Tips Nak Beli Kereta Second Hand!! | QIMIE BLOG

You are here: » Tips Nak Beli Kereta Second Hand!!

Tips Nak Beli Kereta Second Hand!!

Okay.. umum kita ketahui ramai yang berminat untuk menggunakan kenderaan sendiri. Setelah sekian lama menaiki basikal, motorsikal mesti ada keinginan untuk memiliki kereta sendiri.. Tujuan bagi memiliki kereta sendiri terpulang kepada individu itu sendiri.. Contohnya ada yang mengatakan mereka tak nak kena hujan, senang nak bawa makwe dating, nak bawa ibubapa jalan – jalan.. nak modified kereta lumba dijalanan.. semua ada sebab tersendiri..

Selain dari soal harga kenderaan yang telah dipersetujui, dah cuba pandu uji dan anda berkenan pada kenderaan tersebut, dan kenderaan tersebut akan di hantar ke PUSPAKOM untuk tujuan pemeriksaan Pinjaman Kewangan dan Tukar Hak Milik (TKM). Anda juga boleh memeriksa kenderaan tersebut dahulu..

Ini adalah untuk mengetahui sama ada kereta yang anda hendak beli bebas dari kemalangan.. Ade sesiapa yang hendak beli kereta yang pernah terjadi kemalangan? Kalau ada abaikan entry ini..

Untuk pengetahuan perkara utama bagi sesebuah kenderaan yang  menjalani pemeriksaan kewangan dan Tukar hak milik sangat mudah, perkara tersebut ialah:-

Bagi pemeriksaan Kewangan

  • Pemeriksaan Identiti (nombor enjin dan nombor casis)
  • Potong dan Sambung.

Bagi Pemeriksaan Tukar Hak Milik

  • Pemeriksaan Identiti (Nombor casis dan nombor enjin)
  • Potong Sambung
  • Kadar ketelusan Cahaya. Sama ada kenderaan bercermin cerah atau gelap.

Jadi bagi kedua – kedua jenis pemeriksaan tadi kita tumpukan kepada pemeriksaan potong dan sambung, sekiranya terdapat kesan potong atau sambung  pada satu atau 2 bahagian di pillar kenderaan (tiang kat tingkap) sama ada kiri dan kanan, kemalangan kecil kecilan di mana – mana bahagian fender, front panel atau bahagian depan atau belakang kemek2 akibat kemalangan kebiasaan nya kesan kemalangan itu tidak akan ditulis pada keputusan pemeriksaan yang dipanggil VR1 pemeriksaan kewangan ataupun VR1 Sijil Tukar Hak milik. ‘mungkin’ ini adalah untuk mengelakan harga kenderaan tersebut jatuh.

Bagaimana kita nak tahu kereta yang kita nak beli tu tidak pernah mengalami kemalangan? emmm cara yang paling mudah ialah dengan memanggil kawan-2 yang arif dalam bidang ini.. kalau ade tukang – tukang ketuk kenderaan, pomen – pomen yang bijaksana.. tapi kalau nak tengok sendiri, pun boleh.. apa yang aku terangkan ialah cara yang mudah sahaja dan tidak perlu menggunakan alatan canggih.. biji mata yang terang , sebatang lampu suluh dan sebatang test pen! 2 alat yang moden ini boleh men’detect ‘  sama ada kenderaan yang anda nak beli bermasalah atau tidak. Mudah bukan…

Pertama sekali kita tengok nombor Chasis Kenderaan. Ini bagi tujuan kenderaan bermasalah ye.. bukan untuk tujuan pengesahan Identiti.

contoh nombor casis

Guna test pen tadi dan gores sedikit sama ada terdapat kesan simen yang menutup kesan kemalangan lama, kalau taknak gores perhatikan kesan cat.. sekiranya ada simen pada bahagian cowl panel cat nya agak terang dan tidak sekata, atau perhatikan spot welding pada bahagian cowl panel tadi.. sama ada jelas kelihatan atau tak, terusik atau tidak, sekiranya ada kesan spot welding diganggu sama ada kereta tersebut telah ditukar cowl panel (masuk no casis kereta curi/ tukar kereta) ataupun kenderaan tersebut pernah mengalami kemalangan ngeri berlanggar secara berhadapan.. sebab kejadian ini berlaku apabila enjin terperosok kedalam menghentam cowl panel (tapak nombor casis).

Kedua, Buka getah Pada pillar setiap pintu.

Buka getah ni dan tengok spot welding nye ye.. kalau tak nampak nugget or spot weldingnya bermakna kereta tersebut ada masalahle, boleh juga gores tengok samada ada kesan simen atau tak.. disini kita boleh tau samada kereta tersebut potong atau tak, melihat pada bahagian dalam pillar tersebut. Jadi pastikan kesan kimpalan dari kilang masih jelas kelihatan. Untuk gores dengan testpen pastikan owner bagi.. kang tak pasal2 kena marah.

