(Lirik Lagu) Doktor Pakar Cinta – Yusry
httpv://www.youtube.com/watch?v=4u1h6Wr5ykw
Sebentar tadi aku baru balik dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Teluk Intan Lebih kurang pukul 3.00ptg. Atas dasar mengikut arahan Kementerian supaya peruncit memiliki lesen untuk Barang Kawalan seperti Tepung, Gula dan Minyak. Setibanya aku dekat sana ada lah seorang brader yang sambut .. duduk dekat kaunter depan. Akupun bukanlah peniaga yang besar, Cuma seorang peruncit yang menumpang di muka bumi Allah untuk mencari Rezeki.
Setelah siap mengisi borang untuk membuat lesen sementara tersebut, akupun memberi borang kepada brader yang berseorangan di kaunter tu. Semuanya bermula pada waktu inilah bila aku ditanya yang jual gula pada aku itu pemborong atau peruncit!. Aku mana tahu samada yang menjual tu pemborong ke apa.. Tanya banyak kali aku pun angin satu badan.. nanti aku nak buat satu entri pasal ni.. kalau ikut hati aku ni.. masih mendidih…
Lepas tu boleh pula telefon pemborong yang berdekatan, sebabnya di Teluk Intan ni kata brader tersebut cuma ada 7 pemborong besar. Dan yang aku tulis tu bukanlah pemborong yang ada dalam senarai KPDNKK Teluk Intan.. Bab ni aku ni memang tak tahu. Pemborong Atau Peruncit.. yang aku tahu, bila barang takde.. ada orang datang, kita order je barang.. takdelah pulak tanya “kau ni pemborong ke peruncit?”.
Nombor telefon pemborong yang ditelefonpun aku tengok di ambil dari telefon mudah alih sahaja.. dah siap simpan nombor telefon pemborong gula dalam handphone.. member kot.. Biasalah tu.. Nasib baik masa dalam kereta dengar lagu Doktor Pakar Cinta nyanyian Yusry ni.. Sejuk Hati sikit…
Lirik Lagu Doktor Pakar Cinta – Yusry
Jikalau mahu mendengar lagu,bukalah oh radio oh
Jika mahu tonton wayang gambar, pergilah ke panggung
Jikalau mahukan cinta oh cinta, tak perlu pergi jauh
Kalau hidupmu terasa bosan, carilah hobi baru
Kalau hidupmu rasa tertekan, cari tempat mengadu
Kalau hidupmu kesunyian kesunyian, tak perlu pergi jauh
Marilah datang berjumpa berjumpa, doktor pakar cinta
(chorus)
Beroperasi 24 jam, pagi petang siang dan malam
Dijamin rawatan terbaik, untuk si cantik
Tak sia-sialah bergelar, seorang doktor pakar cinta
Merawatmu hanyalah aku, baru rasa hati lebih gembira
Ambilku tiga kali sehari, mulakan di waktu pagi
Panggillah ku di sebelah petang, lepas jamuan tengah hari
Jumpaku di malam malam, barulah tidur nyenyak
Pasti mujarab rawatan rawatan, doktor pakar cinta
(ulang chorus)
Memang selamat diguna, pengalaman bertahun lama
Pasti kau takkan kecewa, berjumpa doktor pakar cinta
Doctor love, oh oh oh (3kali)
(ulang korus)
Lirik Lagu Doktor Pakar Cinta Yusry
Filed Under: Lirik Lagu











