Maya Karin Bercerai.. Talak satu!!

KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2010: Aktres Maya Karin Roelcke, 29,dan suaminya, Steven David Shorthose atau Muhammad Ali Abdullah, 39, telah rasmi bercerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

Pasangan ini tiba di mahkamah secara berasingan tengahari tadi untuk memfailkan perceraian mereka tetapi tidak lama kemudian Hakim Mahkamah Syariah, Mohd Amran Mat Zain telah mengesahkan perceraian mereka.

Bagaimanapun, baik Maya mahu pun Steven, masing-masing enggan memberikan sebarang komen sebaik saja mereka melangkah keluar dari ruang mahkamah tersebut.

“Maaf, saya tdiak dapat beritahu anda apa-apa. Tapi, anda boleh hubungi pengurus saya esok untuk mendapat maklumat lanjut,” katanya yang mengenakan baku berwarna kelabu kepada The Malaysian Insider.

Steven yang sebelum ini memberitahu bahawa dia sedih dengan perceraian tersebut bagaimanapun kelihatan ceria dan gembira sewaktu memandang ke arah kamera tatkala berjalan menuju ke keretanya.

“Saya tidak akan menarik, kalau saya tidak senyum,” katanya guru matikmatik di Sekolah Antarabangsa Alice Smith ini secara berseloroh.

“Ini adalah hari yang cukup menyedihkan buat saya tetapi pada waktu yang sama, saya berasa lega. Saya tidak boleh ulas apa-apa lagi,” katanya yang nampak tampan mengenakan kot bersama kaca mata hitam.

Terdahulu, Maya dan Steven telah mendaftarkan perkahwinan mereka di mahkamah yang sama pada 24 JUn yang lalu selepas berkahwin di Itali pada 14 Ogos 2008 lalu.

Sumber The Malaysian Insider

Dipetik dari Murai.com

Lagi cerita Berkaitan:-

Maya Karin Sah Bercerai Talak Satu. Tekan sini untuk cerita lanjut

P/s: Artis kita………..

Filed Under: Gosip

Tags: , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.