Bateri Kereta ‘kong’

Apabila kita memandu kereta.. menuju ke rumah saudara, sahabat handai ataupun rakan taulan tak lupa juga sekiranya kita memandu ke pejabat, kadangkala kita terlupa untuk menutup lampu, selalunya terjadi bila bergerak waktu pagi dimana kita memasang lampu apabila keadaan pagi tersebut masih lagi gelap.

Bagi kereta yang mempunyai bunyi (buzzer) ianya tidak menjadi masalah apabila kita hendak keluar daripada kereta kita, ini kerana apabila kunci kenderaan dicabut ianya mengeluarkan bunyi yang mengingatkan ada lampu yang masih belum di ‘off’kan lagi.

Tetapi bagi kenderaan yang tidak mempunyai sistem ini kadangkala akan menyebabkan kita terlupa hendak menutup lampu utama kenderaan dan mengakibatkan kuasa pada bateri kereta habis, apabila kita hendak menghidupkan enjin.. kenderaan tidak mampu untuk dihidupkan semula.

Jadi apa tindakan kita? sekiranya terdapat kawan – kawan yang menyimpan ‘jumper’ ( – istilah yang digunakan untuk kabel penyambung dari bateri ke bateri) boleh lah terus menyambungkan jumper tersebut dengan cara yang betul iaitu terminal positif dan negetif.

Tetapi bagaimana pula sekiranya ‘jumper’ pun tiada dalam simpanan anda ataupun rakan rakan anda?. Caranya juga mudah.. minta izin rakan anda supaya dapat beliau buka bateri kereta dia.. pinjam sebentar bateri kereta beliau, kemudian bawa bateri kereta tersebut ke kereta anda, tanpa membuka bateri kenderaan anda, anda temukan terminal positif dan negetif bateri kereta rakan anda ke bateri kereta anda dalam keadaan menyenget ataupun cara yang sesuai, selepas itu hidupkan enjin. Insyaalah.. kereta anda boleh dihidupkan.

p/s. Pastikan positif  samapositif dan juga negatif sama negatif.

Filed Under: Automotive

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments (4)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. info bateri yg berguna… tadi bateri keta kong juga..

  2. Izham says:

    Aku baru kena malam tadi. Aku call member yg dekat2, nak wat jumper kat bateri keta dia. Tapi kalau bateri keta sel kering, kena wat jumper dgn bateri sel kering gak..nasib baik jugak la bateri keta kancil dia leh tahan nak charge balik bateri keta aku. Itupun slps 5 minit charging, baru leh start..huhu..

  3. 'aqilah says:

    kereta mak pernah kene sekali…:)

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.