• Tips Tukar Enjin

    302 views

    1667656 8 Tips Tukar Enjin

    Enjin kereta bermasalah? enjin pecah? bawa kereta laju sampai enjin tercabut kereta wira 1.5 nak jadi 1.8 dengan turbo sampai 230hp? Semua tu tak mustahil dan boleh dilakukan. boleh tapi pastikan enjin yang korang nak tukar tu telah disahkan oleh jpj dan puspakom.. takdelah korang nampak abang jpj terus nak patah balik.. itupun kalau sempat… kalau tak, tak pasal – pasal kena blacklist.. okay.. bagi sesiapa yang nak tukar enjin kereta  dan caranya  adalah seperti berikut:-

    • mestilah ada kereta…  kalau takda kereta nak tukar enjin macamane? Dapatkan sebiji kereta dulu ye. Antara kereta – kereta yang feveret ditukar enjin ialah Proton wira dengan enjin Gsr , Honda dengan enjin b16a, Kancil dengan enjin Ef2 model l2,l5, Nissan Cefiro dengan Rb20 dett, Nissan Ad Resort dengan rb20, Daihatsu charade dengan enjin detomasso (tak ingat nama model) , toyota seg , toyota ae86, dan 2 atau 3 lagi yang feveret. Mengikut pengalaman dan trend muda – mudi kereta wira, kancil, nissan , toyota dan honda paling kerap dimodifikasikan.
    • mempunyai jpjk2(geran kereta yang sah), kalau ada kat bank kena pegi amik dulu le ye…
    • lepas tu beli enjin,  kalau tak macamane nak tukar.. enjin pun takde! Pastikan enjin anda tidak melebihi 25% cc asal enjin tapi kalau lebih pegi minta surat kebenaran kawalselia bahagian kejuruteraan automotif jpj. Untuk kereta buatan proton enjin mitsubishi daripada siri 4g63 tidak dibenarkan sama sekali kecuali kereta perdana sahaja..
    • kereta mestilah memasang brake disk pada ke empat2 roda bagi kenderaan yang tukar enjin 1.8 keatas..

    lepas tu bawa kereta yang dah tukar enjin tu ke Puspakom!


    dokumen yang perlu di bawa:-

    1. geran original
    2. surat beli enjin
    3. surat kastam enjin
    4. surat kawalselia bahagian kejuruteraan automotif bagi kereta yang cc enjinya telah melebihi had yang ditetapkan atau model enjin yang berlainan, kalau cc enjin masih sama surat kebenaran ni tak perlu ada.

    itu je dokumen yang perlu.. sikit je.. tak susah mana pun…

    pastikan kereta anda mematuhi akta pengangkutan jalan jpj 1987 seperti:-

    • kenderaan anda tidak bercermin gelap.. kadar ketelusan cahaya ialah hadapan 70%, cermin sisi kiri dan kanan serta cermin belakang 50%.
    • bagi yang upkan cc kenderaan banyak sangat tu pasang brake disk ye…
    • jangan pasang bodypart yang melampau.. nanti tak pas pulak.. ubahsuai identiti, so bodypart biar standard dulu..
    • ekzos jgn lalu bawah tangki dan berbunyi bising sangat.. bahaya..

    ada pertanyaan korang letak kat komen ye… ada masa aku jawap!!

    • Update:- untuk download borang tukar enjin: Link

    Related Posts with Thumbnails


    Related posts

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

F

30 Comments


  1. Anonymous says:

    salam..

    macamana kalau tukar enjin beli dengan tuan yang masih enjin tu ada pada body.tuan kerta tu pun nak tukar enjin lain.jadi surat apa yng perlu?

    • ajie says:

      surat sumpah, fotostat geran kereta satu lagi yang siap dah tukar enjin.. maksudnya owner yang satu lagi tu mesti tukar enjin dan endos di jpj dulu.. fotostat geran tersebut… kemudian buat surat sumpah mengatakan enjin kereta telah dibeli daripada kereta tadi.. pg puspakom utk proses tukar enjin…

  2. kulanz says:

    ari tu ada hati aku nak tukar enjin kereta.. tapi lepas tanya member-member, diorang cakap proses untuk dapatkn kebenaran tu payah ckit.. t’utamanya klu yg kita urus sendiri..

    • ajie says:

      biasa 2 minggu le bro.. kalau pakai post.. tapi kalau pergi sendiri ke putrajaya dan dan boleh siap.. selalunya di puspakom ada borang untuk tukar enjin ni.. kat situ adalah tulis apa yang perlu diposkan.. janji dokumen lengkap..

