(Gambar) Lisa Surihani Dan Yusry KRU Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz | QIMIE BLOG

You are here: » (Gambar) Lisa Surihani Dan Yusry KRU Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

(Gambar) Lisa Surihani Dan Yusry KRU Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Alhamdulillah. Dengan sekali saja lafaz akad nikah, Lisa Surihani telah pun sah menjadi isteri kepada Yusry KRU dan perkahwinan yang dinanti – nantikan oleh peminat kini menjadi nyata.

Pasangan ini diijabkabul sendiri oleh abang Lisa Surihani iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa di Ballroom Marriott Hotel Putrajaya jam 9 malam tadi.

Majlis pernikahan ini yang dianjurkan oleh DZMS Events bertemakan ‘Winter Garden’ dan majlis berjalan lancar dan tersusun.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Selain seutas rantai, antara barang hantaran lain yang diberikan Yusry kepada Lisa termasuklah sirih junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan solat dan kek.

Manakala Lisa membalas sirih junjung, bunga rampai, sebentuk cincin, koleksi cakera padat kumpulan The Beatles, sebuah peralatan muzik keyboard, kelengkapan solat, kelengkapan pakaian lelaki, manisan dan kek.

Posted by 0 Responses
 

Free Email Newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates..

And then confirm your email subcription

   

No Comment to “(Gambar) Lisa Surihani Dan Yusry KRU Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...
Leave your comment here:

Feb
24
2012
 
Facebook
Online