Mentor 4 – Ila Damiaa Johar Gagal, Abang Tersenyum Berjaya Ke Final

Protege Joe Flizzow, Ila Damiaa Johar gagal meneruskan cabaran ke final Mentor 4 pada minggu depan selepas memperoleh markah terendah iaitu 42 markah pada separuh akhir sesi kedua pertandingan tersebut di sini malam tadi.
Adi Hamiz Johar (Adi) yang juga abang kepada Ila pula memperolehi 44 markah; Nurhadzwani Salleh (Nani), 55 markah manakala Mohd Izwan Mohd Nor (Mohd), 59 markah.
Dengan itu, Adi, Nani dan Mohd berjaya melangkah ke acara final yang akan berlangsung di Auditorium MBSA 4 Julai nanti.
“Saya memang kecewa kerana selangkah lagi, saya akan dapat memasuki final. Setiap kali saya membuat persembahan, pasti ada ruang untuk kemajuan lagi.. Itulah yang saya sedih sangat kerana tidak berpeluang untuk berbuat demikian lagi,” [cerita penuh]
Semasa menonton persembahan dari Ila memang terasa banyak kelemahan Ila dari segi Vokal, tambahan pula semasa menyanyikan lagu Asmaradana, memetik kata Juru Profesional ” ini adalah pertandingan nyanyian” Jadi Ila kena mantapkan lagi suara beliau.
Walau macamana pun, kami doakan semoga Ila Berjaya dalam industri ini dan dapat mengembangkan lagi bakat beliau..
Filed Under: Hiburan













