Puspakom Buat Pemeriksaan Percuma!.. Korang Tak Nak cuba ke? | QIMIE BLOG

You are here: » Puspakom Buat Pemeriksaan Percuma!.. Korang Tak Nak cuba ke?

Puspakom Buat Pemeriksaan Percuma!.. Korang Tak Nak cuba ke?

Puspakom Sdn Bhd menawarkan pemeriksaan tanpa dikenakan bayaran, kiranya percumalah kepada pemilik kenderaan persendirian dan motosikal di semua cawangan Puspakom sempena musim perayaan ini.

Pemeriksaa percuma ini akan bermula pada 30hb ogos 2010 sampailah ke 9hb september 2010. Jadi kepada pemilik – pemilik persendirian yang belum pernah merasai atau belum pernah melakukan pemeriksaan, apakata anda semua berseronok di Puspakom dengan menghantar kenderaan anda untuk pemeriksaan. Free tu bro!..

Pemeriksaan yang Dijalankan bagi kenderaan persendirian ini ialah:-

1. VEHICLE IDENTITY CHECK – Pengesahan Identiti kenderaan.
- memeriksa nombor enjin dan nombor casis kenderaan anda.
2. ABOVE CARRIAGE CHECK – Pemeriksaan Bahagian Atas Kenderaan.
- Kira periksa keadaan kenderaan, pernah kemalangan tak pun ada part – part yang dipotong sambung.
3. SMOKE EMISSION TEST - Ujian Pengeluaran Asap
- untuk enjin petrol.
4. BRAKE TEST – Ujian Brek
- Menguji tahap kecekapan brek kenderaan anda.
5. SUSPENSION TEST - Ujian Suspensi.
-menguji tahap keberkesanan sistem gantungan anda
6.SIDE SLIP TEST – Ujian Gelincir Sisi
- kira macam test Alignment ni..

7. SPEEDOMETER TEST- Ujian Meter laju.

- Kalau korang nak tahu tahap sebenar kelajuan kereta korang, boleh test ni.. di ukur pada 40km/j kalau tak silap. Manakata bila sampai je 40km/j pada monitor ujian, pada meter kenderaan anda pula di lihat, ada sesetengah tu 30 km/j dan ada yang lebih..

8.UNDERCARRIAGE CHECK – pemeriksaan bahagian Bawah Kenderaan.

Pemeriksaan akan dijalankan oleh kakitangan Puspakom yang bertauliah. Masa ni apa korang nak tanya pasal kenderaan korang.. korang boleh tanya..

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai pemeriksaan ini boleh tengok kat sini ( pemeriksaan 10 peringkat )

Puspakom berkata, pemeriksaan percuma itu adalah antara komitmen Puspakom kepada pelanggannya dan sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keselamatan kenderaan mereka.

Puspakom juga akan menjalankan pemeriksaan identiti dan tayar terhadap motosikal yang hadir untuk pemeriksaan. So kalau nak tahu lebih lanjut apa kata call toll free line
puspakom 1-800-88-6927.

Rugi tak pergi.. free je ni… hahaha.. masa ni lah aku nak tahu condition kereta aku…benda free memang best.. save rm30.00..

Posted by 2 Responses
 

Free Email Newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates..

And then confirm your email subcription

   

2 Comments to “Puspakom Buat Pemeriksaan Percuma!.. Korang Tak Nak cuba ke?”

  1. che armster says:

    terbaik lah!! off shift kang aku pegi

Leave your comment here:

Aug
30
2010
 
Facebook
Online