Pelakon lawak disyaki edar dadah

Polis minta tempoh reman dilanjut

Polis tidak menolak kemungkinan, pelakon komedi terkenal yang ditahan kerana penyalahgunaan dadah bersama lima rakannya, Sabtu lalu disyaki turut terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah.

Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata polis kini menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil kira semua aspek berhubung kes itu.

“Memang suspek dan rakannya ditahan bagi penyalahgunaan dadah, berikutan penemuan daun kering dipercayai ganja seberat 40 gram.
“Namun, polis akan menyiasat sama ada suspek turut terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah,” katanya.

Dalam kejadian Sabtu lalu, pelakon komedi dan lima rakannya ditahan dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan PJS7 Subang Jaya, dekat sini.

Hasil ujian saringan air kencing terhadap pelakon yang pernah mengarah dan menerbitkan filem serta rakannya kemudian mendapati semua mereka positif dadah.

Zainal Rashid berkata, polis juga akan meminta tempoh tahanan reman suspek yang bakal berakhir, Rabu ini dilanjutkan sekiranya siasatan berhubung kes itu belum selesai.
Semua suspek kini ditahan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Rujukan Berita Harian

Rasional lagikah artis – artis kita dijadikan idola?. Selepas seorang demi seorang artis tanah air ditangkap kerana penyalahgunaan dadah. Mereka yang ditangkap pula adalah mereka yang terkenal, dan turut diminati oleh anak – anak kecil.

Filed Under: Gosip

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.