Alhamdullilah.. tahun ni rezeki dalam membuat tempahan kuih bangkit santan dan kuih bangkit kelapa datang mencurah – curah, dalam waktu ini kami sedang sedaya upaya menyiapkan tempahan kuih raya @ kuih bangkit santan dan kelapa ini sebanyak 10ribu balang dan 200ribu biji kuih tanpa balang, di isi sendiri oleh pembeli…,semua tempahan ini hendak disiapkan sebelum bulan puasa yang akan datang.. setiap balang yang dijual berharga rm 10.00 dan setiap 100 biji berharga rm 16.00.
Setiap balang boleh dijual dengan harga rm 16.00 dipasaran, dimana satu balang yang berisi kuih bangkit kelapa dan kuih bangkit santan kandungannya terdapat 50biji.. tempahan yang kami terima ini adalah tempahan yang paling besar pernah kami terima bagi pengeluaran kuih bangkit tradisional yang dikeluarkan oleh kami,
Paling menggembirakan kami apabila kami mendapat maklumbalas yang amat baik daripada pelanggan kami dengan mengatakan kuih bangkit kami yang terbaik dan paling sedap pernah mereka makan, pelanggan kami yang singgah dikedai kami terdiri daripada pelbagai kaum dan tempat di seluruh malaysia,
bagi pengeluaran produk kami, kami masih menggunakan tenaga manusia, manakata dibuat secara tradisional dan pembakaran pula dibuat menggunakan oven yang dijana oleh gas masak dan tidak menggunakan kuasa elektrik bagi mengekalkan kemanisan kuih bangkit kami, Qualiti kuih bangkit juga dijaga dengan baik oleh seorang penyelia bagi memastikan kuih bangkit yang unggul dan menepati piawaian kesedapan kami..
untuk maklumat lanjut sila hubungi:-
kuih bangkit kunci air (razman jaya enterprize)
no.252, simpang 3 kunci air 12,
36750 langkap perak.
tel no:
Nor Azman : 012 – 5913125
atau sms ke : mr ajie : 012-5301843 dan anda akan dihubungi semula..
mengglobalkan kuih bangkit tradisional matlamat kami
![QIMIE[DOT]COM](http://i870.photobucket.com/albums/ab261/akudonjuan/qimie2.png)




tv3 ooo


