Bukan Aku – Tilu

Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu

Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu

(korus)
Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul

Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu

(ulang korus 2kali)

Posted by 3 Responses
 

Free Email Newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates..

And then confirm your email subcription

   

3 Comments to “(Lirik Lagu) Ku Bukan Aku – Tilu”

  1. izzati says:

    betul betul
    memang best…

  2. MM says:

    i like this song….best giler….
    .-= MM´s last blog ..Silauan i-City =-.

Leave your comment here:

May
29
2010
 
Facebook
Online