Tips Bercermin Gelap

Sebelum kita berbicara mengenai cermin gelap terlebih dahulu kita fahami peruntukan Kaedah – kaedah yang ditetapkan dalam undang – undangMengikut peruntukan Kaedah 5(1) dan 5(2) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991. Berdasarkan kepada peruntukan tersebut, tahap ketelusan cahaya bagi cermin hadapan kenderaan (windscreen) hendaklah melebihi tujuh puluh peratus (70%) manakala bagi cermin sisi dan belakang kenderaan hendaklah melebihi 50%. Terdapat pengecualian di mana peruntukan ini tidak terpakai pada kawasan 20% memanjang sebelah atas cermin hadapan kenderaan dan pada tingkap tepi semua jenis bas atau carawan kecuali bagi tingkap di sebelah kiri atau kanan pemandu.

Orang yang dibenarkan memakai Cermin Gelap Mengikut Kaedah – Kaedah
Kaedah 11(a) dan 11(b) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991 memperuntukkan bahawa kenderaan milik Kerajaan yang digunakan oleh orang-orang berikut dibenarkan menggunakan cermin gelap iaitu:

  1. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong.
  2. Duli Yang Maha Mulia Raja sesuatu Negeri.
  3. Pemangku Raja sesuatu Negeri .
  4. Pembesar Memerintah Negeri bagi Negeri Sembilan.
  5. Bakal Raja sesuatu Negeri .
  6. Bekas Raja sesuatu Negeri .
  7. Tuan yang Terutama Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri.
  8. Hakim Mahkamah Agung atau Mahkamah Tinggi.
  9. Pegawai polis atau pegawai tentera sebagaimana yang dinyatakan masing-ma
    singnya oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera.


Kenapa Sekarang Banyak kereta bercermin GelapApabila kita melalui jalan – jalan raya utama negara, kita tidak lepas dari melihat terdapatnya kenderaan yang bercermin gelap, macamana mereka boleh memakai cermin gelap pada kenderaan? Sebenarnya orang – orang kebiasaan macam kita ni  memang tidak dibenarkan memakai cermin gelap.Oleh kerana terdapatnya keberanian dan tidak takut disaman maka banyaklah hadirnya kenderaan – kenderaan yang bercirikan cermin gelap ini berada di atas jalan raya.

Faktor – faktor lain yang mengakibatkan pemakaian Cermin Gelap

- Sesetengah Kereta ‘import’ seperti model ‘estima, wish, caldina, alphard’ (sekadar menyebut beberapa nama model) memang datang dengan speksifikasi yang standard iaitu bercermin gelap pada bahagian sisi belakang kiri dan kanan, tujuan pemakaian ini di luar negara adalah bagi tujuan keselamatan. Bagi negara kita ini pemakaian cermin gelap ini memang tidak dibenarkan sama sekali. Oleh itu Pihak berwajib telah pun mengenakan undang – undang kenderaan bagi tujuan pemakaian cermin gelap ini dibawah akta pengangkutan jalan 1987.

- Oleh kerana kereta ini kebanyakan kereta import dan kenderaan ini memang asalnya bercermin gelap, maka dengan ini setiap kenderaan import tadi perlu menjalani pemeriksaan di puspakom sebelum urusan pendaftaran kenderaan. Terdapat 2 jenis pemeriksaan kenderaan import di puspakom iaitu pemeriksaan kenderaan import terpakai dan pemeriksaan  kenderaan import baru.

Puspakom boleh lulus

- Untuk tujuan kenderaan import ini kadar ketelusan cahaya adalah sama sahaja seperti kenderaan lain , iaitu kadar ketelusan cahaya cermin hadapan 70% keatas, cermin sisi kiri dan kanan serta belakang iaitu 50% ke atas. Jadi macamana kenderaan ini masih bercermin gelap?, mengikut apa yang diketahui, sesetengah ‘buyer’ ingin kenderaan mereka bercermin gelap, oleh yang demikian ejen yang menguruskan berkaitan dengan urusan kenderaan telah menukar cermin kenderaan mereka dengan cermin yang  cerah mengikut spesifikasi  ditetapkan, ada sesetengah lagi yang menyewa cernin cerah ini tadi bagi tujuan pemeriksaan, dan cermin tersebut dipasang dengan sempurna pada kenderaan.

- oleh itu pihak puspakom tidak dapat menggagalkan kenderaan tersebut dan diberikan status lulus kerana memang ianya datang dengan bercermin cerah, selain itu juga puspakom turut mengambil gambar kenderaan import yang datang untuk pemeriksaan bagi tujuan rujukan untuk hal – hal yang berbangkit. Selepas kenderaan itu diperiksa dan lulus kemungkinan cermin tadi telah ditukar kembali dengan cermin yang asal iaitu cermin gelap.

