• Tukar Hak Milik

    388 views

    TUKAR HAK MILIK Tukar Hak Milik

    Sebelum ni kita telah berbicara mengenai bagaimana hendak melihat kesan kemalangan pada kenderaan terpakai (second hand) , Sebenarnya banyak lagi cara yang boleh kita lihat untuk mengetahui kenderaan tersebut pernah mengalami kemalangan, sekiranya tiada pengalaman dinasihatkan supaya mencari sahabat ataupun kawan – kawan yang mengetahui cara – cara mengesan kenderaan tersebut pernah mengalami kemalangan. Bagi yang belum mengetahui cara mudah untuk mengesan kemalangan boleh lah baca tips nak  membeli kereta second hand .

    Selepas kita memeriksa kenderaan dan berpuas hati dengan keadaan tersebut, semestinya apa yang perlu dilakukan adalah melalui proses pindah hak milik atau lebih senang  dipanggil tukar hak milik. Tukar hak milik ini perlulah dilakukan terlebih dahulu di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer as known as Puspakom. Sebenarnya pemeriksaan Tukar hak milik ini sangat mudah dan cepat.. Cepat bermaksud tak ramai orang dekat Puspakom. Kalau ramai ikut piagam pelanggan le ye.. Kalau tak silap 1jam dari masa atau resit dikeluarkan.. itulah piagam pelanggan bagi puspakom.

    Dan anda sebagai pelanggan puspakom tak perlu takut atau risau nak pergi membuat pemeriksaan tukar hak milik ni.. sebabnya ada yang bertanya pada saya samada brek perlu diperiksa, cat badan kereta teruk, lampu tak menyala seat koyak, hon tak berbunyi, dan macam – macam masalah kecil yang lain..

    Apa yang diperiksa sebenarnya masa pemeriksaan tukar hak milik?

    Pemeriksaan yang dilakukan ialah:-

    1. Pemeriksaan Identiti
    2. Keadaan Kenderaan ( sama ada terdapat potong dan sambung)
    3. Kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan.

    Pemeriksaan Identiti

    - Kat sini diaorang akan periksa nombor casis pada kenderaan dan juga nombor enjin. Tujuanya untuk mengetahui samada nombor enjin dan nombor casis sama dengan JPJK2 (geran le tu) Dan juga nak tengok samada nombor enjin dan nombor casis pada kenderaan tersebut diketuk (tempered) atau terdapatnya gangguan.

    Keadaan Kenderaan

    - Nak tengok kalau – kalau kereta tersebut potong 2 atau tak..

    Kadar ketelusan cahaya

    - Ini adalah pemeriksaan berkaitan dengan cermin.  Kadar ketelusan cahaya yang dibenarkan bagi cermin besar hadapan ialah 70%, cermin sisi kiri dan kanan depan belakang  50%, dan cermin besar belakang 50%. Selalunya ada kelonggaran sebanyak 5%  bermula tahun lepas. Tak pasti sama ada masih ada kelonggaran atau tidak lagi pada tahun ini. Kadar ketelusan cahaya cermin ini di uji dengan menggunakan Tint Testa kalau tak silap.. dan nilai alatan ini lebih kurang rm9k 1 unit.. cermin boleh diuji waktu siang atau malam dengan menggunakan alat ini.  Dan sekiranya semua mengikut piawaian yang telah ditetapkan cermin ini akan ditampal menggunakan pelakat hologram yang setiap satunya bernombor siri dan akan dimasukan kedalam sistem.

    Apa yang nak dibawa?

    - Sesiapa pun boleh bawak, tapi lebih afdal kalau tuan kenderaan sendiri yang membawa kenderaan tersebut untuk pemeriksaan tukar hak milik ni. dokumen yang perlu dibawa ialah Geran kenderaan (jpjk2), kad pengenalan pembawa kenderaan. Satu lagi bawale kereta ye.. kalau tak tak jadi le periksanya.. bayaran kalau tak silap rm 30.00. Boleh tanya dekat kaunter pembayaran.. Sampai nanti isilah borang pelepasan tanggungan ye..

    Kenapa Kenderaan Saya Gagal?

    - Kenderaan anda gagal apabila kenderaan tersebut potong 2.

    - Kadar ketelusan cahaya kurang dari ditetapkan.

    - Nombor enjin dan nombor casis diganggu. Diketuk atau terdapat gangguan pada cowl panel.

    Kalau kereta pernah eksiden macamana?.. kalau eksiden sikit sikit takpe.. bawak je.. boleh lulus.. kalau teruk sikit minta surat kawalselia bahagian kejuruteraan automotif jpj.. Janji kereta jangan potong 2, nanti dah dapat surat bawak pergi puspakom untuk pemeriksaan khas..

