Tips Tukar Nombor Pendaftaran ( Plate Number)
Nombor pendaftaran bagi kenderaan sebenarnya boleh ditukar, tetapi terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi, Sebenarnya ramai orang suka pada sesuatu nombor, Bagi mereka yang menggemari nombor ini mungkin pula berasa bertuah apabila nombor tersebut di abadikan pada kenderaan kesayangan.
Mengikut pengalaman, nombor lapan menjadi pilihan yang top, dan beberapa nombor unik yang lain, Nombor plate ini pula sebenarnya boleh ditender di JPJ, dan ianya mengikut harga yang telah ditetapkan dan didapati harga tender tersebut sangat berbaloi, sekiranya anda tak percaya cuba anda tender single digit 8, atau 88 atau 888, atau 8888.
Sekiranya seseorang itu telah mempunyai nombor plate yang ‘cantik lagi smart’ dan hendak ditukar kepada kenderaan yang baru dibeli contohnya nombor yang ‘smart’ tadi dari sebuah motosikal lama, dan hendak pula dipakai pada sebuah kereta, syarat – syarat utama yang perlu dipatuhi ialah:-
Syarat – syarat utama
- Perlu ada nombor plate tersebut pada sesebuah kenderaan (ini bermakna kenderaan tersebut adalah kenderaan terpakai dan mempunyai nombor pendaftaran.
- Perlu adanya sebuah kenderaan baru (motosikal atau kereta) untuk melengkapkan proses pertukaran.
Hah! Kan senang, itu je nak melengkapkan proses interchage nombor plate ni. Jadi bila dah ada semua ni apa yang perlu dibuat? Oh, itu senang je, bawa kenderaan anda ke puspakom berhampiran. Maksudnya bawa dua – dua kenderaan tadi.
Dokumen yang diperlukan
- Geran (Jpj K2) kenderaan terpakai tadi (kenderaan yang lama tu) – geran asli. Fotostat reject.
- Butiran kenderaan yang baru dibeli (surat yang dikeluarkan oleh pengilang
Pemeriksaan yang dilakukan oleh Pihak Puspakom.
- Pemeriksaan identiti (pengesahan nombor enjin dan nombor casis)
- Pemeriksaan Visual Bahagian atas dan bawah (untuk mengetahui masalah atau ganguan pada kenderaan)
- Keputusan Dijana. (keputusan bagi pemeriksaan khas ini danamakan B2)
Pemeriksaan yang dilakukan adalah pemeriksaan khas pertukaran nombor pendaftaran. Selepas itu bawa keputusan ke JPJ dan isi borang Pindaan Butiran Kenderaan. Download boleh disini : LINK
Ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sahaja, untuk keterangan lanjut boleh dapatkan di puspakom atau JPJ yang berhampiran.
Update : Bagi yang berminat untuk menyertai permohonan nombor pendaftaran secara tempahan sila rujuk Panduan permohonan nombor pendafataran kenderaan. [ LINK ]. Entry kali ini menceritakan tentang pemeriksaan yang perlu dilakukan di puspakom bagi tujuan pertukaran nombor pendaftaran, sekiranya terdapat perubahan dalam prosedur pemeriksaan dipuspakom dan penulis tidak mengetahui, marilah kita berkongsi maklumat bersama. Sharing is caring..
Free Email Newsletter
And then confirm your email subcription















89 Comments to “Tips Tukar Nombor Pendaftaran ( Plate Number)”
very good info bro.aku ader no nnt, minta ko jadi runner la, heheheh.
DBA123,cantik x no ni?..
Boleh ke pemiksaan kenderaan hanya sekali sahaj, iaitu ketika dibeli untuk kenderaan sprt ambulan, rescue vehicle dan seangkatan dgnnye.