Banyak cara lagi nak mengesan samada kenderaan itu pernah mengalami kenderaan ini dan paling penting kalau boleh tengok bahagian bawah kenderaan.

tengok bahagian ni

Bukan apa.. walau cantik macamana pun proses potong sambung yang dibuat di kawasan bengkel keadaanya boleh tahan setahun sahaja, kemudian di bahagian latai tersebut pasti akan berkarat dan reput, disitu kita boleh mengetahui samada lantai kereta pernah ditukar atau pun kenderaan itu potong dan sambung. Pastikan anda pergi sekali ke Puspakom Untuk membuat pemeriksaan untuk mengetetahui keadaan kenderaan anda secara jelas. Elakan amalan Rasuah..

Sebarang Pertanyaan boleh tanya dekat komen..

Posted by 33 Responses
 

Free Email Newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates..

And then confirm your email subcription

   

33 Comments to “Tips Nak Beli Kereta Second Hand!!”

  1. Miza says:

    Assalamualaikum wbt,

    Nak tanya kalau kita baru beli kereta second hand seminggu dua..lepas tu tak puas hati dengan kondisi dia..boleh terminate loan tak? Kalau nak pulangkan balik kereta ada cara tak?

    • QIMIE says:

      tu saya kurang pasti cik miza, sebabnya loan dah submitkan, kena baca agreement dan hire purchase tu balik, sebelum beli kereta ada pandu uji?, pemeriksaan puspakom mesti dah buat kan…

  2. aini fathiha says:

    salam..
    sy mmg xbpengalaman bab2 kete 2nd hand nie n br2 nie dah beli sbuah kete 2nd hand..
    hal bkaitan bekas excident or potong tu xkesah lg…tapi bab no.casis n enjin tu…sy xfaham mcm mana puspakom blh lepas,tp jpj trace no.casis n enjin xsama…hurmm

  3. mirza says:

    slm bro… nak tanya brp kira2 harga kereta ni ye kalau sy nak jual…myvi, automatik gear.. kereta sy tidak pernah accident, umur kereta 6tahun sy pemilik kedua,..dan semuanya masih dalam keadaan baik, tiada bunyi bising @ pelik, kalau tengok sendiri dp meter kereta tahu kereta tu tak jalan jauh.. hutang bank tgl kira2 24ribu, ccm 437 sbln (lagi 7th)…pls tlg sy?

  4. chaqhafiz says:

    sy da soalan skit. sy bru bli keta wira 2nd je.. msa bli kt used car diaorg ckap puspkom suma ok.keta fre xcden.tp msa bli sy pn xpran pe2. bla dh nek dlam 1 blan rsa keta berat sblah. bwk keta p kdai bg element diaorg ckap element xdpat. bla cek suma suma ok xda yg bengkok @ rsak. bleh bg pndpat pa pnca nya? 1 ag msalah keta sy bhgian blakang tingi sblah. blah knan tingi blah kri rndah. perbezaan nya 1 inch lbih.. dh tkaq absober n spring baru tp ttap sma tingi sblah. adakah keta pnah xcden? arap dpat mban2.. thnks pda yg bleh bg jwpan

  5. Iqbal says:

    jangan mendapat kereta potong dah ler kan… huhu

  6. [...] Source Translate :- Qimie.com [...]

  7. faiez says:

    mcm mane nk taw kenderaan 2 prnh kmlgn or x melalui dokumen bro?
    yelah contohnye de ke form2 brkenaan utk kte lihat sejarah kenderaan 2 cthnye insuran clain or B5 report..

  8. yus says:

    plan nak beli waja second kat used car.. cuma nak tau if i nak beli cash 30k then apa prosedur2 dia ek? geran, puspakom.. kot keta tu ada lak baki hutang bank.. camana step2 dia nak beli keta ni

  9. hasfa says:

    Salam. Bagusnya ada web camni. Nak nak beli van terpakai nissan venette. Bagaimana nak tengok bahagian2 yang perlu untuk elak terbeli yang potong atau enijn yang baik lagi. Terima Kasih.

    • qimie says:

      cara dia sama sahaja macamana nak tengok kereta potong, cuma nombor casis dia rasanya ada dibawah seat driver, kalau takde cari bawah seat penumpang depan sebelah kiri, selalunya vanette van ni takde masalah.. mengikut pengalaman saya le..

      cuma kadangkala ada no casis yang di punch semula.. tapi boleh kenal kalau ada punch nombor tu.. cuma bawa pergi puspakom untuk tengok keadaan vanette tu… van yang ni memang tahan..

