Archive for the ‘Semasa’ Category

  • Permohonan Maaf TV3 di Buletin Utama

    8

    Bagi sesiapa yang belum atau tak sempat menonton buletin utama semalam, bolehlah menonton permohonan maaf yang dibuat melalui buletin utama, permohonan maaf tersebut disertakan dengan kenyataan penarikan semula iklan tersebut.

    Keresahan dan kebimbangan tercetus apabila TV3 menyiarkan Iklan Hari Raya dan mendapat maklumbalas yang meluas daripada semua pihak yang bimbang dengan penerimaan konsep di dalam iklan tersebut. Penarikan Iklan Hari Raya tersebut turut di nyatakan di dalam berita harian hari ini » Read the rest of the entry..

  • Jadual Perjalanan Balik Kampung – Plus Highway

    2

    delhi jam Jadual Perjalanan Balik Kampung   Plus Highway

    Jadual Perjalanan Balik Kampung. Waktu – waktu begini kebiasaannya bilangan pada kenderaan yang menggunakan lebuhraya akan meningkat, semuanya ingin menuju ke destinasi, dan sudah tentu destinasi yang dituju itu adalah kampung halaman yang dirindui selalu, kadang – kala sebelum sampai ke kampung halaman, kita sering marah – marah!..

    Kenapa kita marah?, tak ada lain sebabnya adalah kerana terperangkap di kesesakkan lalu lintas, jalan macam kura -kura, sedangkan apa yang kita pandu adalah kenderaan berkuasa turbo dengan cc enjin melebihi 2000cc dan boleh melebihi kelajuan 110km/j yang telah ditetapkan. Jadi sebelum sampai ke kampung dah berbakul caci-makian disebabkan terperangkap di kesesakan lalu lintas.

    Oleh kerana atas dasar untuk menggelakkan kesesakkan lalu lintas tadi, satu jadual telah di keluarkan oleh pihak PLUS bagi menggelakkan keadaan kesesakkan ini tadi.. Jom kita tengok jadual tersebut:- » Read the rest of the entry..

  • Iklan Raya Tv3 – Memperlekehkan Agama Merosakkan Akidah

    10

    Terdetik hati sewaktu kali pertama kali menonton iklan raya terbaru di TV3, sebagai memenuhi tanggunjawap sosial dan mengikut seruan PM supaya terus menulis melalui fakta , aku terpanggil untuk menulis dan menyatakan pendapat aku mengenai iklan ini

    Apakah TV3 tidak sedar dengan senstiviti rakyat Malaysia dan bagaimana boleh menyiarkan iklan ini, bayangkan babak demi babak yang menyakitkan mata untuk di tonton, dari orang tua yang keluar entah dari mana, seolah -- olah seperti Santa Claus lagaknya.. tak pernah pula aku rasa nak sambut raya macam tu..

    Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. terkejut bila melihat iklan raya TV3 kali ini, Di dapati iklan ini seolah2 menggabungkan identiti pelbagai agama, ada santa claus, ada bunga teratai dengan pelita api..macam nak menyelit unsur kristian, hindu, buddha…satu taktik halus mempengaruhi aqidah generasi baru, dengan penonjolan kanak2 sebagai pelakon yg mengkhayalkan perkara ini. » Read the rest of the entry..

  • Penubuhan Gereja Gay Pertama Di Malaysia!

    16

    images Penubuhan Gereja Gay Pertama Di Malaysia!

    Negara Malaysia yang kita cintai ini bakal menjadi pusat gay seantero jika perkara ini tidak di ambil tindakan wajar.  Penubuhan Gereja Gay yang pertama akan di bina di Malaysia oleh seorang paderi Ouyang Wen Fang.

    Gereja tersebut telah beroperasi secara senyap selama 3 tahun sebelum ini, dengan dikunjungi kumpulan penganut Kristian gay untuk beribadat pada hari Ahad dan mengkaji kitab Injil.

    Sekiranya di ikutkan Amalan tersebut masih dikategorikan sebagai jenayah di Malaysia yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam manakala pelakunya pula akan berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

    Jadi perlulah pihak yang berwajib mengambil tindakan yang tegas, ini macam dah menghina, tak perlulah nak di wujudkan gereja yang khusus untuk gay ni.. 3 tahun terlepas pandang.. ini pula secara terang-terangan siap buat pengumuman.. tidur ke pihak berwajib ni?..

    Paderi berusia 40 tahun itu turut tidak mengendahkan amaran keras kerajaan supaya menghentikan rancangannya kerana bimbang ia akan menggalakkan gaya hidup homoseks di negara ini. » Read the rest of the entry..

Page 1 of 2212345»1020...Last »
blog tentang dunia hiburan dan informasi terkini yang boleh diapplikasikan setiap hari

Top Blogs Personal blogs Dr.5z5 Open Feed Directory Blogged.my Entertainment Blogs - BlogCatalog Blog Directory Personal