    Kalau pergi sendiri baru bayar rm 30.00. kalau suruh orang buatkan berapa pulak?…

    Related Posts with Thumbnails


    Related posts

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

F

28 Comments


  1. Mr. Kamikaze says:

    Nice and good entry…

  2. kulanz says:

    bagus juga info ni bro.. sbb masih ramai lagi x tau pasal tukar hak milik kenderaan dan pemeriksaan sblm membeli.. ada yg main mcm tukar ayam je kadang tu.. moga dapat beri info pada rakan2 lain

  3. meo says:

    erm… tringin nk angkat honda civic

  4. amalive says:

    salam..
    tanx krna mlawat blog sy..
    good info..
    sy pon xtau sblom ni cara nk tukar hakmilik
    (^^,)

  5. Mus says:

    boleh jadi panduan untuk urus jual beli kereta..

  6. hBz says:

    thx. tak lama lg, sampai la kereta 2nd hand aku. mungkin jg dah 12 hand. sebab kereta lama. toyota GL. nk buat maen drift. kena ikut piawaian ni jg ke beb? erk.

  7. x-po says:

    aku pun ingt nk beli kete second hand dlu sblm beli kete yg baru

  8. neon says:

    aku belum ber kenderaan hehee

  9. Fadzli says:

    dah bli kete 2nd.. and condition masih bagus.. sbb owner sblm nih prmpn.. hahahah

  10. zik says:

    banyak jugak dia punya step…erm kena 4loww ikut prosedur …

  11. IZA says:

    god info.
    Aku ada honda civic 2nd hand.bukan kereta potong tp masa baru2 beli, enjin cepat panas. skrg ni dah settle bila tukar enjin. (kena lg saman sbb x sempat lg nk bawak ke puspakom). Tp lain plak masalahnya, asyik dapat surat saman je. Bila check balik, kena di Gua Musang dan Mersing. Padahal kereta tu belum pernah sampai di sana lg. Bila contact JPJ, rupanya ada klon plat no sama,jenis sama dan kereta potong. Yg satu lg no sama tp jip…
    Masalah yg timbul, tak boleh nk byr road tax sebelum semuanya settle.
    Penat btul bela Honda tu….macam2 masalah jgk bila 2nd hand ni

  12. Ghani says:

    Salam Bro.kalau nak tukar nama(pemiliknya telah meninggal dunia )..apakah dokumen yg perlu disediakan….terima kasih.

    • ajie says:

      biasanya untuk pemeriksaan tukar hak milik ini pemeriksaan akan dilakukan oleh puspakom terlebih dahulu, kalau tak silap saya bagi kes dimana pemilik telah meninggal dunia waris perlu mendapatkan borang pindah hak milik dari amanah raya berhad terlebih dahulu, dimana nama kenderaan tersebut akan ditukar kepada nama waris, apabila telah mendapat surat dari amanah raya bawa kenderaan untuk diperiksa (pemeriksaan amanah raya) di puspakom, ada 2 jenis pemeriksaan, secara terperinci atau identiti dengan kadar bayaran yang berbeza, setelah pemeriksaan amanah raya tadi puspakom akan mengeluarkan keputusan anggaran harga kenderaan, tujuannya kurang saya pasti, tapi dengan adanya surat tadi barulah nama kenderaan tadi boleh ditukar kepada nama waris..

      sekiranya selepas itu waris hendak menjual kenderaan tersebut , sekiranya secara tunai hanya lakukan pemeriksaan tukar hak milik macam biasa, kalau nak buat loan buat pemeriksaan pinjaman kewangan dan disusuli dengan pemeriksaan tukar hak milik. sekiranya tuan masih tidak berapa pasti saya harap tuan dapat menghubungi pihak puspakom yang terdekat untuk keterangan lanjut, mungkin ada cara yang berbeza bagi penyelesaian masalah tadi. untuk mengetahui no. telefon dan cawangan puspakom terdekat tuan boleh melayari http://www.puspakom.com.my

  13. fadzli says:

    saya nak tanya. boleh tak tukar hakmilik tanpa bebanan hutang dekat bank. sebagai contoh kereta didfatarkan atas nama adik dan loan semua atas nama dia.
    masalah timbul apabila saya yg guna kereta itu dan bayar ansurannya dan roadtax tak boleh nk renew kerana nama adik saya kena blacklist.
    saya cuma ingin menukar nama atas geran tanpa mempunyai tanggungan bank, boleh tak?mcm mana?

    • Qimie says:

      buat refinance, tukar nama.. tanggungan tetap atas dasar nama pemunya yang berdaftar pada kenderaan.. kalau mr. Fadzli tak nak hutang kenalah kenderaan atas nama adik mr. Fadzli. Selalunya blacklist tersebut mungkin disebabkan saman lalulintas atau kesalahan traffik.. pada pendapat saya sebagaimana yang dicerita oleh Mr. Fadzli. Ini kerana mr fadzli masih menjelaskan ansuran kereta tersebut. Pada bank tiada apa – apa masalah..

Ruang Sembang

CommentLuv Enabled
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
blog tentang dunia hiburan dan informasi terkini yang boleh diapplikasikan setiap hari

Top Blogs Personal blogs Dr.5z5 Open Feed Directory Blogged.my Entertainment Blogs - BlogCatalog Blog Directory Personal