  10. zul says:

    salam…klu nk pki keta ala2 old skool cam tyota ke30…lceh x nk cek sume 2…byk mdal x klu nk wat lantai or bg sdap enjin…

  11. Wow! Nice info. TQ. Nanti rs2 nk beli used car, leh rujuk cni. Ngeee~~

    Tp kn.. My dad ada beli keta terpakai sthn lepas. Keta tu mybe x nah xcident b4 this, tp byk rosak len yg x nmpk. Gear box rosak.. Then, baru2 ni palang tayar depan patah. Terkehel tayar kete tu. Huhu…
    .-= Fathiha Zainal´s last blog ..Kenapa dia masuk surat khabar? =-.

    • ajie says:

      ye ke? takpelah, sebab dah beli kenalah repair.. tapi kalau sebelum tu rasanya boleh bawa orang yang pandai pasal kereta contohnya mekanik kemudian ajak dia drive test sekali

  12. ja says:

    minta pendapat kepada masalah saya…..

    thn 2005 saya beli kereta kat used car KL (loan bank), segalanya beres. Tapi masalahnya bila saya nk jual, dah elok2 deal, pembeli kata bila dia cek kt puspakom kereta saya lulus bersyarat, saya tak faham apa yang dimaksudkan dengan lulus bersyarat. pah tu saua pun call puspakom mereka kata kereta saya berstatus ‘gagal’. saya lagi la tambah pening. check pada slip pemeriksaan puspakom, bahagian atas ‘X’ , bahagian bawah ‘L’. apa makna semua ni? minta kawan2 beri komen. saya amat risau dengan keadaan ini………
    tq.

    • ajie says:

      sebenarnya kereta tersebut tiada masalah, ianya gagal mungkin terdapatnya kesan potong pada pillar atau wheelhouse, Kereta tersebut perlu mendapatkan kelulusan bahagian kejuruteraan automotif jpj.(as known as surat kawal selia). Selalunya masalah terjadi apabila ke enam – enam pillar tersebut dipotong, apabila ini terjadi memang kenderaan tersebut berstatus lulus bersyarat. lain – lain perkara yang melibatkan lulus bersyarat adalah :-

      - tukar bumbung tanpa kebenaran,
      - tukar wheelhouse kiri dan kanan,
      - chasis panel dibuka lebih 50%
      - potong pillar kiri dan kanan depan, tengah dan belakang.

      selalunya kesan ini terjadi akibat dari kemalangan masa lalu, untuk mengelakan kerisauan cuba bawa kenderaan anda ke puspakom berhampiran dan jalankan pemeriksaan persendirian @ sukarela. Nyatakan kepada pihak puspakom supaya meletakkan item – item yang gagal untuk permohonan kelulusan jabatan kejuruteraan automotif jpj.

      - Pastikan anda menyimpan keputusan pemeriksaan yang awal tadi supaya tidak berlaku percanggahan tentang keputusan pemeriksaan. sekiranya berlaku percanggahan jumpa pengurus cawangan untuk keterangan dan kepastian lanjut.

      - sekiranya pihak pengurusan puspakom tidak dapat menyatakan kenapa percanggahan keputusan berlaku, anda berhak menggunakan hak anda sebagai pengguna.

      ini kerana ianya bersesuaian dengan tagline puspakom ‘your safety our priority’ harap maklumat ini dapat membantu..

      p/s : x = gagal , L = lulus

  13. [...] tips tukar hak milik dan juga tips nak membeli kereta Second Hand sekarang tibalah giliran untuk tips – tips nak pergi beli kereta ni.. bunyinya kedengaran [...]

  14. iya says:

    good good blh buat buat tempat rujukan nie

  15. [...] kemalangan. Bagi yang belum mengetahui cara mudah untuk mengesan kemalangan boleh lah baca tips nak  membeli kereta second hand . Selepas kita memeriksa kenderaan dan berpuas hati dengan keadaan tersebut, semestinya apa yang [...]

  16. Dak Wan says:

    Owhhh…. tu tujuannya pi Puspakom erk? TQs ye kerana bg info nie.

  17. azizan4444 says:

    penerangan yg sgt detail ni broo.kdg2 org beli x tgk dlm..tgk lua chantek trs angkat..dlm fail..biase cmni la klu kete 2nd hand..

    • ajie says:

      betul tu.. nak beli kereta kena pilih betul2.. takut nanti menyesal kemudian hari.. bila bank dah approve, kereta dah dapat baru tau kereta pernah eksiden tak syok le.. :)

  18. ery says:

    info baik…
    tq for sharing

  19. wazy says:

    info yang amat berguna,kalau kereta terpakai tu lawa dan cantik ,belum tentu juga enjin dia sempurna kan,sebab tu la kene periksa ( buat inspections) betul²

    • ajie says:

      betul tu bro… kalau boleh semasa nak pergi buat inspect elakan guna orang tengah.. pergi sendiri ,tau apa problem pada kenderaan..

  20. NoorAfzan says:

    bagusla..
    kongsi lagi yea..

  21. Nazz says:

    ho ho.. terima kasih ye.. amat berguna info ni..

Leave your comment here:

Jan
29
2010
 
Facebook
Online