Azean Irdawaty tak sangka anak ditahan kes edar dadah

KUALA LUMPUR: Pelakon Azean Irdawaty yang cuba menemui anaknya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 31, atau Benjy yang ditahan reman di Balai Polis Bukit Jalil, di sini, sejak Khamis lalu bagi membantu siasatan dalam kes pengedaran dadah, mengakui hatinya luluh selepas mendengar berita penangkapan anak kesayangannya itu.

“Kak Yan (Azean) nak jumpa dia, nak peluk dia, nak cakap walau apa pun terjadi, Ben (Benjy) masih anak mama… mama tetap sayangkan Ben. “Kak Yan bergegas ke balai, tetapi tidak dibenarkan jumpa Benjy. Hari ini pun (semalam) masih tak dapat jumpa dia. Dia orang (polis) tak bagi jumpa, cuma Kak Yan tahu Ben belum dituduh, masih dalam siasatan,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Kata Azean, walau apa pun terjadi, kasihnya terhadap Benjy tidak berkurangan langsung. (petikan dari berita harian)

Salah tak salah, biarlah pihak yang berkuasa menentukan, kerana apa yang pasti undang – undang negara sudah cukup untuk menghukum jika disabitkan kesalahan. Kita sebagai orang biasa tak perlu untuk menghukum mana yang betul atau tidak.. Biarlah pihak berkuasa terus dengan siasatan mereka.

Tinggalkan cerita tentang dadah, tinggalkan cerita tentang artis – artis kita, tapi apa yang di utamakan ialah kasihnya seorang ibu terhadap seorang anak, walau apapun yang berlaku ke atas anaknya pasti si ibu ada dibelakang menyokong dengan penuh kasih sayang. Melihat pada Azean Irdawaty dengan memetik kata beliau “walau apapun yang terjadi, kasih sayangnya terhadap Benjy tidak akan berkurangan langsung”.

Begitulah tinggi kasih seorang ibu terhadap anaknya.  Sentiasa menginginkan yang terbaik untuk anak – anak. Biar sesusah mana, biar sepayah mana tapi untuk anak biar berhabis , biar hilang malu asal anak itu dapat berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Jadi kita sebagai anak, tanamkan semangat sayang kepada ibu bapa, ingat akan jasa dan pengorbanan ibubapa kita selama ini. Jauhkanlah dari perkara – perkara yang mengecewakan ibu dan bapa.. tanpa restu ibubapa apalah erti kehidupan..

Dan apa yang aku pasti Azean Irdawaty seorang wanita yang cekal dan kuat dalam mengharungi cubaan dan dugaan kehidupan ini

p/s: nak telefon mak kejap…

Filed Under: Hiburan

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments (28)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. eddie says:

    haloo….anybody can help me find azean irdawaty phone number…

  2. acha says:

    wooo sedey la plakk..nak telipon mak gak arr..huhuhu

  3. imran says:

    Anak lelaki tunggal tu. Itulah madu, itulah racun.

  4. luvida says:

    kesian ngan fmly kak yan…
    hope mereka bersabar…

  5. SiPanda says:

    kesian azean.. dia dah la sakit.. bila anak nya kena tangkap.. takut dia makin sakit jela.. semoga tabah ok azean :)
    .-= SiPanda´s last blog ..Artis kedua yang bakal digantung! =-.

  6. zik says:

    Sedihnya… :-(
    .-= zik´s last blog ..Perancangan yang berkesan =-.

  7. black_mel says:

    kesian kak yan..ibu mana yg x sayang anak..
    .-= black_mel´s last blog ..Apa Itu Alexa Dan Nuffnang =-.

  8. nNh says:

    oo benjy upenye.. kesian nye kt kak yan. da la tgh sakit..hurmm
    .-= nNh´s last blog ..oh adikku. =-.

  9. dec0 says:

    baru ku tahu berita ini..oh benjy,berubahlahhh
    .-= dec0´s last blog ..Nota Terlekat: KAd UndAngan =-.

  10. kasih ibu..sukar dicari ganti
    .-= cik gadis maneh´s last blog ..PUTERI =-.

  11. hanisaleeya says:

    Kasih ibu tak pernah terlerai..

  12. fia says:

    anak azean irdawaty ke yg kna tahan tu?hmmm..menjadi2 betul kes artis @ org biasa kena tahan sbb edar dadah skang ni =(
    .-= fia´s last blog ..Dah pergi ke belum?! =) =-.

  13. mivida says:

    ibu mana yang x sayangkan anak..kecuali la ibu2 yang xde perasaan sayang tu..yg buang anak merata2..
    .-= mivida´s last blog ..Keistimewaan Blogger In Draft.. =-.

    • ajie says:

      betul tu.. tiada ibu yang tak sayangkan anak kecuali mereka yang sanggup membunuh dan membuang anak tanpa perasaan belas..

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.