Mainan Warna – Warna Yang Menyihatkan | QIMIE BLOG

You are here: » Mainan Warna – Warna Yang Menyihatkan

Mainan Warna – Warna Yang Menyihatkan

Merah ( Hilangkan Sakit Kepala)

Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu mengurangkan rasa sakit kepala, oleh itu jika anda mengalaminya dan sakit sangat kepala rasa macam nak hantuk kepala ke dinding, letakkan tuala lembab berwarna merah di atas mata anda. Ianya mampu untuk meningkatkan peredaran dan Melonjakkan adrenalin.

Biru ( Mengurangkan tekanan di tempat kerja)

Anda rasa tertekan, Rasa macam anda lebih layak jadi bos, bos buat semua serba tak kena, bos buat kerja sambil lewa dan sememangnya anda rasa tertekan yang amat sangat!. Okay cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang ber warna biru. Ia mampu merangsangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah screen saver komputer anda kepada warna – warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang. Lagi satu jangan pula tonton filem biru.. nanti ketenangan yang dicari, lain pula yang datang..

Merah Jambu ( Elakkan Insomnia )

Jika anda rasa susah sangat nak tidur, mengalami kesukaran untuk tidur dengan selesa diĀ  waktu malam, apa kata anda hiaskan bilik tidur dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik juga boleh tercipta dengan warna ini, bagi lelaki – lelaki sasa dan macho diluar sana, apa kata tukar warna bilik anda dengan warna merah jambu.. biar ganas tapi manja..

Hijau ( Lenyapkan Keletihan )

Pujangga pernah berkata, warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.

Bercerita soal warna ni dulu teman suka dengan warna biru, lepas tu hijau.. sekarang sukakan warna merah putih..

Posted by 4 Responses
 

Free Email Newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates..

And then confirm your email subcription

   

4 Comments to “Mainan Warna – Warna Yang Menyihatkan”

  1. sendra says:

    ahakss..pasal bilik kaler pink tu,sumpah der,bilik tidur aku kaler pink..mungkin sebab tu lah kao reason parents aku memilih kaler tu since aku ni macam seorang yang nocturnal,then bilik aku sorang kaler pink..(tapi apesal aku masih tidur lewat setiap hari eh?)haha

  2. A-Y-I-E says:

    memang betul kata-kata anda… mcm pernah lihat tips ini…
    sumbernya dimana ye??

Leave your comment here:

Jun
20
2010
 
Facebook
Online