RoadTax Mati Lebih Setahun.
Apa yang perlu anda lakukan apabila cukai jalan kenderaan anda mati lebih daripada setahun? Sebelum itu ingin saya memberitahu sekiranya kenderaan kita apabila cukai jalannya tamat tempoh lebih daripada satu tahun, walaupun terlebih satu hari.. manakata dah tamat tempoh selama setahun sehari, maka kenderaan tersebut perlu dibawa semula ke Puspakom untuk diperiksa sekali lagi.
Pemeriksaan yang dijalankan di puspakom ialah pemeriksaan khas, Lesen kenderaan tamat lebih daripada satu tahun. Untuk Langkah keselamatan anda untuk membawa kenderaan anda ke Puspakom, Anda perlu mengambil ‘one day permit’ atau permit satu hari di Jabatan Pengangkutan Jalan Berhampiran anda. Untuk membuat permit satu hari ini anda perlu membawa perakuan pendaftaran kenderaan (Geran). Permit ini hanya membernarkan anda membawa kenderaan anda dari rumah @ alamat yang disertakan ke puspakom yang ingin anda pergi.
Keperluan bagi mendapatkan permit satu hari ini adalah untuk mengelakan anda dikenakan saman apabila bertembung dengan pihak polis atau JPJ, perlu di ingatkan kenderaan anda tadi ‘roadtax’ telah mati lebih satu tahun.
Pastikan kenderaan anda dalam keadaan memuaskan, kerana apabila cukai kenderaan ini mati lebih daripada setahun maka pemeriksaan secara menyeluruh akan dilakukan, Ada boleh rujuk Pemeriksaan Sepuluh Peringkat. Semua spesifikasi asal kenderaan perlu dikekalkan.
Terpulang kepada anda untuk mengambil Insuran perlindungan kenderaan atau periksa kenderaan anda dahulu di puspakom. Mana – mana boleh ye.. periksa dulu pun boleh, beli insuran dulu pun boleh.
Setelah itu bawa kenderaan anda ke puspakom, Jalankan Pemeriksaan Khas Lesen kenderaan tamat tempoh lebih setahun, Dokumen yang diperlukan hanya Geran (Kad pendaftaran kenderaan/jpjk2) sahaja. Bayaran yang dikenakan adalah dalam RM55.00. (kalau tak silap le).
Setelah Lulus satu keputusan akan dikeluarkan, Keputusan tersebut dipanggil B2. Kemudian bawa geran kenderaan, keputusan B2 dan Insuran Kenderaan ke JPJ berhampiran.. kemudian katakan pada counter ” saya nak hidup roadtax!!, Bayar duit dan anda dah dapat roadtax anda tadi… mudah kan?!! Semudah ABC..
Tapi kalau ada yang tak beberapa faham.. jangan segan, jangan malu.. boleh tanya kat ruangan komen tu ye.. Patuhi undang – undang jalanraya.. Elakan Rasuah..
Filed Under: Automotive













kalo insurans motor berape ringgit ngan roadtax motor …lagie satu kalo x buat insurans x bole kerr…
Salam…
macam mane nk hidupkan roadtax tanpa geran ori??
geran fotostat ade la.. geran ori bank simpan sbb loan xhabis bayar lagi…
kena dapatkan geran ori..
betul ke kalu bawak kete xde roadtax akn kene sita kete tu? risau saya..da sebulan kete saya roadtax mati xde budget lagi nak idupkan roadtax..sekarang saya bawak kete untuk pergi keje balik keje je..xde pengalaman kene saman roadtax..plz explain to me…
roadtax kete saya da mati sebulan yang lalu..tapi saya xde duit lg nak idupkan..betul ke kalau terserempak ngan polis ataupun jpj kete saya akan kene sita?saya risau sangat..sekarang sya guna kete tu untuk pegi keje ngan balik keje je..tak sanggup rasanya nak jalani sehari lagi guna kete tanpa roadtax coz xde pengalaman kene saman roadtax..plz help me…
salam. puspakom boleh terima tak geran fotostat. maklumlah geran ori ada ngan bank.
Klu nak buat lkm. Kena guna geran ori
saya punya roadtx mati harini.. tp kan.. saya takde bajet lg la untuk insurans.. maklum la tgh bulan kan.. huhu.. kalo saya renew roadtax shj, tp x wat insurans boleh ke eh? konpius aa… huhu.. thx in advance..
kalau insuran masih hidup boleh lah, selalunya orang buat 1/2 tahun, lepas tu insuran hidup lagi setengah tahun, kalau dah 2, 2 mati, memang tak boleh le jawapnya.
saya nk tnya..klu roadtax motosikal mati lebih setahun tp xsmpi lg 2tahun,kene bwk ke puspakom dulu atau trus ke jpj klu nk hidupkn balek roadtax 2??mksud saya pmeriksaan d puspakom atau jpj??
dulu kena pergi Puspakom, tapi rasanya sekarang terus ke JPJ, macamanapun cuba hubungi puspakom terdekat. dah lama x buat ni..
