Jejai Dan Fasha Sah Pasangan Kekasih! Pulau Lang Tengah Menjadi saksi Cinta ini!

SELEPAS menafikan mempunyai hubungan intim, aktres Fasha Sandha akhirnya tidak dapat menyembunyikan bahawa hatinya telah terpaut kepada Rizal Ashram Ramli.
Mereka berdua dengan rasminya mengesahkan untuk menjadi pasangan kekasih di Pulau Lang Tengah, Terengganu pada 18 Mei lalu ketika Rizal atau lebih dikenali sebagai Jejai membuat kejutan dengan tiba menaiki helikopter semasa pelakon itu menjalani penggambaran drama bersiri Duyong Aridinata terbitan Zeel Production.
“Kesungguhan dia selama ini membuatkan pintu hati saya terbuka untuk menerimanya sebagai seorang kekasih. Saya memang benar-benar tersentuh hati kerana tidak pernah ada mana-mana lelaki yang berbuat sebegitu kepada saya. Kalau tidak kerana dia datang dengan helikopter pun saya akan terima dia,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran drama tersebut di Ampang.
Sebelum ini Fasha dilanda kontroversi apabila timbul tuduhan apabila aktres Tiz Zaqyah mengganggu kekasihnya. Kemudian Tiz menafikan dakwaan tersebut.Malah Fizz Fairuz juga dikaitkan sehingga menyebabkan hubungan pelakon itu dengan kekasihynya Almy Nadia terganggu.Bagaimanapun Fasha dikatakan enggan mengulas isu berkenaan kerana menganggap perkara itu sudah berlalu.“Saya tiada komen apa-apa tentang perkara itu,” jawabnya ringkas sebelum meminta izin untuk berlalu pergi.
Sumber Berita panas ini di ambil dari buah hati pengarang jantung Mstar Online
Free Email Newsletter
And then confirm your email subcription












One Comment to “Jejai Dan Fasha Sah Pasangan Kekasih! Pulau Lang Tengah Menjadi saksi Cinta ini!”
:p