Raja Azmi Bermalam Dan Berbuka Dalam Lokap | QIMIE BLOG

You are here: » Raja Azmi Bermalam Dan Berbuka Dalam Lokap

Raja Azmi Bermalam Dan Berbuka Dalam Lokap

Kontreversi demi kontroversi telah tercipta, dari filem – filem yang dihasilkan sampaile ke kronologi – kronologi rentetan pertistiwa yang berlaku kebelakangan ini, semuanya menjerumuskan kepada penghasilan kontroversi yang mantop. Kalau kontroversi ini di jadikan filem baru boleh meletup ni..

Kontroversi melibatkan Raja Azmi Raja Sulaiman,makin lama makin bertambah apabila semalam Raja Azmi ditahan ketika dia pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang dekat sini untuk membuat satu laporan polis.

Raja Azmi ditahan selepas dia didapati mempunyai waran tangkap dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana tidak hadir perbicaraan pada 21 Julai lalu bagi satu kes pertikaian komersial.Dalam kes tu Raja Azmi didakwa terlibat dalam satu kes tuntutan jual beli tanah beberapa tahun lalu.

Sampai pukul 12 malam tadi, Raja Azmi tidak dibenarkan diikat jamin kerana dia akan terus dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.Jalani Sidek suami kepada Raja Azmi cuba mengikat jaminnya tetapi gagal. Akibatnya Raja Azmi kena berbuka puasa di dalam lokap.

Sebelum ditahan, Raja Azmi datang ke IPD Ampang untuk membuat laporan berhubung dakwaan dia menerima satu mesej SMS yang didakwanya ada unsur ugutan daripada seseorang yang tidak dikenali.

apa kesudahan kontroversi di… kita saksikan di pawagam berhampiran Anda  …Dalam Botol!!! Peace……

Update

20 Ogos 2010:Raja Azmi bagaimanapun dibebaskan oleh mahkamah dengan jaminan RM8,000. Dia berdepan dengan kes sivil pelanggaran pembelian saham RM4.9 juta yang membabitkan sebidang tanah di Balakong pada tahun 1996.

Raja Azmi Ditahan Sebagai Saksi Berhubung Saman Sivil RM5.9 Juta [ Sini boleh baca lagi ]

Polis tangkap Raja Azmi [ Link Baik Punya

Posted by 0 Responses
 

Free Email Newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates..

And then confirm your email subcription

   

No Comment to “Raja Azmi Bermalam Dan Berbuka Dalam Lokap”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...
Leave your comment here:

Aug
20
2010
 
Facebook
Online