Achik Spin Maut Dalam Kemalangan
Api marak membakar kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini, petang tadi. – Foto BERNAMA
Kami warga Qimie[dot]com mengucapkan Takziah ke atas kehilangan Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin. Semoga Rohnya ditempatkan di kalangan orang – orang yang beriman dan beramal soleh.
Al – Fatihah!..
KERETA Toyota Estima yang dinaiki bekas vokalis kumpulan Spin, Achik atau nama sebenar, Murad Md Shari, 28, dan sepupunya Salihin Md Salleh, 29, terbakar selepas terbabas dan melanggar tiang papan tanda di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di Mantin, petang semalam ( Berita Harian)
Penyanyi Achik Spin Maut Dalam Kemalangan
SEREMBAN, 17 April — Penyanyi Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 27, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) dekat sini, Sabtu petang.
Pegawai Turut Trafik negeri ASP Abd Halil Hamzah berkata kejadian berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenali dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda.
“Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya itu melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam.
“Difahamkan kenderaan yang dipandunya itu dalam perjalanan balik ke Seremban bersama seorang rakan selepas menyertai sebuah rancangan di RTM, Kuala Lumpur,” katanya di sini.
Katanya Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.Allahyarham dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup.Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.
Sementara itu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.
Update:- Video
httpv://www.youtube.com/watch?v=QyOL_0pklRA
Achik merupakan penyanyi utama kumpulan Spin yang popular sekitar tahun 2002.Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Kita itu telah mendirikan rumahtangga dengan bekas Pegawai Khidmat Pelanggan Astro, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof pada Nov 2005.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Puteri Rania pada 2007 tetapi meninggal dunia ketika berusia dua bulan akibat demam panas dan masalah usus dalam perut
Sumber :- Bernama
Update:- Jenazah Arwah selamat dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said Pada Jam 1.30 hari 18hb april 2010. Jenazah dimandi dan dikafankan di Hospital dan seterusnya dibawa kerumah mertuanya Di Taman Desa Ros Ampangan Seremban. Hattan, Tomok, Siti Nordiana, Lan kristal turut hadir memberikan penghormatan terakhir pada arwah.
Free Email Newsletter
And then confirm your email subcription















6 Comments to “Achik Spin Maut Dalam Kemalangan”
Sedih mendengar berita pemergian insan yang banyak berjasa dalam bidang seni, Achik Spin. Semoga roh beliau dicucuri rahmat
amin…
Al-Fatihah…
.-= azie´s last blog ..Very Cute and Funny Hamster….. Jom Layannnn….. =-.
semoga rohnya dicucuri rahmat
mmg tak sangka..baru je tgk dia kt live hitz 1 siang td..
Al-Fatihah buat arwah…
.-= Mr. Kamikaze´s last blog ..Kerja Kecil, Jiwa Besar…. =-.