  3. yanmie says:

    salam.

    hubby baru 3-4 bulan tukar enjin…puluh riban engko! huhuhu…nasib baik senang je prosesnye, tu pun 2 kali gak failed inspection..haha, but now dh ok dh…yyeeehhaa~~~

    • ajie says:

      biasalah kak.. bila dah tukar enjin.. macam2 lagi pulak yang bersangkut.. brek , suspension gearbox, beli enjin je 6 – 10 k, 25k pun belum tentu dapat full modified lg.. hehehe

      • yanmie says:

        yea2 betul tu…huhuhu tp nk buat camne tuan pnya badan yg nk tukar..akak layan je..hehehe, hubby dulu guna suspension but now guna absorber…akak pun tak tau menatang apa dua nie..hahaha

        • ajie says:

          kedua – dua menatang tu adalah sama dalam satu sistem kak.. hehehe.. suspension = sistem gantungan , absober = penyerap hentak, kedua – dua adalah dalam satu sistem..

          • yanmie says:

            hahhaa yea2 tau, tu pasal dia tukar..maybe dia nk guna absorber dr suspension tp akak tak tau mana yg ok..hehe..tau naik keta je..hubby akak pnya nk tukar apa2 payah kena order dulu, sbb susah nk cari brg nissan nie…huhuhu

  4. mimi says:

    salam singgah sini….ada adsense ke….
    saya klik 1x hari nie….
    slamat ber aktivas…
    thanks…

  5. qdine says:

    nanti le kalau ade duit tu berlebihan, skrg langsung x lebih kurang ade le , boleh le try. Tp kalu wira 1.3 match enjin ape yek. yg aku tahu enjin magma , campro, megavalve taule le. Klu mitshubishi yg match =1.3 wira tu

  6. qdine says:

    bab klik -klik tu, i klik you , you klik me

  7. Miss D says:

    hoho…sy jentik adsense…muahaha…pasai kete? buah hati kite hantu kete…hahahahaha…dia tau….dia cter kt kite…kite dgr masuk telinga kanan kuar telinga kiri…hahaha

  8. momoe says:

    dpt wang clicked
    nuf xx

  9. Dak Wan says:

    Kalau kereta buat internal adjustment, salah tak?

    • ajie says:

      internal macam mana? kalau ubahsuai enjin tapi takda gangguan pada nombor enjin takpe rasanya, kalau ubahsuai bodypart salah sebab ubahsuai identiti kenderaan, contoh wira masuk bodypart evo,.. yang lain2 tak ada masalah rasanya..

  10. noorafzan says:

    saya tak ada keinginan lagi tuk tukar enjin..
    tapi, bagus info ni tuk masa depan..=)

  11. 1tomyam says:

    tak penah pulak tukar enjin….tapi info ni amat berguna..buleh bookmark utk rujukan kemudian nanti hehe

  12. hellioz says:

    aku nak satria gak… hahahahahah~

  13. rony says:

    salam..iswara aeroback 1.3 plg tggi boleh tukar enjin ape? dan agak2 berapa ye kosnya?

    • adikqimie says:

      boleh tukar enjin 4g15 (25%) 1.5 maksima… kos tengok beli enjin tambah upah pasang je bang. rasa-2nya dalam 1000 lebih kot.. tapi cuba survey kat bengkel yang boleh dipercayai bang..

  14. Joe says:

    Salam…betol ke sekarg ni part2 enjin L5 dh sng nk crik n btol ke enjin L5 lbh jimat dr L2/L2s…sy ad niat nk convert enjin tp x cmfirm lg nk plh mane 1…hope dpt bg tau list enjin L5 n L2/L2s yg plg sesuai untuk jimat minyk

    • wan says:

      salam bro… L2/L2s enjin dia pakai 3 piston dan L5 dia pakai 4 piston, kalau nak sedap pakai L5 la… long distance pon sodap…. pe pon ikut bajet la…

  15. daneil says:

    sya de wira 1.5 sedan thn 99.agak2 enjin pe yg sesuai & power.(leh g 200km/j)kat ner leh dpt enjin??& angaran kos enjin????

  16. che juboe jubo says:

    4g91 power x???

Ruang Sembang

CommentLuv Enabled
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
blog tentang dunia hiburan dan informasi terkini yang boleh diapplikasikan setiap hari

Top Blogs Personal blogs Dr.5z5 Open Feed Directory Blogged.my Entertainment Blogs - BlogCatalog Blog Directory Personal