Garis Panduan Ubahsuai Kenderaan Persendirian
Garis Panduan Mengenai Pengubahsuaian Kenderaan Persendirian
Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menetapkan keperluan undang-undang mengenai sebarang pengubahsuaian kepada kenderaan sebelum dan selepas pendaftarannya iaitu :
Pemeriksaan Kenderaan-kenderaan Motor dan pemberian maklumat kepada Ketua Pengarah
1. Ketua Pengarah atau seseorang Pengarah boleh pada bila-bila masa sebelum pendaftaran sesuatu kenderaan motor menghendaki supaya kenderaan motor itu dibawa ke mana-mana tempat yang sesuai yang dinyatakan olehnya dan diperiksa dan , jika perlu , ditimbang dan diukur dan selepas didaftarkan boleh pada bila-bila masa menghendaki supaya kenderaan motor itu dibawa seperti yang tersebut dahulu jika dia mempunyai sebab bagi mempercayai
- bahawa kenderaan motor itu tidak mematuhi kehendak-kehendak Akta ini;
- bahawa apa-apa maklumat yang diberikan kepadanya berkenaan dengan kenderaan motor itu adalah palsu , tidak betul atau mengelirukan;
- bahawa kenderaan motor itu tidak berada dalam keadaan boleh guna ; atau
- bahawa berat , dimensi , ciri-ciri, pembinaan,warna, butir butir pengenalan atau tempat duduk telah diubah selepas pendaftarannya.
2. Pemunya berdaftar sesuatu kenderaan hendaklah dengan serta merta memberitahu Pengarah secara bertulis akan apa-apa hal keadan atau kejadian yang menyentuh ketepatan apa-apa catatan dalam daftar berhubungan dengan kenderaan motor dan hendaklah pada masa yang sama menyampaikan atau menyerahkan
3. Pemunya berdaftar sesuatu kenderaan motor hendaklah apabila dikehendaki oleh Pengarah berbuat demikian :-
i. dengan serta merta memberikan kepada Pengarah segala maklumat yang diperlukan bagi maksud menentusahkan catatan-catatan berhubungan dengan kenderaan motor itu di dalam daftar; dan
ii. dengan serta-merta mengemukakan atau menyerahkan kepada Pengarah akan perakuan pendaftaran berhubung dengan kenderaan motor itu
4. Selepas sesuatu kenderaan motor diperiksa , ditimbang atau diukur dibawah subseksyen (1), atau setelah menerima apa-apa maklumat atau bukti yang diberi berkenaan dengan sesuatu kenderaan motor di bawah subseksyen (2) atau (3) , Pengarah boleh membuat apa-apa pindaan di dalam daftar dan perakuan pendaftaran berhubungan dengan kenderaan motor itu sebagaimana yang difikirkannya perlu, dan hendaklah mengembalikan perakuan pendaftaran itu kepada pemunya berdaftar
5. Mana-mana orang yang tanpa sebab munasabah gagal mematuhi apa-apa kehendak Ketua Pengarah atau seorang Pengarah di bawah subseksyen (1) atau di bawah subsekyen (2) atau (3) adalah melakukan kesalahan.
Pengubahsuaian kecil atau pemasangan alat kelengkapan tambahan yang dibenarkan tanpa perlu mendapat kebenaran JPJ
Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah JPJ, terutamanya pengubahsuaian atau pemasangan yang tidak memberi kesan kepada ciri-ciri, kestabilan dan keselamatan kenderaan berkenaan seperti:-
1. Pemasangan air spoiler di bahagian hadapan dan belakang.
2. Pemasangan side skirt, aerofoil dan door visor pada kereta.
3. Pemasangan protecting guards pada bahagian hadapan dan belakang kereta.
4. Pengubahsuaian kecil pada radiator grilles, bonet atau bentuk serta rekabentuk lampu-lampu.
5. Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (sama ada jenis keluli atau fibreglass) pada bahagian hadapan dan belakang.
6. Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
7. Pemasangan para bumbung.
8. Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber).
9. Pemasangan spot light atau lampu halogen (kedua-duanya berwarna putih dan kuning) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu yang sedia ada.
10. Pemasangan pengadang angin, penutup lampu fibreglass dan penutup enjin fibreglass pada bahagian hadapan motosikal di mana aksesori-aksesori ini tidak terkeluar dari hujung pemegang motosikal.
