Rafiqin Darwisy Masuk Surat Khabar!!! | QIMIE BLOG

You are here: » Rafiqin Darwisy Masuk Surat Khabar!!!

Rafiqin Darwisy Masuk Surat Khabar!!!

 

 

Sebelum ni kita digemparkan dengan kisah kerana Rafiqin Darwisy yang menghina Surah Alfatihah dan menghina Arwah Din Beramboi. Di Sebabkan itu juga satu Group yang diberi nama KAMI BENCI RAFIQIN DARWISY mengutuk kematian DIN BERAMBOI ditubuhkan. Dan sehingga kini Jumlah ahli bertambah dari hari ke hari.

Sehingga Entry ini ditulis Jumlah ahli yang terdapat dalam group tersebut mencecah angka 64742 orang. Angka ini mungkin akan bertambah lagi.  Apa yang diperkatakan dalam dunia maya telah mendapat ruang di dada akhbar. Dimana Artikel yang menulis tentang perkara tersebut diterbitkan dalam B.pop Berita Minggu hari ahad 11hb april 2010.  Jadi pihak media cetak juga mengambil berat kan hal ini.

Petikan Dari Berita Minggu

Alkisah: Remaja hina Din Beramboi

 DUNIA dah akhir zaman agaknya. Semakin ramai remaja tidak lagi menghormati orang tua, malah orang yang sudah meninggal dunia pun boleh dihina dan dimaki hamun sesuka hati. Raja benar-benar `terpukul’ dan sedih apabila mendapat tahu seorang remaja berusia 14 tahun mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya terhadap arwah Din Beramboi sesudah pelawak itu meninggal dunia pada Jumaat minggu lalu.

Apa salah arwah agaknya sampai remaja lelaki dari Kuantan, Pahang itu sanggup mengeluarkan ayat `Al-F***’ untuk Din Beramboi’ menerusi laman Facebooknya. Memang melampau budak kepala suku ni! Mungkin bukan Raja saja yang marah dan sakit hati, malah keluarga, sahabat dan peminat arwah lebih terhiris hati mendengar budak hingusan ni mencarut.

Bagi Raja, remaja yang menggunakan nama Rafiqin Darwisy ni memang kurang ajar. Nama saja cantik tapi perangai mengalahkan anak jin, anak syaitan! Apa jenis manusia ni agaknya? Entahlah, buat malu mak bapa dia saja, dah tentu bila jadi macam ni, orang luar akan menyalahkan mak bapa tak pandai nak ajar anak. Sedangkan mak bapa dah bagi ilmu agama yang cukup, cuma budak ni saja yang tak makan diajar. Kalaulah bertemu Raja, memang Raja cili mulut sampai bisu…

Yang peliknya, budak ‘sengal’ ni langsung tak rasa bersalah bila kena tarbiah dan nasihat dengan blogger, malah bertambah angkuh mengatakan dirinya malaikat yang diupah Tuhan untuk mengutuk Din yang ….. (kata kesat). Kalau ya pun kau marah dengan gurauan arwah Din yang kita tahu agak kasar tapi arwah bukan mengata kau, bukan bergurau dengan kau. Apa hal yang kau nak emosional lebih-lebih ni?

Raja rasa budak ni hanya inginkan perhatian, tak kisah apabila kesudahannya kena carut atau maki hamun berbakul dengan blogger lain. Itu mungkin memberi kepuasan pada dia agaknya. Ataupun, budak ni memang dah ‘wayar putus’ seurat, tu yang boleh hentam, maki orang dah meninggal dunia.

Apapun, Raja harap budak ni cepat insaf dan ibu bapanya turut sedar kesilapan yang dilakukan anaknya itu. tegurlah remaja ini. jangan nanti lama kelamaan biadapnya mungkin makin menjadi-jadi…

Ini bukan soal remeh, ini soal maruah orang yang sudah meninggal dunia. Tak fikirkah apa perasaan isteri dan anak-anak arwah serta saudara maranya yang lain? Raja nak tanya Rafiqin Darwisy, apa perasaannya jika suatu hari nanti ibu bapanya pula dimaki dan dihina dengan perkataan kesat selepas meninggal dunia? Apa kau rasa?

Di kesempatan ini, Raja nak ucapkan takziah pada keluarga arwah Din. Raja turut simpati mendengar berita rumah mereka di Sungai Buaya, Rawang, Selangor dipecah masuk pencuri selepas tiga hari arwah meninggal dunia.

Hai, sampai hati mereka meragut kenangan yang ditinggalkan arwah untuk isteri dan anak-anaknya. Manusia semakin kejam, kan?

Al-fatihah buat arwah Din, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin…

RAJA: Hairan kenapa kes pelakon Benjy dah makin kecoh pula! Usah ganggu polis buat siasatan… 

Kredit Gambar:- KAMI BENCI RAFIQIN DARWISY mengutuk kematian Din Beramboi

Posted by 9 Responses
 

Free Email Newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates..

And then confirm your email subcription

   

9 Comments to “Rafiqin Darwisy Masuk Surat Khabar!!!”

  1. hachirobei syakiyurai says:

    wei kakaroct…aku rase bek ka g skolah smula r ka blajar ilmu agama dlm2 ….dalam islam kita dwjibkn untuk menziarahi orang mati dan mengkebumikan orag yg dah mati..bukannya cmpk dlm laut…kau nk ckp tp kau xde ilmu…ka tau x cara ka brckp ni boleh disimulasikan sebagai mmpersendakan hukum dan ketetapan allah

  2. kakaroct says:

    besok2 die mati jgn ziarah… jgn uruskan jenazah die… campak laut je…

  3. adam says:

    ni paper ape ek ?

  4. ameerah says:

    jangan marah.. jangan hina dia.. ni bukan cara yang Islam ajar.. tengok, sekarang budak 2 dah murtad.. sekarang kita mampu ke nak salahkan diri kita, salahkan mulut kita?

    dia budak, perlu dididik.. bukan dicaci n terus dihentam. sekadar perkongsian. maaf kalau ada yang tersinggung..

    • hachirobei syakiyurai says:

      jangan kata budak tu dah murtad…kita xda bukti…nt kita yag murtad..dlm islam murtad trjdi dgn 3 sbb..iaitu dgn lisan,prbuatan dan niat…budak tu ngaku dye bukan islam mungkin skadar pada lisan sahaja tp tidak membenarkan dengan hatinya…jd disini akidah budak tu x terpesong lg cuma dye perlu kmbali bertaubat nasuha

  5. aku rasa otak budak ni kena virus kencing tikus…hurmmmm

  6. 911 says:

    tak tau nak cakap apa ttg budak ni. Makin bangga dia namanya disebut2…
    .-= 911´s last blog ..Cara-cara Menyelesaikan Masalah Tayar Pancit =-.

  7. masterly02 says:

    budak nie aku rasa saikolah..dia mmg saja nak cari populariti murahan..(dia ingat dia artis kot..)
    .-= masterly02´s last blog ..Baju Anak Khalifah =-.

Leave your comment here:

Apr
11
2010
 
Facebook
Online