Trafik Minggu Lepas Mencecah 1000uv/day | QIMIE BLOG

You are here: » Trafik Minggu Lepas Mencecah 1000uv/day

Trafik Minggu Lepas Mencecah 1000uv/day

Pertama sekali qimie ingin ucapkan terima kasih kepada Darkbatman, eyriqazz dan yanmie kerana tips – tips yang diaorang beri telah menampakkan hasil, walaupun tak sehebat diaorang semua, tapi peningkatan visitor dalam blog qimie ini amat menggalakkan.

Qimie bukanlah seorang yang hebat dan mampu memberi panduan atau tips – tips untuk meningkatkan trafik keblog, sebab selama ini Qimie hanya mengikut panduan dan tips yang diberikan oleh blog – blog yang hebat. Gaya penulisan yang ringan dan hebat para – para blogger ini menjadi panduan untuk qimie berblog. Walaupun sebenarnya qimie bukanlah seorang penulis yang berbakat.

Pada asalnya qimie berblog dan menaruh minat untuk berblog adalah semata – mata kerana keyword ‘mencari duit dengan menggunakan internet’ keyword tersebut telah membawa Qimie ke dunia blog, Dengan berbekalkan blog daripada blogspot qimie beralih kepada kepada hosting dan domain sendiri. Dimana qimie menggunakan Serverfreak sebagai hosting, dan layanan yang diterima daripada serverfreak amat – amat memuaskan.

Bagaimana Qimie bertemu dengan serverfreak? Jodoh kami dipertemukan oleh Justkhai.com. Dimana khai membuat satu entri tentang serverfreak. Khai seorang yang hebat pada pandangan Qimie, pada mulanya qimie selalu membaca entri dan tips – tips dari khai. Penulisan yang bersahaja berjaya memikat Qimie untuk memiliki Domain dan hosting sendiri.

Begitu juga dengan Kujie. kakak kita ini juga ada menulis tentang tips – tips berkaitan dengan blog. Panduan dan tips dari bloger – bloger ini semua menjadi panduan yang berguna bagi Qimie dalam dunia blog. Terima kasih kerana memberi tips – tips yang berguna sebagai panduan.

Pernah satu masa dulu qimie berundur dari dunia blog ini buat seketika dan menyerahkan blog qimie ini pada adik qimie. Walaupun dia bukan seorang blogger tegar. Dia berjaya membuat blog qimie ini mencecah 3000uv/sehari. satu rekod yang mungkin qimie tak akan dapat capai, bila Qimie tanya pada adik macamana.  Dia hanya tersenyum sahaja..

Jadi dengan adanya panduan – panduan daripada mereka ini semua, membuatkan Qimie lebih bersemangat untuk berblog lagi. Terima kasih semua yang memberi tunjuk ajar. Walaupun tak bersua muka entri kalian banyak membantu!

p/s : Sekadar menyebut beberapa nama, sebenarnya banyak lagi blogger yang memberi tunjuk ajar.. terima kasih

Posted by 19 Responses
 

Free Email Newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates..

And then confirm your email subcription

   

19 Comments to “Trafik Minggu Lepas Mencecah 1000uv/day”

  1. mana tips nye ni, nak tau jugak la :p

  2. anak says:

    tahniah..teruskan usaha biar glamer lip lap tau

  3. abgreds says:

    tahniah atas pencapaian ini. moga terus suksess…

  4. gnesop.com says:

    tahniah..
    bila agaknya sop boleh capai 1k..:)

  5. Joe says:

    fuyoh.. mengamcam betul batin aku nih

  6. darkbatman says:

    tahniah bro.. lame2 naikla 2.. kita blogger same2 cr mkn..
    same kongsi mane yg lebih n kurg..sm2 dpt rase pahit manis.. hehe

  7. RedBoy says:

    wahh.. hebat lar qimie.. 1000 UV sehari.. congratz yee…

  8. daisy says:

    congrats qimie!!

  9. black_mel says:

    tahniah..wahhh..qimie dh kembali..igtkan adik ko still jaga blog ni..dia pun seorang yang hebat..suruh dia buat 1 blog..

    aku xpenah cecah 500 pun…xpa..bermula dari bawah…apa-apapun..tahniah sekali lagi..

  10. AkuSeti says:

    nice story..sy pun masih baru lg dalam dunia blog…misi sebab nk cari duit jugak ..harap2 trafik sy boleh cecah mcm awk ..mmg betul nk berjaya kena blaja bnyak pasal blog ni.,..TQVM..post yg menarik

  11. qaseh nur says:

    yuhuu en qimie..;) sudi2 la jd followers di sini..

  12. mj says:

    waaaah. hebatnye qimie.. ajar le..

Leave your comment here:

Aug
9
2010
 
Facebook
Online