Sinopsis Arjuna – Slot Aksi TV3

KRU Studios telah menerbitkan drama bersiri Arjuna yang mengisahkan alam mistik Samudera yang dikuasai oleh kuasa jahat bernama Gempita Merah.

Di dalam drama ini telah termaktub bahawa seorang pahlawan terbilang bernama Arjuna seorang saja yang mampu untuk menewaskan Gempita Merah. Pertembungan Arjuna dan Gempita Merah adalah sesuatu yang paling hebat pernah disaksikan.

Pelakon yang terlibat menjayakan siri drama hebat ini ialah Remy Ishak, Riz Ainuddin, Nora Danish, Ery Putra, Fikree Bakar, Ana Dahlia, Aman Graseka, Kuswadinata, Komeng. Arjuna akan mula disiarkan pada 31 Mei 2010 setiap Isnin jam 9.00 malam.

Tak sabar rasanya untuk melihat dan menonton drama ini yang dikatakan penuh dengan aksi dan teknik CGI. Maklumlahlah dah lama tak menonton drama kependekaran seperti drama Arjuna ini. Drama Arjuna ini akan mengisi kekosongan Slot Aksi Di tv3.

Drama Arjuna ini akan bermula setiap hari isnin pada jam 9.00pm tarikh 31 – mei – 2010. Jom sama – sama menonton drama terbitan KRU ini..

P/s: Dah Lama Sokong Drama terbitan  Tempatan.

Filed Under: Hiburan

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.