Archive for the ‘Perbankan’ Category

  • Simpanan Untuk Masa Depan

    1

    tabung Simpanan Untuk Masa Depan

    Sebelum ini kita ada sentuh mengenai cara – cara ingin menabung secara berjaya, sebenarnya apa yang ingin ditulis pada hari ini adalah berkait rapat dengan entri yang terdahulu, cuma kita terperincikan sedikit apa kepentingan untuk menabung dan berjaya dalam menyimpan wang. Amalan menabung sebenarnya bukanlah satu perkara baru dalam masyarakat kita.

    Semasa kita masih kanak – kanak lagi kita telah di ajar akan kepentingan menabung, namun amalan ini mungkin berbeza dan akan berubah apabila kita meningkat dari zaman kanak – kanan, alam remaja dan seterusnya dewasa. Kadang – kadang kita perlu berhutang untuk memenuhi keperluan kehidupan dan kurang berusaha untuk menabung atau meningkatkan jumlah tabungan. Jadi keadaan ini perlu di ubah kerana tabungan dan simpanan kewangan adalah jaminan untuk masa hadapan.

    Apabila kita telah dewasa dan berkerjaya ianya adalah satu platform untuk kita menambahkan jumlah tabungan tanpa perlu mengharapkan ibubapa seperti waktu kita masih kanak – kanak. Kita mampu untuk mengatur kewangan dengan cara kita sendiri. Jadi mari kita berkongsi beberapa cara untuk berjaya dalam simpanan kewangan ini :-

    » Read the rest of the entry..

  • Bagi Nombor Kad Kredit! Aku nak Tipu Kau..

    8

    awas perangkap kad kredit1 Bagi Nombor Kad Kredit! Aku nak Tipu Kau.. 

    Pasti ramai antara kita yang memakai kad kredit, kad kredit ini berfungsi untuk membayar sesuatu barang yang dibeli tanpa menggunakan duit ‘cash’ Kad kredit ini apabila digunakan dengan cara yang betul, ianya dapat  membantu seseorang menjalani kehidupan yang cemerlang setiap hari, Di dalam penggunaan kad kredit konsep ‘fikir dahulu sebelum beli’ amat sesuai digunakan, ini kerana sekiranya menggunakan konsep beli dulu fikir kemudian, kemungkinan besar anda akan mencapai had maksimum dengan cepat. 

    Menggunakan kad kredit untuk membeli sesuatu barangan bukanlah bermakna anda tidak perlu membayar semula, terdapat dua cara pembayaran yang dikenakan oleh kad kredit ini, secara ringkasnya  pertama bayar balik secara langsam atau kedua bayar secara hutang.. jadilah ia hutang kad kredit. Untuk Makluman setiap nombor yang terdapat pada kad kredit dan juga tarikh luput pada kad kredit tersebut semuanya rahsia, Jadi tersangat pentinglah untuk anda menjaga nombor kad kredit tersebut. 

    Penipuan dalam kad kredit atau tak tertipu tapi di ambil kesempatan terhadap ketidakfahaman menggunakan kad kredit telah menyebabkan ramai orang terkena tempiasnya. Dan diantara cara yang paling praktikal digunakan oleh orang yang suka mengambil kesempatan menggunakan kad kredit ini ialah ejen-ejen insuran ataupun kad – kad privillage yang menawarkan perkhidmatan diskaun, voucher hotel , perkhidmatan insuran dan pelbagai alasan lagi. Cara yang digunakan pula sangat mudah, hanya menggunakan telefon dan berhubung dengan tuan punya kad kredit tersebut. » Read the rest of the entry..

  • Cara – cara Menabung Dengan Berjaya!!

    29

    Menabung 1 Cara   cara Menabung Dengan Berjaya!!

    Nak simpan duit? Nak simpan duit sebenarnya tiada lah susah sangat sekiranya kita menyimpan dengan bijaksana, siapa yang tak nak bila ada duit kan? kalau rokok tu bolehlah katakan ‘tak nak’, tapi kalau duit percaya rasanya ramai yang akan katakan nak.. nak.. nak… kalau tanya bagi pihak qimie[dot]com pun mestilah qimie pun nak.

    Nak cari duit, nak cari duit memang agak sukar sedikit, tapi kalau nak berbelanja pula semudah petik jari je, petik je beli, petik je beli, lama kelamaan, sedar tak sedar duit gaji pun habis, barang yang dikatakan dibeli tadi pun entah kemana, Kalau nak di ikutkan sebenarnya menabung ni seronok, ada macam – macam cara menabung bagi qimie[dot]com, bayangkan bila anda tengok penuh syiling dalam bekas mineral water , duit simpanan beribu – ribu ringgit, anda mampu tersenyum bukan.

    Cara – cara menabung ini hanya cara yang dilakukan oleh qimie[dot]com kalau sekiranya anda rasa tak boleh ikut dan ada inisiatif lain yang lebih baik bolehlah kita berkongsi bersama – sama, kerana menabung adalah amalan yang mulia, kalau qimie, qimie tak galakan menyimpan duit dalam akaun yang sama dengan akaun gaji, bukan apa.. kalau duit yang kita simpan sama dalam akaun bank yang dapat gaji nanti susah pulak kita nak agak berapa sebulan yang dapat kita simpan, lagipun nanti bila dah habis duit di poket, asyik nak kena cucuk kat atm je, takde je cucuk, takde je cucuk, lama – lama yang simpan pun habis. » Read the rest of the entry..

  • ASB agih Diveden Pada Blogger!!

    0

    2 ASB agih Diveden Pada Blogger!!

    Mesti ramai antara kawan2 blogger kita ni melabur dalam ASBkan.. Jadi mesti dah tak sabar nak tunggu tahun depan.. bukan ape dah tiga tahun aku buat pinjaman untuk masuk asb ni.. ade le aku buat pinjaman dalam 50k.. Sekarang ni dah nak masuk tahun ke empat dah aku melabur dalam ASB ni..

    Ade sesetengah orang kata buat pinjaman untuk ASB ni rugi, sebab kita kena bayar lebih pada bank yang bagi kita pinjam duit tu.. aku nak kira pun tak pandai.. aku main masuk je dulu.. itupun sebab bos tempat kerje lama aku dulu paksa aku masuk. Kalau tak haram aku tak masuk, mana nak cekau duit bayar masa tu.. bos kata buat potongan gaji.. aku pun buat le… potong tiga ratus lebih sebulan.. sabar punya pasal sekarang dah 3 tahun aku malabur dalam asb ni.. sedar tak sedar diveden yang aku kumpul dah cecah rm 11’000 lebih sikit.. hehehe…bila tengok buku ASB boleh senyum je…

    Tahun ni aku berenti kerja.. dah tak seronok kerje.. aku meniaga sekarang.. ada kedai runcit.. hehehe jadi usahawan le pulak.. Raya puasa tahun ni aku dengan ahli lembaga syarikat yang terdiri dari mak dan abang aku.. hehehe (termasuk aku le tu) kami buat Kuih Bangkit kuih tradisional.. Alhamdullilah berkat usaha dan kesabaran melalui pelbagai rintangan dapat le untung kasar dalam 70k dan ditipu » Read the rest of the entry..

Page 1 of 212»
blog tentang dunia hiburan dan informasi terkini yang boleh diapplikasikan setiap hari

Top Blogs Personal blogs Dr.5z5 Open Feed Directory Blogged.my Entertainment Blogs - BlogCatalog Blog Directory Personal