Kuih Bangkit Santan, Kuih Bangkit Kelapa dan Kuih Bangkit Kacang Hijau

Kuih Bangkit Santan, Bangkit Kelapa dan Bangkit Kacang Hijau adalah diantara kuih – kuih tradisional yang kami hasilkan. Adakah ada diantara kuih – kuih bangkit tersebut menjadi kegemaran anda?! Sudah pasti bukan.

Kini kami kembali lagi dengan Jualan Hari Raya, bagi anda yang sememangnya suka akan kuih bangkit ini, boleh mendapatkan secara terus di kedai kami dialamat:-

Razman Jaya Enterprise (Mak Andak)
(IP0267771-W)
NO. 252 Simpang 3, Kunci Air 12,
36700 Langkap.
Perak Darul Ridzuan.

Jom kita tengok macamana rupanya kuih bangkit ni, untuk pengetahuan anda kuih bangkit ini dinegeri Perak, kebanyakkan orang memanggilnya dengan nama kuih bakor dan yang pastinya tiada kena mengena dengan Usop Wilcha dalam cerita HKLBR tu ye..

Kuih Bangkit santan

Seperti yang anda lihat di atas, ini adalah Kuih Bangkit Santan. sambutan sangat menggalakkan.. rasanya sungguh enak tambahan pula menikmatinya di pagi Hari Raya.. Harga Bagi Setiap Balang adalah RM 16.00 dan untuk dua Balang Hanya RM 30.00, berminat untuk ambil secara borong dengan banyaknya? Boleh Hubungi kami nanti.

bangkit pandan dan ros

Gambar diatas menunjukkan salah satu produk kami, ini adalah kuih Bangkit berperisa. Kuih yang berwarna merah adalah kuih bangkit perisa ros manakala yang berwarna hijau adalah berperisa pandan. Harganya masih sama iaitu sebalang Rm 16.00 dan untuk dua balang RM 30.00.

bangkit kacang hijau
Apa yang anda nampak pada gambar diatas ini?! ye betul… Pada sebelah kiri gambar, Itu adalah kuih bangkit kelapa, dimana kami meletakkan kelapa yang diparut dan disangan kedalam kuih bangkit tadi. Kuih ini acunya berbentuk bulan sabit. Harga bagi kuih bangkit kelapa juga masih RM 16.00 sebalang dan untuk 2 balang RM 30.00

Di Sebelah atas Kanan, itu adalah kuih Bangkit Kacang Hijau,bentuk kuihnya seakan daun dan harganya sebalang dalam RM25.00 sahaja, di adun dengan kacang hijau yang dikisar. Untuk kuih bangkit kacang hijau ini, kami tidak menjual secara borong dan ekslusif hanya boleh didapati di kedai kami sahaja..

Untuk penggemar Kuih Sagon ataupun putu Jawa boleh boleh lihat disini

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kuih bangkit Mak Andak boleh hubungi 2 orang kuat Mak Andak iaitu:-

Azman – 012 5913125
Azhari- 016 5991446

Facebook Kuih Bangkit Mak Andak

atau Hubungi Kami

Jadi jangan lupa ceriakan hari raya aidilfitri anda dengan menikmati Kuih Bangkit Mak Andak… Kuih Bangkit kepakaran kami…

Tajaan: MakAndak.com

Kuih bangkit Santan, Kelapa dan Kacang Hijau Mak Andak

Filed Under: kuih bangkit

Tags:

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. cikYana(",) says:

    Monink2..selamat berpuasa hari ke-4 :)

  2. shiori says:

    bestnya kuih bangkit…..cair di mulut…

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.