Penjagaan Sistem Brek!
Dah lama tak bercerita mengenai dunia Automotive. Kali ni nak kongsikan tip teknikal mengenai PENJAGAAN SISTEM BREK. Mula – mula kita lihat sistem Asas brek. Sistem asas brek ini terdiri daripada beberapa komponen utama contohnya seperti ‘disk’ atau ‘drum’, angkup, pelapik brek, saluran minyak, pam vakum, takung minyak dan pedal brek.
Semua komponen – komponen tadi mempunyai fungsi – fungsi atau tugas – tugas yang tersendiri agar sesebuah kenderaa dapat berhenti dengan cepat dan serta merta apabila diperlukan.
Untuk memastikan keseluruhan sistem brek berada dalam keadaan terbaik, beberapa kaedah pemeriksaan dan pemerhatian perlu dilakukan dari masa ke semasa. Cara – cara pemeriksaan adalah seperti berikut.
- Setiap bulan, anda perlulah memeriksa paras minyak brek kenderaan anda, pasti minyak berada di paras antara minimum dan maksimum.
- Sekiranya anda melihat minyak brek anda terlalu kotor , apakata anda berjumpa dengan mekanik anda dan meminta beliau menukarkan minyak brek tersebut. Kaedah ‘flush’ juga boleh dibuat jika perlu. Minyak yang terlalu kotaor boleh menyebabkan kegagalan sistem brek berfungsi dengan baik.
- Pastikan spesifikasi minyak brek yang ditambah adalah betul. Dot3 adalah untuk kegunaan berat terutamanya pada kenderaan berprestasi tinggi. Kalau tak faham cari pomen atau mekanik anda untuk kepastian yang lebih mengenai jenis minyak yang ingin digunakan. Ini amat penting dilakukan kerana kesilapan menggunakan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek mengalami kerosakan terutama pada ‘seal’ yang diperbuat daripada getah.
- Periksa keadaan pelapik brek setiap 6 bulan. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. sekiranya terdapat kesan haus tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek, Kemungkinan tekanan yang dikenakan tidak sama dan ini sangat merbahaya ketika membrek dalam kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan pada ‘drum’ brek.
- Laraskan kedudukan padel brek mengikut kesesuaian dan keselesaan bagi mengelakkan ia terlalu jauh atau terlalu dekat untuk ditekan.
- sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek pada mana – mana bahagian, jangan ambil mudah kerana kebocoran yang kecil mungkin menjadi besar akibat tekanan yang dikenakan ke atasnya ketika membrek.
- Kesan calar yang terlalu banyak pada disk boleh menghalang pelapik brek mencengkam dengan baik. Anda juga boleh menggunakan kaedah ‘skim’ sekiranya brake disk masih dalam keadaan tebal.
- Semasa memandu, kalau boleh jangan letakkan kaki sentiasa di atas pedal brek, Dengan demikian dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.
- Semasa meneruni bukit, gunakan gear rendah bagi memperlahankan kenderaan, kadangkala apabila menuruni bukit apabila penggunaan brek yang terlalu kerap boleh mengakibatkan brek panas dan tidak dapat berfungsi dengan baik.
Begitulah serba sedikit info yang dapat diberi tentang penjagaan sistem brek dimana ianya diolah daripada majalah gila kereta tak ingat tahun bila. Sebabnya bila ada info – info menarik mengenai kereta saya akan memasukan ke dalam fail.
Bercerita mengenai pengalaman, sewaktu saya bekerja di Penang seorang rakan sekerja pernah meminta menjagakan kereta beliau kerana beliau ingin bercuti Langkawi. Toyota SEG tahun 1996 dengan engine supercharge. Pada masa tu saya hanya memandu sebuah proton satria 1.3 warna merah. Malam tu sewaktu ingin keluar makan saya menggunakan kereta kawan tersebut.
Oleh kerana kemaruk nak bawa kereta laju – laju.. nak cuba penangan enjin supercharge, sewaktu keluar daripada simpang rumah.. apalagi.. minyak ditekan dengan penuh… berdesing enjin berbunyi… tiba – tiba ada seorang pakcik melintas dengan menggunakan motor tanpa melihat kearah saya. Dengan teknik drift yang dipelajari saya telah membuat brek kecemasan. Tanpa disedari.. brek depan sebelah kanan telah menerima tekanan yang lebih.. paip brake telah bocor.. ‘pop’ seakan – akan meletup bunyinya.
Nasib baik kereta dapat dikawal dengan baik. Pakcik tu pergi macam tu sahaja, dia tak sedar nyawa dia hampir – hampir melayang. Esoknya bawa kereta tanpa brek turun dari balik pulau ke bayan lepas pergi repair, kebetulan ada polis peronda nak turun ke bayan lepas, minta tolong eskotkan.. sebab nak turun tu jalannya berliku dan mempunyai cerun yang mengerikan.. Terima kasih PDRM.
Jadi kesimpulannya brek kenderaan memainkan peranan yang penting untuk keselamatan, pastikan brek kenderaan anda dalam keadaan yang baik. Jangan biarkan orang tersayang menanti anda dengan penuh debaran……
Free Email Newsletter
And then confirm your email subcription















7 Comments to “Penjagaan Sistem Brek!”
assalamualaikum. nk tnye ckit laa. minyak brek dot3,4,5,5.1 blh campur ke??
ASSALAMUALAIKUM.. BRO.. SY NAK TANYE.. TANGKI PAM MINYAK BRAKE KERETA SY LEAKING LAH.. BILE SY ISI SEMULA MINYAK,DALAM SEMINGGU SY BERJALAN,TIBE2 MINYAK TU CAM KELUAR.. TANGKI PAM TU PUN BASAH.. SY PAKAI KERETA PROTON SAGA 1991.. HARAP BRO BOLEH TERANGKAN KEPADA SY MACAM MANE NAK SELESAIKAN MASALAH SY NIE..
wah…sangat2 berguna tips ni…terutama bg kami kaum pompuan yg kebanykkannya cuma tau memandu je hehehe….
.-= cik panadol´s last blog ..Popcorn: Shrek Forever After =-.
kaum perempuan sekarang pub banyak yang dah pandai – pandai..
urgh!! pasal brek la melayang duit RM700 4 hari lepas. dari master pump sampai la skimming balik. kereta oh kereta!!!
untuk keselamatan.. takpe bro..
Betul tu..brek kenalah jaga elok2..bagus tip dan petua penjagaaan brek ni..lepat pun tak berapa tau sangt..thankz for sharing!
.-= lepat´s last blog ..[Peribadi]Filem Apa Yang Korang Suka Download Dari Blog Ini? =-.