Info Penting Buat Suami
Bagi suami yang isterinya sedang hamil, mereka kerap merasa risau untuk melakukan hubungan seksual. mereka takut kalau tindakan tersebut akan mengganggu bayi yang sedar membesar didalam rahim. Untuk pengetahuan anda , adalah selamat untuk mengadakan hubungan seksual walaupun ketika kandungan isteri sedang sarat.
Ini kerana bayi anda terlindung didalam rahim yang tertutup secara ketat di bahagian serviks. Apapun ianya bergantung kepada keselesaan isteri anda, jika anda dan isteri anda tidak menghadapi sebarang masalah, lakukan sahaja dengan tenang. Namun sekiranya isteri anda mengalami pendarahan pada saluran peranakannya, keadaan uri yang tidak normal, pecah air ketuban awal atau terdapat tanda – tanda yang si isteri bakal bersalin, sebaiknya elakkan daripada melakukan hubungan seksual dengannya.
Pada waktu ini.. apa yang penting… anda perlu memberikan sokongan yang banyak serta semangat untuk si siteri kuat dan tabah menghadapi saat hampir untuk melahirkan anak.
Nota Kuku:// Pernah tanya doktor fasal ni.. doktor cakap ‘ kalau takde apa – apa.. ianya baik untuk waktu bersalin.. wink! wink!..
Free Email Newsletter
And then confirm your email subcription













No Comment to “Info Penting Buat Suami”