Fighting Umbrella Corporation | QIMIE BLOG

You are here: » Fighting Umbrella Corporation

Fighting Umbrella Corporation

Sekiranya aku adalah Alice atau Claire!. Apa yang perlu aku lakukan untuk menentang Umbrella Corporation?!. Sekiranya memang bantuan daripada aku diperlukan , maka aku terpaksa menghulurkan bantuan untuk menyelamatkan planet Bumi ini dijangkiti virus berbahaya yang boleh membuat manusia bertukar menjadi Zombie…

Perkara Pertama yang Perlu aku lakukan… dalam misi untuk menewaskan Umbrella Corporation adalah mencari senjata, untuk pertama kali senjata yang aku perlukan adalah, pisau cukur buatan tempatan atau bahasa kampungnya ‘pisau pelit’, krim pencukur, gincu (lipstik) dan beberapa barang keperluan lain.

Mesti korang pening kepala, kenapa aku perlukan beberapa barang tersebut pada mulanya.. sebenarnya aku ingin menggunakan pisau cukur, krim pencukur lipstik adalah untuk kegunaan aku, maklumlah aku kan ke lelaki macho dan kacak. tetapi disebabkan untuk mengikut tema jadi aku perlukan barang – barang tersebut untuk nampak ‘hot dan seksi’ macam Alice atau Claire’.. hahaha… baru boleh cerita…

Okay kita teruskan ke Babak Pertama,

Apa yang perlu aku lakukan yang sebenarnya – benarnya adalah mencari senjata api, sebilah pedang ala – ala pedang samurai dan kenderaan, yang lain – lain tak perlu, sebab aku memang dah handal, kenderaan untuk aku bawa pergi menuju kedestinasi ohhhh yeaaaaa.. ( sound effect – lagu siti nurhaliza menuju destinasi ). Cuba korang fikir, kalau jalan kaki bila nak sampai.. nak lawan pun tentu kalah.. dah letih..

Babak Kedua

Setelah aku dapat senjata api dan pedang samurai aku tu, aku mulanya berjalan kaki, maklumlah dunia hura – hara, tiba – tiba aku ternampak sebuah motorsikal, superbike, kuncinya pun ada disitu, oleh kerana ramai manusia dijangkiti virus aku menganggap motor tu tak ada tuan.. so aku ‘on’ kan suisnya, picit button ‘start’ (vrooom) menderum bunyi motor tersebut.. so aku pulas throttle dengan cepat.. sampai terangkat tayar depan.. ‘up motor sikit’.. ala – ala mat rempit.. memecut.. sayup – sayup aku terdengar orang seperti memanggil aku,  “woiiiii… pulangkan!….” aku abaikan kerana aku ada misi yang lebih penting!..

Babak ke 3

Dalam perjalanan menuju ke Umbrella corporation, rupanya – rupanya kedatangan aku tu telah dapat dikesan, mungkin mereka mengesan aku melalui satelit, tapi aku tak peduli. aku tetap akan memusnahkan umbrella corporation yang telah merosakan muka bumi ni dengan kejahatan yang dilakukan, pergaduhan pun berlaku, tembak menembak kedengaran, beberapa ekor zombie menghampiri aku, semua aku tembak dengan menggunakan pistol automatik aku tu.. dengan melepaskan ‘handle bar’ superbike aku.. aku menggunakan tangan kiri dan kanan memegang dua pucuk pistol menembak kearah zombie-zombie dan tentera Umbrella corporation.

