Tips Pasang Sunroof | QIMIE BLOG

You are here: » Tips Pasang Sunroof

Tips Pasang Sunroof

Bagi sesetengah kaki modifikasi kenderaan, selain daripada memodifikasikan bahagian enjin ( Tukar enjin) dan menukar bodypart terdapat satu lagi bahagian komponen kenderaan yang menjadi kegemaran untuk di modifikasikan. Komponen tersebut adalah melibatkan bahagian bumbung. Bahagian bumbung ini akan dipasang dengan ‘Sunroof‘.

Setelah anda memasang sunroof, anda perlu untuk meminta kebenaran daripada bahagian kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan.

Perkara-perkara yang perlu disertakan bersama permohonan, antaranya ialah:-

1. Pelan lukisan yang lengkap yang menunjukkan dengan terperinci tentang ubahsuaian yang dibuat termasuk ukurannya dan langkah-langkah yang diikuti.Spesifikasi teknikal berkaitan dengan pengubahan. Rasanya dengan gambar pun boleh, Ambil gambar bumbung yang sudah siap dipasang dengan sunroof tadi. Gambar dari atas, bawah dan tepi.

2. Di mana perlu sijil atau surat pengesahan daripada Jurutera Profesional (Kejuruteraan Jentera/Automobil) yang menyatakan dan mengesahkan bahawa rekabentuk dan pengubahsuaian yang akan dilakukan ke atas kenderaan adalah stabil dan selamat digunakan.

3. Butir-butir berkaitan dengan kenderaan yang hendak diubahsuai.

Permohonan boleh dikemukan kepada


Pengarah,

Bahagian Kejuruteraan Automotif,

Jabatan Pengangkutan Jalan,

Aras 2, Blok D4, Kompleks ,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62620 Putrajaya.

Ataupun hantar permohonan anda ke bahagian Kejuruteraan Automotive negeri..

Cara paling mudah untuk menukar bumbung adalah dengan menukar keseluruhan bumbung yang menggunakan sunroof ini kerana ianya lebih selamat daripada menebuk bumbung asal dan memasang sunroof. Ini kerana bumbung asal apabila ditepuk ‘roof sub assembly’ akan turut dipotong.

Setelah mendapat surat kebenaran daripada bahagian kejuruteraan Automotif JPJ, Kenderaan tadi perlu di bawa ke PUSPAKOM berhampiran untuk diperiksa, sama ada cara pemasangan sunroof tadi ada mengikut kehendak yang ditetapkan oleh Bahagian Kejuruteraan Automotive JPJ itu tadi. Masa ini lah Pemeriksa Kenderaan akan memeriksa sekiranya terdapat roof sub assembly tadi dipotong atau tak. Setelah diberi kelulusan oleh PUSPAKOM bawa dokumen yang berkaitan ke JPJ untuk daftarkan pemasangan sunroof anda tadi.

Seperti yang anda lihat di atas, ianya adalah dummy sunroof, kalau anda hanya inginkan penampilan yang bergaya tanpa perlu meminta kebenaran JPJ maka anda bolehlah memasang dummy sunroof ni di kedai aksesori berhampiran anda.

Bila  dah pasang sunroof pada kenderaan , maka saham kereta anda akan naik .. maka ramai  awek – awek akan berkenan dengan anda.. apa tunggu lagi, pasanglah sunroof untuk penampilan bergaya anda.. Ambil langkah yang bijak.. daftarkan pemasangan sunroof anda.. sebelum kereta anda ditarik ke JPJ berhampiran….

Posted by 11 Responses
 

Free Email Newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates..

And then confirm your email subcription

   

11 Comments to “Tips Pasang Sunroof”

  1. megat says:

    pic perlu tk utk permohonan ini…?
    Esok nk ke Putrjaya,tp mcm2 kawan bgtau…
    ada kata perlu gmbr…ada yg kata tk perlu gmbr…

  2. shahzlan says:

    aku mmg nk sgt

  3. shahzlan says:

    nak cari mana brg camtu skg susah nk dpt…bgtau mana nak dpt

  4. marki says:

    makan modal woo nak buat sunroof neh..huhuu
    .-= marki´s last blog ..Faiza Alih – Bangsat neh datang memberi respon di blog Murkiester. =-.

  5. Amir says:

    aku xde kereta nak letak sunroof ni. hehe.
    .-= Amir´s last blog ..Jom Sertai Program Earth Hour 2010 =-.

  6. blinkky says:

    Rasanya pasang dummy sunroof je lah… =)

Leave your comment here:

Mar
22
2010
 
Facebook
Online