Maizawati Zainal Sertai Mrs Beauty Malaysia Wakili Sabah
Maizawati Zainal yang baru berkahwin baru – baru ini telah menyertai satu pertandingan Mrs Beauty Malaysia 2010, Selain tu ada 14 orang lagi yang terdiri daripada pelbagai bangsanMelayu, Cina dan India.
Pertandingan anjuran MBQ World Sdn Bhd itu ingin mencari bakat dan model baru untuk menyerlah potensi secara menyeluruh dalam bidang fesyen dan kecantikan, komersial TV dan radio, medium pengiklanan lain termasuk lakonan dan nyanyian.
Menariknya, juara yang menempah gelaran Mrs Beauty Malaysia 2010 akan berpeluang mara ke pertandingan Mrs Beauty World 2010 yang akan berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat. Juara juga akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, pakaian, kasut dan mahkota.
Pertandingan itu terbuka kepada wanita yang telah berkahwin, berusia 21 tahun ke atas dan berwarganegara Malaysia. Mereka perlu mewakili negeri sendiri atau negeri suami masing-masing.
Menurut Presiden MBQ World, Datuk Molly Malakias Yoshioka, penganjur menetapkan para peserta tidak memakai bikini, pakaian renang atau kostum yang jarang.Panel juri profesional dari Malaysia dan antarabangsa akan menilai peserta dari segi persembahan, pidato umum, temubual, personaliti, bakat, kerja amal dan penampilan. Lagi gambar Maiza
Wah!.. semakin rancak Maiza selepas berkahwin ni.. apa – apapun selamat berjaya kami ucapkan pada anda..
p/s: Adeke orang yang terkebil – kebil tengok nanti?! hahaha.. tempat jatuh lagi dikenang!…
Free Email Newsletter
And then confirm your email subcription














2 Comments to “Maizawati Zainal Sertai Mrs Beauty Malaysia Wakili Sabah”
wah..aku suka ayat nih..”tempat jatuh lagi dikenang” har..har..har..
hahaha… tu lah fasal.. tempat jatuh lagi dikenang…