Roslin Hashim Bercerai lagi?, Siapa Gadis Melayu Kerana Simply Siti?! Biar Betik!!!

peserta gadis melayu

Siapa kenal Roslin Hashim?! Aku rasa semua orang kenal kot, maklumlah Roslin Hashim adalah Jaguh Badminton Negara. Dengar – dengar ceritanya Roslin Hashim,akan memfailkan penceraian dengan isterinya Norhayati Othman di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada hari Rabu, selepas sebulan mendirikan rumah tangga.

Permohonan itu dibuat selepas berlaku masalah dalam rumah tangga yang dibina Roslin dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) itu.Kedua-dua pasangan tersebut bernikah pada 9 Julai lalu selepas berkenalan tidak sampai lima bulan.

Kalau betul ini bermakan Roslin akan bercerai untuk kali kedua, sebelum inipun Roslin mengejutkan banyak pihak apabila perkahwinannya dengan Faizah Mohamad, pada 30 Januari 2009 tidak bertahan lama apabila mereka bercerai selepas 12 hari menjadi suami isteri.

Jadi kenapa mereka bercerai? apa sebabnya adakah semuanya kerana Gadis melayu, siapa pula Gadis melayu yang aku sebutkan ini? Jangan salah Faham, Gadis Melayu yang aku maksudkan adalah Gadis Melayu yang bakal ditayangkan di TV9.

Okay.. sabanyak 9 orang gadis melayu telah dipilih, ada salah seorang adala Rina Salleh, kenai Rina Salleh? Aku selalu follow blog dia, di samping tu dia ada jual tudung secara online.. jadi kita tengok senarai nama – nama gadis – gadis melayu yang bakal menggegarkan jiwa..

Gadis Melayu tersebut ialah Afiqah Hazwani Md Nordin, 18, atau lebih dikenali Afiqah dari Johor; Nur Diana Zainuddin (Diana), 19, dari Pulau Pinang dan Nor Shamimi Ernida Mansor (Mimie), 20, dari Kedah.

Lagi termasuklah Norhidayah Samsudin (Hidayah), 21, dari Johor; Siti Nurzakiah Abdul Aziz (Zakiah), 21, dari Selangor dan Siti Mastura Mohamad Saleh (Mastura), 24, dari Pahang.

Tiga peserta lain terdiri daripada Fatheen Nabila Ghazali (Fatheen), 24, dari Johor; Norazrina Mohd Salleh (Rina), 25, dari Selangor dan Siti Amira Mustakhim (Amira), 25, dari Kedah.

Untuk menjadi gadis melayu diaorang semua ni kena menjalankan tugas, seperti kukur nyor dan buat sambal belacan… hehehe.. Jangan kena sambal dah le.. hahaha , kena ada ulam baru sedap makan dengan sambal belacan.. Tahun ni tak ada penyingkiran dalam gadis melayu.. so pandai – pandailah korang semua bawa diri ye..

Bukan siti Nurhaliza yang mengacarakannya ye… tapi Ashraf Muslim.. Illusi tu.. tapi apa pula kaitan antara Roslan Hashim, gadis melayu dan Siti Nurhaliza.. Sebenarnya memang takde kaitan langsung, tak taule pulak kalau ada yang saling berkait.. hehehe..

Siti Nurhaliza dengan SimplySiti mengadakan satu peraduan iaitu berhari raya bersama Dato’Siti Nurhaliza, kalau anda rasa teringin dan nak beraya dengan Siti Nurhaliza.. Apa tunggu lagi.. jangan lepaskan peluang.. sebab peluang tak datang banyak kali..

Nak download borang dan terma syaratnya .. apa kata lawat kat laman sesawang Simplysiti..

Aku.. aku macam biasa.. meneruskan kehidupan dengan penuh rasa tanggungjawap, terhadap diri, keluarga, orang yang aku sayang dan cintai.. kerana aku memang dilahirkan sebagai seorang pencinta wanita… aku sayang orang yang sayang aku… Peace!.. Kacak tapi Berpunya!!!!!!……

jangan lupa sertai peraduan ni..

Berkaitan

Roslin Hashim Dan Isteri Kecoh Dibilik Hotel

Filed Under: Gosip

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments (9)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. [...] Kontreversi demi kontroversi telah tercipta, dari filem – filem yang dihasilkan sampaile ke kronologi – kronologi rentetan pertistiwa yang berlaku kebelakangan ini, semuanya menjerumuskan kepada penghasilan kontroversi yang mantop. Kalau kontroversi ini di jadikan filem baru boleh meletup ni.. [...]

  2. zalin says:

    tajuk tu..roslin la..

    kawen cerai..kawen cerai..yela..orang banyak duit..

  3. darkbatman says:

    erk.. dlu aku minat ct tp pas dia kawen.. aaa. ak dh xminat.hehee

  4. bloggerman says:

    dia ni gila bercerai kut

  5. eh bila pulak roslin neh kawen lain?
    cerai lagi.
    apabenda lah die neh.
    menghabiskan duit jer kawen cerai.
    isk.

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.