Tips Untuk Memasang Tinted Kenderaan yang Mengikut piawaian.

- Bagi pemasangan tinted mudah je teori dia.. kalau pasang tinted yang mahal, mesti lulus punya. Okay tak macam tu? Tak okay?, emm macam ni ye kebanyakan tinted – tinted yang mahal ini memang boleh lepas pemeriksaan kadar ketelusan cahaya, dan memang dapat membantu mengurangkan kadar kepanasan dalam kenderaan, terdapat beberapa jenis tinted yang terang tapi sejuk je duduk kat dalam bila waktu tengahari macamtu.. tapi walau bagaimana pun elakan memasang tinted sampai berlapis – lapis, ada yang pasang tinted sampai 3 lapis, kalau macam ni memang tak akan lulus pemeriksaan walau mahal macamana pun tintednya..

- Kalau memang nak gelap bolehlah memasang tinted yang murah dan berlapis - lapis, macam kereta saya pun pasang sampai 3 lapis… gelap je..  sampai orang luar nak tengok dalam pun tak nampak, semua tu di lakukan atas faktor keselamatan, (takde sebab lain ye :) )

- Terpulang kepada individu itu sebenarnya , samada nak memilih tinted yang gelap atau cerah, kalau rasa boleh bayar saman sampai rm500.00 takpe.. takde masalah.. boleh je pakai cermin gelap.

Tips Nak Lepas cermin Gelap (Sekatan Jalan Raya)

- bila dah pakai cermin gelap ni bila ada ‘roadblock’ mesti kita nak lepas kan.. kat sini ada beberapa cara boleh di praktikan..

  1. Menurunkan semua tingkap tadi dengan alasan ‘aircond rosak’
  2. Jalan buat selamba “harap – harap diaorang tak perasan”.
  3. Patah balik kalau sempat. “langkah paling bijak”.

- tapi kalau dah kantoi jangan panik ye ikuti langkah tersebut:-

  1. Kalau minta i.c dan lesen bagi kerjasama.
  2. Kalau keluarkan saman, tandatangan je saman tu ye.
  3. Kalau dia ukur, pastikan alat tersebut telah ditentu ukur oleh pihak sirim. macamana nak tahu keputusan tu sah atau tak sah kalau alat yang digunakan tidak disahkan.
  4. Kalau takde saman yang dikeluarkan kemungkinan pg3 akan dikeluarkan supaya kenderaan yang bercermin gelap tadi hadir semula ke mana – mana JPJ berdekatan untuk tunjuk semula.
  • Permohonan Memasang cermin Gelap.

Kalau rasa dah tak boleh kena cahaya matahari, sakit kulit boleh mohon untuk memakai cermin gelap ni.. Link

p/s: Kadang – kadang atas highway nampak juga yang merendek dalam kereta, takde tinted pun kereta.. lagi selamba..

Filed Under: Automotive

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Comments (36)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. haha says:

    kalau x tinted macam lam aquarium, panassss

  2. Hafiz says:

    klau cermin sisi 45%..dpan 25% okew ke x?? tp..klau boleh nk lebih glap..bleh tlg x?? limit yg pling baek untuk lpas jpj nie…

    • maksud 25% kadar ketelusan cahaya yang boleh masuk ke? kalau untuk cermin depan sememangnya perlu 70% ke atas, dan cermin sisi dan belakang 50%. ni panduan yang sebenar..

      • Hafiz says:

        x..25% tinted…tp..lau bleh..brape yg pling bek??

        • kalau untuk cermin depan, tinted keseluruhan tidak boleh kurang daripada 70% tapi ada sesetengah kereta letak tinted yang gelap cuma dibahagian atas cermin depan sahaja, saiz yang dibenarkan untuk tidted yg diatas tu adalah 20% daripada panjang keseluruhan cermin, dan pasang yang hitam pun takde masalah, cuma dibahagian ats sahaja.

  3. KhaiKaito says:

    maaflah..kurang faham sgt..tp..kalau cermin depan 25%..cermin sisi pemandu n penumpang n cermin besar belakang 45%..okew kew??? tp..kalau boleh nk glapkan lagi tp xtaw..tlg bgy limit yg terbek bleyh x??

  4. tok cik says:

    yg paling x digemari apabila melihat pegawai2 polis atau jpj semasa bertugas…tidak mesra rakyat,sombong ,angkuh……cuba lah tiru spt guru,doktor bila berhadapan orang ramai…

  5. tok cik says:

    lihat pd peraturan2 yg di buat…….mudahnya pihak kerajaan memerangkap rakyat yg melakukan kesalahan kecil jalan raya tanpa sedar….bukan semua kita hafal akta2 jalan raya yg kecil2…kalau takat cermin gelap,double line,pandu laju,pemandu mabuk kita tau la……..

