Iklan Raya Tv3 – Memperlekehkan Agama Merosakkan Akidah
httpv://www.youtube.com/watch?v=YKN5jW8WJ9Y
Terdetik hati sewaktu kali pertama kali menonton iklan raya terbaru di TV3, sebagai memenuhi tanggunjawap sosial dan mengikut seruan PM supaya terus menulis melalui fakta , aku terpanggil untuk menulis dan menyatakan pendapat aku mengenai iklan ini
Apakah TV3 tidak sedar dengan senstiviti rakyat Malaysia dan bagaimana boleh menyiarkan iklan ini, bayangkan babak demi babak yang menyakitkan mata untuk di tonton, dari orang tua yang keluar entah dari mana, seolah – olah seperti Santa Claus lagaknya.. tak pernah pula aku rasa nak sambut raya macam tu..
Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. terkejut bila melihat iklan raya TV3 kali ini, Di dapati iklan ini seolah2 menggabungkan identiti pelbagai agama, ada santa claus, ada bunga teratai dengan pelita api..macam nak menyelit unsur kristian, hindu, buddha…satu taktik halus mempengaruhi aqidah generasi baru, dengan penonjolan kanak2 sebagai pelakon yg mengkhayalkan perkara ini.
Di harapkan pihak pengurusan TV3/Media Prima mengambil tindakan segera menarik balik siaran iklan ini. Adakah ini konsep satu Malaysia yang ingin Di agung-agungkan? Semua nak pukul sama rata.. tolong hentikan iklan yang boleh membawa khurafat ini.. selamatkan kemuliaan syawal yang bakal tiba ini…
P/s: Lalu kat teluk intan pula tu santa claus ni.. Malu aku!..
Update
Kebenaran di sebalik penipuan dan kebetulan.
Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya?
Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.
Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk…ap yang terbuka.
1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
2.Buku – Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas – Simbol Paganism
Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.
Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P…erak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.
Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
1.Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan
Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.
Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang ‘menyalib’ setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?
Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.
Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..
Sumber rujukan: Kalamul Haqq
Update: TV3 Telah menarik kembali iklan raya ini dan permohonan maaf secara terbuka telah dilakukan sewaktu siaran buletin utama sebentar tadi . Sekian terima kasih
Video Permohonan Maaf TV3 di Buletin Utama
Filed Under: Gosip




















[...] dan kebimbangan tercetus apabila TV3 menyiarkan Iklan Hari Raya dan mendapat maklumbalas yang meluas daripada semua pihak yang bimbang dengan penerimaan konsep di [...]
1 mesia x bermkna 1 agama… tv3 nye org xkn la x tgk iklan ni??
ni krismas commercial ke raya commercial??
2 bukan santa claus la…pak aji 2 dgn cucu2nyer…syabas tv3
tapi dah nampak macam watak santa claus je..
sejak ada 1 malaysia le…tak sokong ke?..macam ni baru betul2 1 malaysia..hidup bn!….hidup 1 malaysia!
itu yang tengah difikirkan sekarang ni bro!..
ishk..sejak bila pulak dah meresap santa claus dalam perayaan islam ni
tak tau nak kata apa dah bro!… hairan dengan iklan ni!..
try tengok langit, ke memang kat Teluk Intan ada Santa…hehehe…jangan ada penanggal udah ler.. :[
hahaha.. kena tunggu dekat menara condong le jawapnya…