Pemeriksaan Berpandukan Pelan | QIMIE BLOG

You are here: » Pemeriksaan Berpandukan Pelan

Pemeriksaan Berpandukan Pelan

 

  

 

Definasi Pelan.

 Pelan bermaksud suatu lukisan cadangan rekabentuk yang dilukis sebagai panduan untuk membina rekabentuk yang dicadangkan. Bagi sesetengah pemeriksaan yang dijalankan di Puspakom ada sesetengah kenderaan akan diperiksa berpandukan Pelan ini tadi.

Walaubagaimanapun sebelum pelan – pelan ini dapat digunakan oleh syarikat – syarikat pembina badan dan bengkel, pelan – pelan tersebut perlulah mendapat kelulusan Puspakom dan bahagian kejuruteraan Automotive Jabatan Pengangkutan Jalan.

 Tujuan Penggunaan Pelan

Tujuan penggunaan pelan dalam pembinaan kenderaan adalah kerana untuk memastikan syarikat – syarikat pembina badan membina sesebuah kenderaan mengikut keperluan undang – undang semasa.Ianya juga bagi memastikan bengkel kenderaan melakukan kerja – kerja pengubahsuaian ke atas sesebuah kenderaan mengikut keperluan undang – undang.

Jenis – Jenis Pemeriksaan Yang Memerlukan Pelan.

 1.Awalan – Semua kategori kenderaan yang menjalani pemeriksaan awalan buat pertama kali dimestikan mengemukakan Pelan. Tapi ada pengecualian bagi kepada kategori kenderaan tertentu seperti yang ditunjukan dibawah.

 

Kategori Kenderaan/ Jenis Badan

Kenderaan Barangan  – Semua Jenis Kenderaan barangan kecuali kenderaan binaan kilang (pick -up, motokar dan Van) dengan jumlah penumpang termasuk pemandu tidak melebihi 5 orang.

Kenderaan Perkhidmatan Awam –  Semua Jenis kenderaan perkhidmatan awam dengan jumlah penumpang melebihi 7 orang ke atas termasuk pemandu

Kenderaan Sekolah –  Memandu Lori dan Bas.

 

2.Khas – Kenderaan yang menjalani pemeriksaan khas perlu mengemukan pelan sekiranyanya disebut penggunaan pelan pada surat kelulusan bahagian kejuruteraan automotive JPJ.

 3. Berkala – Sekiranya kenderaan telah mengalami pengubahsuaian, pelan akan diperlukan. sila bawa pelan ataupun pg11a lama untuk menjadi rujukan kepada pemeriksa kenderaan.

 Jadi faham tak? Ini bermaksud sekiranya anda ingin memulakan perniagaan dan ingin mendaftarkan lori atau bas. Anda perlu mengemukankan pelan bersama – sama dengan dokumen – dokomen lain.

 Tapi bagi kenderaan buatan kilang seperti pickup, kereta, teksi tau kereta sewa pandu tidak perlu pelan, begitu juga dengan van yang kurang daripada 5 tempat duduk termasuk pemandu.

Sekiranya Van tersebut digunakan sebagai bas persiaran/bas sekolah dengan penumpang melebihi 7 orang termasuk plan maka kenderaan mestilah berpandukan pelan. Penerangan ini dibuat dengan cara ringkas untuk kefahaman semua, sekiranya terdapat masalah ataupun tidak memahami prosedur pembinaan kenderaan berpandukan pelan bolej merujuk ke jpj atau puspakon berdekatan.

 

Jadi apa tunggu lagi.. daftarlah kenderaan anda….. untuk perdagangan..

 

 

Posted by 12 Responses
 

Free Email Newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates..

And then confirm your email subcription

   

12 Comments to “Pemeriksaan Berpandukan Pelan”

  1. azizailan says:

    salam sejahtera

    isteri saya ada van yg pinjamannya dibawah namanya (individu). Baru2 ini permohonan untuk lesen bas sekolah telah diluluskan oleh SPAD atas nama syarikat (Enterprise) yang mana isteri saya pemilik tunggal. Soalan saya bolehkan van tersebut dijadikan bas sekolah memandangkan pinjaman van nama individu manakala kelulusan SPAD atas nama syarikat. Terima kasih.

  2. AiskrimBiz says:

    Sy ada sebuah van rusa 5 seater.. Tujuan bawak meniaga aiskrim. Letak mesin dan generator aiskrim.. Perlu ke saya convert ke perdagangan???

    • AiskrimBiz says:

      Salam.. En Azlee keje JPJ mana ye?? Saya nak tanya saya ada kenderaan rusa tahun 1996 (5 seater) di mana saya gunakan untuk berniaga aiskrim..perlu x saya convert van ni jd kenderaan perdagangan sbb setahu saya van ni dah kategori kenderaan barangan..

    • QIMIE says:

      perlu. belakang seat tu perlu diletakkan partition, kemudian daftar niaga perlu, nama, alamat perlu ditulis di bahagian kiri kanan pintu hadapan, kenderaan dalam keadaan baik, pergi puspakom dan cakap ingin membuat pemeriksaan awalan untuk van anda. untuk keterangan lanjut boleh menghubungi puspakom terdekat dengan anda.

  3. Hisham Ahmad says:

    Saya ada buat pemeriksaan PUSPAKOM berkenaan casis No. Motosikal kerana karat, tapi kena rujuk JPJ Wangsa Maju ..hingga kini tiada hasil jawapan…kerana motosikal tersebut hendak dijual…kenapa terlalu lambat jawapan dari JPJ …berapa tahun harus saya menunggu

  4. azhar says:

    salam..
    jika sesiapa yang ingin membuat semua jenis plan kenderaan sila hubungi saya 0123612604..azhar..disamping itu juga saya menguruskan segala surat permohonan dari kawalselia teknik JPJ..terima kasih..

  5. jengking6 says:

    salam /sejahtera

    saya nk tanye kat mna saya boleh dapat pelukis pelan bas sekolah yg biasa dgn jpj bantuan amat diperlukan

    sekian

    Hp sya 019 -398 4763

  6. JLean says:

    Checking out ere. =)

Leave your comment here:

Apr
5
2010
 
Facebook
Online