  6. edie says:

    salam tuan, macam mana kereta yang di import dari negara luar yang semamangnya bercemin gelap( bahagian penumpang) depan dan sisi cerah je dan dah ada cop dari puspakom. contoh keretea wish 1.8 memang gelap beb cermin penumpamg dia…..

    • qimie says:

      memang import asalnya memang cermin gelap, tapi selalunya masa test di PUSPAKOM, kedai tukar cermin tu kepada cermin cerah, kemudian diaorang akan pasang balik cermin gelap tersebut selepas selesai pemeriksaan di puspakom, selain VVIP, seperti dinyatakan dalam APJ 1987.. masudnya orang biiasa macam kita ni… memang x dibenarkan memakai cermin gelap.. xkiralah memang asalnya cermin gelap macam wish, alphard, estima, harrier.. macam2 lagilah..

  7. Alex says:

    kalau guna cermin mata gelap kena saman ker??hahahaha

  8. qimie says:

    polis dah boleh saman ke? kalau diaorang ada alat yang boleh menguji tahap ketelusan cahaya, pegawai yang diiktiraf mengendalikan alat tersebut, akta yang boleh digunapakai boleh le saman..

    rasanya JPJ yang ada kuasa untuk menyaman…

  9. Edmund says:

    Kalau kena Polis Block. . . macam mana? kan mereka juga akan saman

  10. azwan ismail says:

    salam bro…sy linkkan artikel sy dgn artikel ni yek…informatif psl gelap menggelap ni… :)

  11. dnglobal says:

    salam..bro ajie ni polis ek..hehe

  12. Waris Malaya says:

    Dear Qimie,

    Nak tambah sikit tips – technical aspects

    1. Do not sign PG3. The form itself without a preprinted columb for dark glass. No legal form can be issued on suspicious ground unless with court order. How do the roadside JPJ officers decide to issue PG3, by subjective eye-sight? If you are not allowed to drive (refused to sign), park and lock your car near JPJ officer and take a cab home – but only after they give your a legal notice. Tak pernah terjadi, sebab mereka tak mahu bertanggungjawab to tow and store your car (not an established law anyway).

    2. If an equipment was used, please ensure make/model/type of that equipment. You have right to obtain the details from JPJ officer. The inspector/operator’s name should be included. Semua detail ni penting kalau sanggup nak masuk court dan peluang menang memang besar (mesti guna lawyer, tapi boleh tuntut cost dari kerajaan jika menang).

    3. Tanya equipment operator, Is this a Visible Light Transmission (VLT) or Visible Image Recognition (VIR)? Lepas tu briefly tanya calibration method (for either VLT or VIR yang dia jawab) dan adakah dia dah pergi training & certified guna equipment tu.

    Yang penting, your Privacy Glass must be originally equipped.
    Salam/Waris Malaya.

    • ajie says:

      terima kasih atas tambahan tips dari pihak waris melaya, maklumat ini amat berguna bagi saya dan mungkin rakan – rakan yang lain.. terima kasih sekali lagi..

  13. black_mel says:

    wah…maklumat lengkap…nice2…tp selalu org x ikut pun…diorg rasa lagi gelap lg bagus..pastu kena saman baru la bising..

  14. vic says:

    hello! visiting you back. thanks for the vios car mod and pricing. (: gonna check it out.

  15. NiZaM says:

    wahh..nice info..pakai spek gelap pon kena iku rules..baru tau.kehkeh..

  16. kai says:

    tinted gelap besh woo..
    member aku kene dlu…
    polis tu diek wat 1 line je kt sepanjang cermin keta tu..
    wakakakakaa.

  17. IZA says:

    Tips turunkan semua cermin tidak berjaya…..
    Aku dah pernah kantoi….
    Cermin belakang Honda tak blh turun rapat la….
    Kena RM300 kot…..hahaha…..

    • ajie says:

      hahaha.. memang tak berkesan pun cara tu.. dulu masa saya pergi operasi, tangkap cermin gelap ni sekejap je dekat 30 biji kenderaan.. hehehe

  18. ira says:

    wah tips tinted bgs2…

    nti ada keta sndiri boleh praktik kn..hehhe

    salam qimie

  19. zik says:

    macam2 dia punya prosedur.. adooi..

  20. vic says:

    Hey my friend. You got some informative things here. I want to modify my vios to a sports version. Its a 2006 model and i want extra torgue and power. How much would it cost? pls reply to the blog below

    victorlee92.blogspot.com

    • ajie says:

      Untuk kereta vios jarang yang ada pengubahsuaian pada bahagian enjin. Tapi untuk rujukan boleh rujuk di majalah Motor Trader ( max power section)..

  21. neon says:

    wa, susah betul ..nak tinted pun banyak syarat..

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.