kereta sy rotex dah setahun mati..ngan bny masalah..nk repair..duit pun cukup2..soalan sy ..klu sy guna tayar terpakai boleh lepas ke masa d puspakom…
kalau tayar tu tak haus, boleh punya…
mone boleh bro…x kan moto x pakai dekat jalan raya pun nak hidupkan roadtax….rugilah…moto buat jalan kebun je..lalu pun jalan tanah merah…tapi sekarang dah lalu jalan raya so aku hidupkan balik…moto dah 20 tahun x hidup roadtax….cos bapak aku duk kampung je..dari mula beli x penah hidup road tak…sampai tangan aku,jadi moto klasik le…
kereta proton saga saya roadtax mati dah dua tahun, ya saya kena pergi inspection, tapi ingine kereta tu dah tukar dengan enjine wira doc kastam tak ada. cam no ya siapa boleh bantu.
ok soalan sy mudah..
boleh x kalau sy nak buat check puspakom dulu… lepas lulus je semua.. sy lepak dalam 1 bulan tggu ade duit..baru buat insyuran..then baru la buat roadtax.. ?
makna kata..surat pengesahan dari pusapakom tu ade x tempoh..yg panjang untuk kite menghidupkan roadtax?
sy ade mslh nk ke puspakom ni..sbb takde geran asal..ade geran potostat je..
geran asal kt kedai psal moto hutang lg..sy nk byr kt kedai xmampu..kedai suruh byr hrga tggi..sy pn byk tunggak byr motor tu..sbb tu xdpt geran asal..mcmne cara sy nk ke puspakom dgn geran potostat??? sy dh pegi skali..mmg xlepas..sy xbrape phm tntg permit jpj nie..sori sgt tanyer pada post lame saudara..
pas puspakom setel, mase pegi jpj nak kne bawak ke slip roadtax lame? kalu ilang guane?
tak perlu, cuma bawa insuran dengan keputusan puspakom
salam,macam mana nk hidup roadtax sbb saya x biasa???
kemana perlu saya pergi untuk hidupkan roadtax dan apa yang perlu dibawa untuk proses tersebut???minta saudara perjelaskan dgn terperinci…
roadtax dah lebih setahun ke?
satu hari boleh siap ? first pergi puspakom bawak geran sahaja. second orang tu check ambil masa sehari ke ? third pergi jpj. berapa harga kalau hantar puspakom dgn roadtax untuk setahun ?
nak wat pemeriksaan puspakom untuk ubahsuai sunroof???
dokumen yg dperlukan ape yea??
sy baru beli keta lancer a172,engine 4ag..mslh nya:
1)mati roadtax lbh sthun..huhu
2)engine blm reg..surat engine lgkap
soln sy,cmna cmna cara mo buat utk hdupkn roadtax,tkar nama n reg engne..
salam
saya dah tengok Pemeriksaan 10 Peringkat
memang mereka akan buat pemeriksaan seperti itu?
Andaikata gagal, kena bayar lagi sekali untuk pemeriksaan seterusnya?
Berapa kali boleh gagal?
masalah baru ni. . . saya beli moto. . . motor yamaha 125 ad geran. . just masalahnye body bekas potong d no chasis. . .saya pun xsedar main beli jer. . . aduh. . pening kepala saya nk fikir cmne nk buat. . .no chasis still sama dlam geran just tuan lama welding jer balik. . dah jual baru tuan lama tu ckp mto tu asalnye ntuk sprint tapi skrg dah buat guna ntuk d jalan raya. . jadi ape perlu saya buat??plz berharap abg ad maklumat ntuk sya. . . xde ke agen yg leh hidupkan roadtax tanpa perlu bawa motor ke puspakom?? if ad abg tlg saya. . .
dah berapa tahun tak hidup roadtax?
saya ader moto kris…roadtex mati dah dalam 5 tahun…pemilik sdsl moto tu dah mninggal…jadi bleh x saya nak hidupkan moto tu…
kena tukar nama dulu, pergi amanah raya, dapatkan surat tukar nama dari amanah raya, buat pemeriksaan dipuspakom, tukar nama kepada waris terdekat dulu kemudian baru boleh hidup roadtax, untuk rujukan boleh contact puspakom terdekat
[...] Road Tax Mati Lebih Daripada Setahun [...]
KALAU ROADTAX MOTORSIKAL MATI LEBIH DARI SETAHUN PUN KENA BUAT PEMERIKSAAN KAT PUSPAKOM JUGAK KE???
kepada rempit disiplin..
kena buat bro.. senang je.. janji geran ada.. motor ikut piawai, bawa motor ke puspakom, kalau rajin amik one day permit kat jpj.. dah sampai amik pas pelawat kat guard kendian pergi kaunter cakap nak buat roadtax lebih setahun.. bayar 20 ringgit je tak silap… lepas tu setel kerje kat puspakom!!!!!!!!.. peace
Salam…
kalau sape² yg alami masalah mcm tajuk kat atas tu..duduk area pasir gudang..boleh la berjumpa saya untuk urusan tersebut..kunjungi kedai saya di No.8,Jalan Tembikai 3,Taman Kota Masai…tq
.-= NJ´s last blog ..Terapi mater… =-.
nak senang jangan roadtax mati sampai setahun la.. tak perlu susah payah nak check..
.-= eiman´s last blog ..Blog Berwajah Baru dengan DISQUS Comment, Selamat Tinggal Intensedebate =-.
betul tu.. sampai masa hidupkan roadtax..
bagus info ni bro
.-= 911´s last blog ..Cara-cara Menyelesaikan Masalah Tayar Pancit =-.
terima kasih bro..