Archive for the ‘Kisah’ Category

  • Gambar Amalina Skim Cepat Kaya

    0

    amalina Gambar Amalina Skim Cepat Kaya

    Seorang gadis dikenali sebagai Amalina boleh dianggap wanita ‘paling panas’ pada masa ini kerana menjadi buruan polis berikutan disyaki mendalangi satu skim cepat kaya yang dilumpuhkan polis serentak dengan rampasan 17 kereta mewah, kelmarin

    Gadis yang gemar berpakaian seksi itu dianggap ikon di kalangan ahli skim terbabit kerana sering hadir sebagai pakar motivasi dan berkongsi pengalaman mengenai kemewahan serta kekayaan dimilikinya menerusi pelaburan tidak wujud itu.

    Difahamkan, Amalina yang baru berusia 23 tahun kini memiliki aset bernilai puluhan juta ringgit dan menjalani kehidupan mewah seperti melancong ke luar negara serta menggayakan pakaian berjenama bagi meyakinkan pelabur baru. Sumber dipetik dari Harian Metro.

    Apa kata anda?!! Ingin Cepat Kaya?!..

    » Read the rest of the entry..

  • Ibu, Gadis dan Aku..

    4

    Photobucket

    “Saya tidak mahu Ibu, biarlah saya mencari pilihan hati saya sendiri, saya boleh mencari bakal menantu untuk ibu, ibu jangan risau sampai masanya nanti saya akan bawakan ibu pilihan hati saya”

    Masih terngiang – ngiang lagi ditelinganya kata – kata yang dilemparkanya kepada ibunya 3 bulan lepas, kini tempoh 3 bulan yang diberikan oleh ibunya untuk mencari bakal isteri telah tamat, Walaupun mempunyai ramai kawan – kawan daripada gadis – gadis yang menawan tapi satu pun tidak dapat memikat hatinya untuk memperisterikan mereka.

    “kamu baliklah kekampung, ibu ada calon yang sesuai untuk kamu, kamu berkenalan dengannya dulu” pujuk ibu menyuruh pulang kampung, ibu memberitahu sigadis tersebut anak rakannya.. orang kampung sebelah, tapi.. entahlah berat hati untuk mengikut kata – kata ibu, mungkin juga belum sampai seru untuk berumah tangga..

    Aku melangkah longlai menuju kekereta, minggu ini aku harus balik, bukan bertujuan untuk berjumpa dengan gadis pilihan ibu, tapi balik atas ada urusan tertentu, dimana ayah saudara ku mengalami implikasi jantung dan diletakkan dalam unit rawatan rapi.

    Aku tidak menuju kerumah, dari kota metropolitan ke kampung hanya mengambil masa 4 jam, oleh kerana ibu berada di hospital melawat Pak Ngah aku terus sahaja ke Hospital. Sampainya aku di Wad.. ramai saudara mara turut melawat Pak Ngah.

    Setelah hampir sejam di hospital, bertanya khabar, bertemu sanak saudara, ibu mengajak aku pulang, aku pun memang agak keletihan.. bersetuju dengan ibu.. kami pulang bersama, sebelum ini ibu menumpang salah seorang saudara untuk ke hospital..

    Masuk sahaja ke dalam kereta, tiba – tiba ibu tersenyum memandang aku.. timbul persoalan di hati, “seperti ada muslihat sahaja ibuku ini”.. memang betul tekaan aku, ibu mengajak aku kerumah kawannya..

    “ahh.. sudah.. tentu ibu ingin memperkenalkan gadis pilihannya,” oleh kerana jalan untuk menuju kerumah aku melalui kawasan rumah kawan ibu.. aku tiada pilihan melainkan menuruti arahan ibu.. cuak juga rasanya..

    “assalamualaikum”.. ibu memberi salam.. salam dijawap kelihatan seorang makcik yang lebih kurang sebaya dengan ibu berada di depan pintu, mempersilakan masuk..

    Kini aku duduk bersama ibu diruang tamu, ibu memperkenalkan aku dengan makcik tersebut.. ” inilah anak saya”… aku tersenyum simpul.. perasaan bercampur baur.. setelah duduk seketika makcik tu pun bangun.. ingin membuat air katanya..

    Tanpa segan silu sebelum makcik tersebut ke dapur , ibu bertanya.. ” mana anaknya?”.. ” oh!.. Hajar ada.. sedang mandi”.. kata makcik tersebut, nampak sangat ibu aku datang dengan cara mengejut.. tanpa dirancang.. mengambil kesempatan atas kepulangan aku kali ini..

    Aku mencuit ibu..” apa ibu ni?” bisik aku.. ibu tersenyum.. buat dek je dengan keletah aku…

    » Read the rest of the entry..

  • Berapa Hantaran?!

    0

    hantaran 1 Berapa Hantaran?!

    Seringkali kita mendengar mengenai wang hantaran perkahwinan, ada yang sampai rm 10’000. rm 15 ’000 dan beribu – ribu lagi. Bagi yang berkemampuan sememangnya tiada masalah. Semuanya boleh ditanggung beres.

    Bagi seorang lelaki yang mempunyai kerja dengan pendapatan gaji yang tetap dan lumayan tidaklah menjadi masalah tentang perkara ini, bagi yang mempunyai pendapatan yang agak sederhana, mungkin terpaksa berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai matlamat yang di idamkan.

    Sebenarnya mengenai perkara hantaran ini bolehlah dibawa berbincang bersama – sama dengan pasangan masing – masing, meletakkan hantaran berlandaskan kemampuan itu yang lebih baik.

    Membuat perancangan mengenai perkahwinan memang dapat menjamin keselesaan pada masa akan datang, kadang kala hantaran perkahwinan ini boleh menjadi beban pada pasangan dan selalunya bagi pihak lelaki.

    Ada sesetangah yang terpaksa melakukan pinjaman peribadi bagi mencukupkan kos untuk perkahwinan, majlis pertunangan dan seterusnya untuk majlis perkahwinan.

    Sebenarnya bercerita mengenai pertunangan dan perkahwinan memang agak menyeronokan, siapa pula yang tak seronok ingin berkahwin? betul tak? semua orang seronok..

    » Read the rest of the entry..

  • Kelebihan Air Zam – Zam

    0

    Kelebihan Air Zam – Zam

    1. Air terbaik di atas muka bumi dan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.
    2. Air yang di berkati dan boleh mengenyangkan peminumnya
    3. Air Zam – Zam menyempurnakan hasrat peminumnya.
    4. Air Zam – Zam merupakan salah satu daripada mata air syurga.
    5. Air Zam – Zam menjadi salah satu tanda – tanda kekuasaan Allah di Tanah Haram.
    6. Air Zam – Zam keluar dari kawasan yang paling mulia di muka bumi.
    7. Telaga Zam – Zam air yang dipilh untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
    8. Meminum air zam – zam merupakan tanda keimanan dan tanda kebebasan daripada sifat munafik. » Read the rest of the entry..
Page 1 of 912345»...Last »
blog tentang dunia hiburan dan informasi terkini yang boleh diapplikasikan setiap hari

Top Blogs Personal blogs Dr.5z5 Open Feed Directory Blogged.my Entertainment Blogs - BlogCatalog Blog Directory Personal