Babak Ke empat,

Aku kini dah nak sampai ke ibupejabat Umbrella corporation, dengan kelajuan maksima aku memecut laju superbike aku tu,.. zombie masih cuba menyerang.. aku memecut lagi, HQ umbrella cuma beberapa meter sahaja jaraknya.. aku berdiri di atas motorsikal.. kedudukan.. bersedia untuk melompat.. sampai tepat pada masanya, aku pun melompat dari motorsikal.. “prangggggg” bunyi kaca pecah oleh kerana lompatan aku yang sangat power tu.. aku pun berguling di atas lantai… dan terus mengeluarkan pedang samurai aku, “swosh…”.. sekali hayun dua tiga ekor zombie meninggal…

Babak Kelima

setelah habis semua zombie – zombie aku cantas, Aku menuju ke pejabat urusan umbrella corporation, rupanya orang paling kuat sudah bersedia menunggu aku, “oh!.. sampai juga ko kat sini ye”.. dengan sengih dan senyuman yang menyakitkan hati, tanpa beramah mesra, berbual panjang aku berlari memulakan serangan sambil menghunus pedang.. ala – ala ninja tu.. kini aku bertarung dengan orang terakhir umbrella corporation, orang paling kuat..

Setelah bertarung 3 hari 3 malam akhirnya orang terakhir umbrella corporation pun tewas dan terbunuh, aku pula kepenatan dan bumi ini akan terselamat dari ancaman. Aku berjaya juga akhirnya.. dan aku ingin keluar dari ibu pejabat umbrella corporation tu.

Babak enam

Aku pun keluar dari ibu pejabat umbrella dengan penuh harapan, sinar mentari yang baru terbit menyilaukan mata, tapi memberi seribu harapan yang baru, segalanya sudah berakhir.. Aku berjalan lemah melangkah pintu keluar.. tiba – tiba.. satu pukulan kuat hinggap dibelakang tengkuk aku.. “dam!” aku terjatuh, aku tak berdaya untuk melawan lagi, medula oblongata aku telah diserang,. dan seorang mamat yang boleh tahan tahap kebrutalannya memegang selaras Pump gun.. aku terbaring tidak berdaya.

“Berani kau curi motor aku, kau tau tak aku singgah toilet, dah le kau curi, kau buat jahanam motor aku, total lost kau tau”.. “aku panggil kau.. kau buat dek je ye.. berani betul kau.. terbakar hati aku ni kau tahu”.. oo.. mamat ni tuan motor superbike tu.. aku ingat tak bertuan kata aku didalam hati ni..  mamat brutal tu mengacukan pump gunnya pada kepala aku..

“sebagai hadiah sebab menjahanamkan motor aku.. terimalah peluru tak bermata ini”.. kata – kata terakhir yang aku dengar… POMMMMMMMMMM!!!!!!!!! pump gun bebunyi tepat mengenai kepala aku.. dan aku pun terkejut… aku berpeluh.. aku memeriksa kepala aku.. tak ada apa.. semua dalam keadaan baik.. aku lihat jam.. 6.30 am.. dah subuh.

Aku bangun pergi ke toilet… ambil berus gigi dan berus dengan cemerlang sambil mengikut aturan yang dinasihati doktor.. “apa punya mimpi la… ada ke patut mimpi lawan zombie” kata aku dalam hati..

Sebenarnya aku hanya berMIMPI…. mimpi semata – mata… hahaha…

P.s- Tapi memang sebelum ni aku main game Resident Evil ni.. (Biohazard) kat platform ps2.. horror gila main game ni.. hero dia nama Neon…

So jangan lepaskan Peluang Untuk menonton Filem ni pawagam
poster

P/s : entri ni untuk contest Nuffnang Premiere Screening – Resident Evil : Afterlife 3D. Boleh ke dapat tiket ni.. hahaha…

Posted by 8 Responses
 

Free Email Newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates..

And then confirm your email subcription

   

8 Comments to “Fighting Umbrella Corporation”

  1. Ruby says:

    Nice :) good luck ! ^.^

  2. nf says:

    hahaha, bapak power imaginasi kau! tp siyes, mmg movie ni ditunggu-tunggu! :D

  3. nick says:

    i’m waitin for this movie to release ;)

  4. gnesop.com says:

    good luck..
    sop bulan poser x buat entry sbb rasa x boleh pergi..huhuh

Leave your comment here:

Aug
16
2010
 
Facebook
Online