Pengubahsuaian kecil dan pemasangan aksesori-aksesori ini hendaklah memenuhi semua keperluan perundangan sebagaimana dinyatakan di dalam Motor Vehicles (Construction and Use) Rules 1959 atau Motor Vehicles (Construction, Equipment and Use) Rules 1988.
Contohnya:-
1. Sekiranya air spoiler, aerofoil atau side skirt dipasang, ianya tidak boleh melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang.
2. Sekiranya door visor dipasang, ianya tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi
3. Sekiranya rim atau tayar lebar digunakan, ianya mesti ditutup sepenuhnya dengan mudguards atau mudflaps.
4. Sekiranya protecting guards dipasang, ianya tidak boleh menutupi lampu-lampu kenderaan. Tidak dibenarkan bucu-bucu tajam atau bahagian yang terjulur keluar melebihi 100mm. Di samping itu lebar keseluruhan tidak boleh melebihi lebar kereta yang asal.
5. Sekiranya tambahan bumper besar atau protecting guards dipasang, lebihan bahagian hadapan dan belakang tidak boleh melebihi 50% dari bes roda kenderaan.
6. Jarak headlamps dan lampu isyarat tidak boleh melebihi 300mm dan 400mm masing-masing diukur dari badan yang terlebar selepas pengubahsuaian.
7. Sekiranya para bumbung dipasang, ianya tidak boleh melebihi panjang bumbung, atau lebar kenderaan atau ketinggian 400mm diukur dari bahagian teratas para bumbung.
Pemasangan alat kelengkapan tambahan yang tidak dibenarkan
1. Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
2. Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau.
3. Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
4. Pemasangan spot light di bahagian belakang kereta.
5. Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70%.
Nota: Walau bagaimanapun, penggunaan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna di bahagian atas cermin hadapan sebanyak 20% dari lebarnya dan di cermin tingkap sukuan boleh dibenarkan.Senarai di atas boleh diubah dari masa ke semasa.
Sumber rujukan. JPJ
Free Email Newsletter
And then confirm your email subcription


















10 Comments to “Garis Panduan Ubahsuai Kenderaan Persendirian”
kalau iswara nak pasang sunroof bley lepas x endos bab aku nak tukar sekali bumbung
bro,nk tnya. kalau wira sedan convert body evo, salah tak? maksud aku convert semua,fender,bumper blakang,depan,spoiler. memg nmpk evo sebijik. cuma kalau tgok lampu blakang,trus nmpak wira. salah tak?
salah! sebab menukar identiti kenderaan.
ubahsuai ekzos kereta yg tdk keluarkan bunyi yg bising salah ka? tq.
Bro… salah tak pakai bonet kacuk evo, i lihat banyak org dah pakai bonet kacuk evo pada kete wira sedan mereka? Habis tu utk body part evo salah tak kalau guna? TQ…
huhuhuhu… banyak orang cari info ni…. aku sendiri pun dah tak berapa ingat akta2 ni… tq kongsi info…
bro, kalau saya letak iklan di atas kenderaan saya, jpj akan tangkap atau tidak? Dalam akta 333, tak ada tulis.
bro nk tanyala ckit..lau kerete kancil tukar full bodykit l5 jpj lpas tak?lau tkar skali ngn lampu l5?
halo bro…
ubahsuai warna kreta camne plak?
kreta aku asal warna gray, pastu tukat warna kuning.
banyak kali jg kene tahan n warning ngan polis. salah ker…
body kuning, bonet n but warna hitam. GT wing tinggi sama bumbung (tiang 1 kaki stgh). ader sticker kat body. boleh xplen?
mengikut pengalaman aku bro.. warna tu boleh ditukar pada geran melalui pemeriksaan pengesahan identiti di puspakom, kalau tak silap kenderaan tak boleh lebih daripada 3 warna, warna dikira dari segi warna majoriti.. kalau kata warna kuning, bonet hitam.. kira warna kuning, kalau polis tanya suruh dia tunjukan akta pengangkutan jalan mana yang kata warna kereta tak boleh? kalau ada saya ikut cakap macam tu! bab ni aku pun tak berapa faham.. bab spoiler tu memang tak boleh tinggi, rasanya le.. aku lupa le pulak bro.. dah 2 tahun tinggal.. cuba rujuk JPJ berdekatan bro.. tak pun pergi puspakom tanya…