Tips Nak pergi Beli kereta

Setelah kita berbicara tentang tips – tips tukar hak milik dan juga tips nak membeli kereta Second Hand sekarang tibalah giliran untuk tips – tips nak pergi beli kereta ni.. bunyinya kedengaran hampir sama, tetapi sebenarnya ianya sesuatu yang amat berlainan sekali.

Jika difikir secara logik, apa yang perlu di utamakan adalah kemampuan seseorang itu untuk memiliki kenderaan tersebut, dimana yang dimaksudkan adalah dari segi kewangan itu sendiri. Ini kerana apa yang perlu ialah kemampuan menampung beban bayaran pinjaman membeli kenderaan tersebut. Kalau okay, kira cantikle, kalau tak okay boleh makan maggi hujung bulan kira nasib baik, kalau 2 bulan masuk bulan ke3 kereta antar balik kampung sorok tu nasib badan cari penyakit..

Jom kita tengok tektik – tektiknya ..

  • Buat Kajian

- Pergi dua tiga tempat used car, tak pun beli majalah yang jual – jual kereta tu kemudian bangdingkan harga antara kedai – kedai used car yang dah kita pilih tadi.

- Kalau boleh siapkan soalan – soalan nak tanya dekat seller si tukang jual tu, contohnya ‘kawan! apa macam dia punya condition?’, ‘pernah eksiden ka?’ , ada berapa ramai dia punya owner dulu?’.. bertanya ikut kesesuaian le ye.. jangan ikut ayat ni semata – semata.. hehehe.

- Pastikan anda periksa baki hutang kenderaan yang anda nak beli tu pada bank, samaada diaorang akan setelkan ke, tengok saman kot – kot ada.. periksa bagi puas hati sebelum membuat sebarang perjanjian.

  • Pandu uji (Test Drive)

- Mula – mula pastikan anda semua bawak lesen, karang tak pasal – pasal pulak kena saman.

- start enjin kereta dengar kot – kot ada gegar ke, bunyi – bunyi pelik ke.. karang bila enjin dah panas bunyi – bunyian ni menjadi semakin berkurangan.

- Bawa kereta, perlahan, laju sikit, cuba rasai kenikmatan memasukan gear dari satu gear, dengar kot – kot ade bunyi sangkut – sangkut takut – takut gearbox dah nak rosak, Pastikan semua aras gear di test, test dengan kelajuan berbeza dan permukaan berbeza ye..

  • Periksa Semua dokumen.

- JpJ k2 ( Geran le tu)/ registration card, tengok betul ke tak betul no. casis dan nombor enjin, buatan , model , tahun kereta dibuat dan nombor plate kereta tersebut. semuanya boleh diperiksa dalam geran tadi.

- Kelulusan Puspakom, semua kelulusan puspakom bercetak komputer ye, kalau pakai tangan tu bukan le, tengok asli ke tak kelulusan tu, kalau tak pasti boleh telefon ke 1 – 800- 88 – 6927. Tanya dekat diaorang.. nanti diaorang periksa dalam sistem okay.

  • Sejarah Lampau kereta tersebut

- tengok buku service dia, sama ada kenderaan tersebut di servis mengikut kadar yang telah di tetapkan.

Walaumacamana pun terpulang juga kepada anda sendiri, kalau dah minat tunggu apa lagi.. belilah kereta…

Filed Under: Automotive

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments (21)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Mickram says:

    aku sanggup je makan meggi janji dapat keta idaman..Caldina GT beb..pnh eksiden tapi masa beli condition ok je..biar papa asal bergaya…hahahaha

  2. hamim036 says:

    mcmna naktau no kete tahun 2000 bermula dgn W.?.. dan B.?..

  3. Orkid says:

    Wahhhh tips bergunaaa

  4. comel says:

    singgah mari lah

  5. comel says:

    wah jual keta cam jual barang 18sx saya

  6. Nine says:

    selalunya kalo 2nd car..better SUV or MPV..yg tu ok…kalo civic ker or keta org muda2, maybe spoil sikit…tapi bergantung pada owner dulu gak..kalo dia jaga..kira ok la kalo kita nak beli..

    • ajie says:

      betul tu, SuV atau mpv ni jarang2 ade eksiden.. honda civic , wira , iswara dengan kancil banyak problem, kadang 2 tukar enjin tak endose, potong pun banyak.. kadang – kadang orang yang modified kereta lagi jaga kereta depa, bukan apa.. modal dah besar.. hehehe

  7. sitikus says:

    Tapi, kalau kete yg kite test drive memang ok tapi bile dapat..nah…overhaul. pening gak kan? beli kete bkn cm beli baju.. thats the risk

    • ajie says:

      masa test drive tu bawak le pakar macam pomen ke, mekanik ke,.. kalau dah beli kena overhaul masa test drive okay je mungkin owner yang baru tak ambik berat pasal kenderaan beliau kot.. hehehe

  8. mayormeor says:

    Thank admin for the good information. Kalau beli kereta baru rasanya xda masalah kot. Cuma kena triple cek bab2 nak sign agreement dengan bank. Skang ni macam2 kes penipuan adakan. Tapi kalau beli keta second hand memang banyak aspek kita kena cek lah. JPJ,Puspakom tuh dah semestinya kena cek awal2. Than pasal keta tuh. Mcm aku dulu beli keta seken hand. Aku bawak pomen trus senang. Kalau ada membe Mekanik lagi senang. Aku dulu owner lama siap bagi pinjam 1 day utk testing period. 1hari dihabiskan keta tuh dok dlm bengkel membe aku, cek semua kot2 ada leaking & lain2. A Bila dah puas hati baru proceed nak beli keta. lagi satu kena pandai negolah. Thats the main key!!

    • ajie says:

      betul tu sahabat.. kalau ada kawan pomen lagi senang.. minta tolong diaorang periksakan dulu.. kereta second ni kadang – kadang macam – macam masalahnya..

  9. usop says:

    apa pun jenis kereta yang kita pakai, kerata baru atau second, semua bergatung cara pemakaian dan cara pemilihan dan berdasarkan kemampuan kita, yang baru tak semestinya elok, dan yang lama tak semestinya teruk :) tepuk dada tanya kemampuan kita :)

    • ajie says:

      betul juga , dengan mengikut kemampuan , kita tak perlu risau tengtang perbelajaan untuk kenderaan pada masa akan datang..

  10. birU says:

    salam,

    so far, tak minat used car
    beli keta baru maaaaaaaaaaa..
    pempuan kan
    heeeeeeeeeee

  11. Mr.Bintang says:

    erm.. bila lah leh ada kete sendiri ni.. :(

  12. Ery says:

    Info yg sgt baguz… Thnx ya

  13. Aku ada kereta 2nd hand. Org kata performance tak bagus, cepat rosak, etc. Tapi kita takleh expect performance kereta tu 100% bagus macam kereta baru. So aku tak kisah org nak kata apa, sbb biarlah aku mod sendiri bagi puas ati.

    Cuma sblm amik kereta 2nd hand, kita kene la jgk selidik condition kereta tu mcm recon ke, penah accident ke, penah tukar pape spare part ke.

    • ajie says:

      betul tu.. yang paling penting jangan terbeli kereta potong dah.. kalau eksiden sikit2 takpe.. tapi adake orang nak beli kereta eksiden, kalau boleh masa check dkt puspakom, yang nak beli kereta tu ikut sekali boleh juga tanya pada budak2 pakom tu.. :)

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.